CATATAN
PENGALAMAN
KEM PEMILIHAN PESERTA PROGRAM PERTUKARAN BELIA
ANTARABANGSA 2015
Oleh
: Sharifah Shazwani Zaini dan Suria Sipon
Pengalaman ini bermula apabila kami mendapat maklumat daripada Persatuan Belia G2 Felda Pemanis agar mengisi borang bagi menyertai Program Pertukaran Belia Antarabangsa (International Youth Exchange Programme). Seramai 13 orang yang mengisi borang permohonan tersebut. Borang tersebut perlulah diisi dengan lengkap tanpa maklumat palsu ataupun kesilapan tulisan.
Program
Pertukaran Belia Antarabangsa merupakan
program tahunan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Program ini merupakan kerjasama diantara
kerajaan dua negara yang terlibat. Antara program yang ditawarkan adalah
seperti berikut ;
1. Ship for South East Asia Youth Programme
2. Malaysia - Korea Youth Exchange Programme
3. Malaysia - Fakuoka Youth Exchange Programme
4. Malaysia - Indonesia Youth Exchange Programme
5. Malaysia - Singapore-Malaysian Youth
Programme
6. Asean Programmes
7. Commonwealth Programmes
8. Invitation Programmes
9.
According to the requirement by KBS
Cara-cara Memohon
- Dapatkan borang daripada Web Kementerian Belia & Sukan (KBS)
- Borang permohonan adalah berwarna biru.Permohonan selalunya akan ada pada bulan Januari atau awal bulan Februari. Selalu dapatkan maklumat terkini mengenai maklumat yang terdapat di laman web KBS.
- Pastikan tiada kesilapan maklumat diri yang diisi daripada borang pemohonan.Pastikan juga email yang diberi adalah email yang kerap digunakan supaya sebarang makluman daripada pihak KBS dapat diketahui.
- Perlukan cop dan tandantangan pengesahan dari organisasi yang anda wakili, contohnya Persatuan Belia.
Mari
saya cerita tentang pengalaman kami. Ia dimulakan dengan mengisi borang untuk
program tersebut. Kemudian, dihantar terus ke KBS. Pada suatu hari kami mendapat maklumat supaya menyemak
email sama ada dapat menduduki Ujian Psikologi ataupun tidak. Apabila kami semak
pada email saya, didapati tiada email daripada pihak KBS. Tetapi pihak Persatuan
Belia G2 Felda Pemanis mengatakan kami dapat menduduki Ujian Psikologi tersebut.
Jadi saya pun menelefon pihak KBS untuk memastikan perkara tersebut. Ternyata
apabila diteliti, masalah berpunca daripada kesilapan menulis alamat email.
Setelah dibetulkan alamat email, barulah kami menerima emel tersebut . Kemudian saya mengesahkan kehadiran sy untuk menduduki
ujian psikologi tersebut. Moralnya, perbaiki mutu tulisan tangan dan jangan
sampai sukar atau silap dibaca, jangan jadi seperti kami!
Pada
18 April 2015, Ujian Psikologi telah dijalankan di KBS, Putrajaya. Seramai 9
orang daripada Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dapat menduduki ujian tersebut.
Terdapat 160 soalan untuk diselesaikan dalam masa satu jam. Dah nama pun ujian
psikologi, jadi jawablah sejujurnya
tentang diri anda. Mereka yang telah selesai menduduki Ujian Psikologi tersebut
hanya perlu menunggu keputusan utk melangkah ke peringkat yang seterusnya.
Pada
lingkungan bulan April atau Mei, keputusan Ujian Psikologi pun keluar. Seramai
5 orang daripada Persatuan Belia G2 Felda Pemanis melepasi Ujian Psikologi dan terpilih
untuk menyertai Kem Pemilihan. Mereka adalah MOHD AMEERUL FADZLI AZMI (27 tahun)
, NURFARINA BASRI (22 tahun), MUHAMMAD AZHARI IMRAN (18 tahun ) , SURIA SIPON
(18 tahun) dan SHARIFA SHAZWANI ZAINI (18 tahun).
Sebelum
pergi ke kem pemilihan tersebut, kami telah membuat persediaan serba sedikit
bagi elemen kebudayaan dan kefasihan bertutur dalam Bahasa Inggeris seperti
berlatih zapin (boleh juga membuat apa jua jenis kebudayaan yg anda mahir).
Selain itu, kami juga berlatih pengucapan awam. Suka diingatkan bahawa kem
tersebut sangat menegaskan kita bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana semua
aktiviti yang diadakan adalah memerlukan kita untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris.
Pengalaman Kem
Pemilihan Peserta Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2015
8 Mei 2015 (Jumaat)
Kami bertolak ke Port
Dickson dengan menaiki kereta yang dipandu oleh guru kami sendiri pada pukul
9.00 pagi. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Apabila tiba di tempat kem, kami ke
Dewan Akademi untuk pendaftaran peserta dan urusan penginapan kami sepanjang
kem itu. Selepas makan tengahari di kantin pula, kami membuat persiapan
kendiri. Kami seterusnya ke Dewan Akademi untuk sesi taklimat pengurusan
program yang panjang lebar menyentuh mengenai peraturan kem. Setelah itu, majlis
suai kenal telah diadakan. Kami dibahagikan kepada sepuluh kumpulan dengan
diketuai seorang ketua bagi setiap kumpulan.
Aktiviti diteruskan
dengan program Fit Malaysia yang bermula
seawal jam 6.30 petang yang diisi dengan aktiviti senamrobik.
Pengisian pada waktu malam
pula adalah Eksplorasi Berkumpulan. Aktiviti ini juga melibatkan pendapat
masing-masing.
Aktiviti ini kita diberi setengah jam untuk memberikan beberapa pendapat ataupun idea mengikut topik atau
tajuk yang diberi mengikut kumpulan masing-masing. Karangan sepenuhnya dalam
Bahasa Inggeris untuk melihat kemampuan kita sebelum dibawa ke luar negara.
Seterusnya, aktiviti “Olahan Minda” bersama kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan hasil perbincangan
kumpulan masing-masing. Pastikan kita terlibat dalam pembentangan walaupun
watak sampingan. Ini dapat menyedarkan kami tentang kebolehan dan kemampuan
kami sebagai insan yang mempunyai kekuatan diri yang unggul.
Sebelum masuk tidur, sesi
muhasabah atau ‘renungan kendiri’ telah diadakan bersama-sama para fasilitator.
Sesi ini telah berlarutan hingga larut malam kerana kesuluruhannya ramai
peserta yang teringin berkongsi pengalaman dan mengutarakan buah fikiran
masing-masing. Kami juga diajarkan teknik berkomunikasi yang efektif. Selama
ini, kami beranggapan bahawa komunikasi merupakan penyampaian maklumat secara
mudah antara manusia. Sebenarnya komunikasi efektif lebih daripada itu. Untuk
mencapai tahap komunikasi yang berkesan, seseorang perlu menghormati pihak yang
satu lagi serta menguasai kemahiran tertentu seperti gaya pertuturan, kadar
percakapan, kesabaran diri dan kejelasan sebutan.
9 Mei 2015 (Sabtu)
Hari kedua kem pada sebelah
pagi diadakan Fit Malaysia seawal jam 6.30 pagi selepas peserta-peserta
beragama Islam menunaikan solat subuh. Para peserta dinasihatkan bangun pada
pukul 5.00 pagi setiap hari. Kemudian pada jam 8.30 pagi pula diadakan Diskusi
selama satu jam setengah. Aktiviti tersebut dijalankan dalam kumpulan masing-masing
di mana setiap kumpulan diberi satu tajuk yang perlu dibincangkan. Setelah
aktiviti Diskusi tersebut, sesi perbahasan dalam kumpulan selama tiga jam
setengah telah berlangsung yang diadili oleh panel / fasilitator setiap
kumpulan. Setiap kumpulan akan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu pihak
pembangkang dan pencadang. Setiap ahli kumpulan juga akan diberi masa selama
tiga minit untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris.
Pada sebelah petang pula
diadakan Fit Malaysia dan Eksplorasi secara berkumpulan yang paling mencabar.
Sepanjang beberapa kilometer laluan kembara, para peserta diuji dari segi ciri-ciri
seperti kepimpinan, kepatuhan, kejelikitan kumpulan, daya ingatan, kebolehan
berfikir dan membuat keputusan. Para peserta berpendapat bahawa aktiviti ini
merupakan pengalaman yang sukar dilupakan. Kini, barulah kami sedar bahawa
kehidupan ini diselubungi pelbagai cabaran yang sedia menanti.
Acara kemuncak pada malam
kedua ialah Malam Youth Got Talents. Malam Youth Got Talents ini juga diuruskan
oleh peserta sendiri seperti persiapan tempat, hiasan pentas, menyambut VIP dan
sebagainya. Pelbagai telatah dan ragam yang menghiburkan dipersembahkan oleh
para peserta kem. Peserta juga dapat menunjukkan bakat masing-masing sambil
menghiburkan diri sendiri dan peserta-peserta lain. Acara-acara yang sempat
dipersembahkan termasuklah nyanyian, lakonan, deklamasi sajak, berdikir barat, tarian
dan berpantun. Perasaan gembira tergambar dengan jelas pada wajah setiap
peserta. Sedikit pun tidak kami sangka bahawa banyak antara kami yang mempunyai
bakat untuk berlakon.
10 Mei 2015 (Ahad)
Pada
hari ketiga, kegiatan harian dimulai dengan aktiviti Fit Malaysia yang diisi
dengan Zumba selama satu jam. Kemudian, pada jam 8.30 pagi telah diadakan Public
Speaking (semua peserta) dan temuduga pula bagi individu yang memilih untuk
menyertai Ship for South East Asia
Youth Programme. Peserta juga boleh memilih apa-apa sahaja topik yang menarik
dalam pengucapan awam tersebut. Peserta telah
ditugaskan supaya bercakap dalam bahasa Inggeris serta pastikan juga
kelancaran, intonasi yang menarik dan penggunaan perkataan yang sesuai supaya
penilai tertarik mendengarnya. Be
confident! (:
Aktiviti diagihkan kepada
tiga kumpulan di mana aktiviti tersebut dijalankan di tempat yang berbeza-beza.
Aktiviti tersebut telah berakhir pada jam 12.00 tengahari dan diikuti dengan
acara penutup. Kem ini tamat dengan rasminya. Sesi bergambar bersama panel dan
fasilitator diadakan. Setelah mkn tengahari, kami bersalam - salaman sesama
sendiri sebelum berangkat pulang. Perasaan sedih dan terharu jelas tergambar di
wajah masing-masing. Walaupun keletihan, kami berasa puas terhadap perjalanan
kem ini.
Oh, ya ... sebelum mengakhiri catatan ini, mari kami hiburkan anda semua dengan dengan dua klip video persembahan Malam Youth Got Talent. :)
Ini adalah Tarian Wau Bulan :)
Ini pula Tarian Zapin - Bunga Hutan ... yang tak berapa nak zapin :)
Semua gambar ada di sini : Kem Pemilihan Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2015
Kputusannye awak bjaye ke mjadi salah seorg peserta program ni?
BalasPadamKputusannye awak bjaye ke mjadi salah seorg peserta program ni?
BalasPadamYa, ke Indonesia
PadamSaya nak tanya,kalau chosen tu ada kena bayar pape ke or like scholarship
BalasPadamjugak?
Tidak. Semua percuma
PadamSaya nak tanya,kalau chosen tu ada kena bayar pape ke or like scholarship
BalasPadamjugak?
Tidak. Semuanya ditanggung kecuali penyediaan paspot antarabangsa atas tanggungan sendiri.
PadamSaya nak tanya,kalau chosen tu ada kena bayar pape ke or like scholarship
BalasPadamjugak?
hi saya nak tanya, kita tidak akan menggunakan wang kita terlebih dahulu (medical checkup/flight tix and etc) atau pihak kbs yang akan membayar sepenuhnya terlebih dahulu tanpa mendahulukan wang sendiri?
BalasPadamPaspot dan medical checkup atas tanggungan sendiri. Selainnya seperti tiket, program dll di sana semuanya ditanggung.
PadamTahu on the spot ke siapa2 yg terpilih ke mana2 program? N If dpt, slalunya bulan berapa baru bertolak?
BalasPadamKBS akan memaklumkan menerusi email / semakan di laman web mereka yang berjaya ujian.
PadamProgram ini ada beberapa lokasi / negara dan diadakan sepanjang tahun. Mereka akan maklumkan kemudian negara mana dan bila jika terpilih.