Halaman

Ahad, 3 Mei 2015

[147] Jambori Sukarelawan Darul Ta'zim 2015

JAMBORI Sukarelawan Darul Ta'zim 2015 merupakan edisi sulung dalam sejarah yang diadakan sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor. Jambori 3 hari ini berlangsung pada 30 April, 1 dan 2 Mei di Hutan Bandar Putra, Kulaijaya. Ia disertai oleh 344 orang remaja dari 10 daerah dalam Johor.





Pada hari pertama, merupakan pergerakan, pengurusan dan pentadbiran peserta di tapak khemah. Pengisian pada malamnya pula adalah Malam Belia Cinta Allah dan Rasul dengan penampilan Kumpulan Al Mawlid.




Pada hari kedua, pada sebelah pagi diadakan Kem Pendidikan Perdana oleh mahasiswa dari Universiti Teknologi Malaysia. Ia dikendalikan oleh Musliha Amir, anak Felda Pemanis yang belajar di UTM dan pasukan fasilitatornya. Kemudian, pada sebelah petang pula adalah Majlis Perasmian Hari Belia Johor dan Jambori Sukarelawan Darul Ta'zim oleh YAB Menteri Besar Johor.

20 orang juga dipilih untuk membantu Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bagi melakukan kajian Penilaian Hari Belia Negara 2015. Dua orang daripadanya adalah dari G2. Mereka melaksanakan kajian dalam tempoh lebih kurang 24 jam.











Pada hari ketiga, ia dimulakan dengan Operasi Khidmat Masyarakat. Kerja - kerja gotong - royong pembersihan kawasan Tapak Hari Belia Johor dijalankan. Kemudian, aktiviti fizikal dilaksanakan iaitu mendaki tembok tiruan dan flying fox.


Penyampaian Sijil dalam majlis ringkas dilakukan oleh Tuan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Ia diikuti dengan pembersihan kawasan tapak perkhemahan. Sesi rumusan dilakukan dan kemudian peserta diserahkan semula kepada pengiring dari daerah masing - masing untuk pulang.

Jambori SDT 2015 adalah anjuran Kerajaan Negeri Johor dengan kelolaan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JOYDEC - Johor Youth Development Centre)

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menghantar seramai 35 orang peserta dan pegawai pengiring untuk Jambori ini mewakili Daerah Segamat. Cuti hujung minggu yang panjang, maka manfaatkanlah untuk kebaikan.

Mewakili Daerah Segamat seramai 35 orang remaja dan pengiring bagi Perkhemahan Perdana Jambori Sukarelawan Darul Ta'zim 2015 sempena Hari Belia Johor di Hutan Bandar Putra, Kulaijaya. Ia merupakan Jambori Edisi Pertama dalam sejarah.



Gambar - gambar penuh ada di pautan berikut :


Manakala berikut adalah 4 klip video yang sempat dirakam sepanjang JAmbori SDT berkenaan.





Persatuan Belia G2 Felda Pemanis amat berbangga kerana menjadi sebahagian dari sejarah pertama ini. Terima kasih kepada semua : Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JOYDEC), para peserta, pegawai pengiring, jurulatih dan semua yang terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)