Halaman

Sabtu, 16 Mei 2015

[149] Catatan Pengalaman, Tips Dan Panduan Permohonan Biasiswa JCorp

Catatan Pengalaman, Tips Dan Panduan Permohonan Biasiswa JCorp

Oleh
Mohammad Faiz bin Ahmad, Penerima Kumpulan Pertama, Biasiswa JCorp (JESP – Johor Education Sponsorship Programme) 2015. Beliau boleh dihubungi menerusi email muhammdfaiz97@gmail.com, klik nama beliau untuk terus ke akaun Facebook atau di Instagram beliau.



Bagaimana Cerita Ini Bermula?
Cerita ini bermula setelah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan dan Alhamdulilah saya telah mendapat keputusan yang boleh dibanggakan.Kejayaan ini adalah hasil usaha ibubapa,guru-guru,rakan-rakan dan saya sendiri.Dengan niat untuk mendapat tajaan,saya telah dibantu oleh Encik Armizam dan Encik Azizi untuk memohon biasiswa. Permohonan biasiswa yang pertama saya mohon adalah Perbadanan Nasional Berhad. Malang sekali,permohonan saya tidak mendapat sebarang balasan. Jauh di sudut hati saya sudah berasa putus asa.

Beberapa hari kemudian,melalui aplikasi whatsapp Encik Armizam telah menghantar kepada saya maklumat tentang tajaan biasiswa Johor Corporation atau lebih dikenali sebagai JESP - Johor Education Sponsorship Programme. Maklumat ini juga dihantar ke grup whatsapp semau peserta ARPRM di mana saya salah seorang darinya.  Dengan itu,harapan saya yang kian malap kembali cerah. Saya dikehendaki untuk menghantar dokumen sokongan berserta salinan transkrip keputusan peperiksaan melalui email.Terima kasih kepada Encik Azizi kerana membantu saya menyiapkan dokumen-dokumen tersebut. Selang beberapa hari,saya telah mendapat email balasan dari Johor Corporation yang menyatakan bahawa nama saya layak untuk ke peringkat seterusnya iaitu menghantar borang permohonan yang disediakan oleh Johor Corporation berserta karangan yang panjang minimanya ialah 1,000 patah perkataan. Untuk melaksanakan tugasan ini saya telah menghubungi guru Bahasa Inggeris saya iaitu Cikgu Amirul. Beliau telah menolong saya mencari idea yang sesuai untuk diterapkan di dalam esei saya.


Sejurus siapnya esei, saya telah menghantar esei tersebut kepada Encik Azizi untuk melakukan kerja-kerja penstrukturan idea, pengubahsuaian dan pembetulan tanda baca. Kemudian, saya menghantar esei tersebut berserta borang permohonan kepada Johor Corporation melalui pos. Beliau juga membantu dalam menyediakan resume, mengesahkan semua dokumen saya (atas kapasitinya sebagai Penjawat Awam Kumpulan Pengurusan dan Prorfesional). Manakala, Encik Armizam pula membantu dalam memberikan pandangan, menyemak semua kerja berkaitan dan menyemak berkali – kali semua dokumen teknikal yang diperlukan. Mereka berdua juga menyediakan saya asas yang cukup lengkap untuk bersaing dalam Assessment Centre  di samping idea – idea untuk menjadi outstanding berbanding calon lain. Saya tahu saya dari sebuah sekolah kampung atau Felda, perlu kekuatan yang super untuk bersaing dengan mereka yang memperolehi penuh A+ datangnya dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Abang berdua di atas menyedarkan saya persaingan hebat ini :)

Selepas beberapa minggu menunggu, Johor Corporation akhir memberikan kata putus di mana nama saya disenarai pendekkan sekali lagi. Ini bermakna saya perlu menjalani ujian penilaian (Assessment Centre) yang akan diadakan di Persada Johor. Pada perenggan seterusnya saya akan menceritakan pengalaman saya pergi dan menjalani ujian penilaian Johor Education Sponsorship Programme (JESP).

JESP Assessment Centre – Proses Penilaian Calon
Pada pagi 21/4/2015,saya bertolak dari Kulaijaya ke Persada Johor pada pukul 6.pagi. Sepatutnya,saya tiba di Persada pada pukul 8.00 pagi akan tetapi atas kesesakan lalu lintas akibat kemalangan lori kontena saya terpaksa tiba di sana pada pukul 10.00 pagi .Untuk pengetahuan semua saya merupakan kumpulan  JESP 6.Tetapi saya dipindahkan ke kumpulan JESP 7 atas sebab kelewatan saya tiba di sana.

Berikut adalah beberapa info berkenaan Assessment Centre yang saya lalui :








Setibanya saya disana,saya dibantu oleh seorang lagi calon biasiswa JCorp untuk mendaftar. Beliau  membantu saya dalam mengenalpasti meja pendaftaran. Seterusnya,selepas mendaftar saya diarahkan untuk menunggu giliran untuk ditemuduga oleh pihak Johor Corporation. Seperti biasa saya dapat berkenalan dengan beberapa rakan dari sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.Terdapat di antara mereka adalah lepasan STPM, Foundation, SPM dan Diploma. Ada diantara mereka memohon tajaan ini dengan keputusan SPM dan STPM yang menakjubkan.

Pada pukul 11.05 pagi saya dipanggil untuk masuk ke bilik temuduga. Untuk pengetahuan semua, bahasa yang saya gunakan untuk berkomunikasi pada hari itu ialah Bahasa Inggeris. Para penemuduga juga menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya untuk berkomunikasi dengan saya. Kebanyakkan soalan dari mereka adalah bersifat peribadi. Selain itu,saya juga disoal tentang pengetahuan saya dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Sebagai peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), saya turut bercerita tentang kegiatan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis sepanjang penglibatan saya atau yang dilaksanakan oleh Persatuan. Sebagai contoh, aktiviti kemasyakatan, aktiviti zapin, aktiviti perkhemahan (Summer Camp) serta aktiviti untuk lepasan SPM iaitu program memohon pengajian tinggi melalui aplikasi UPU. Kemudian, saya juga disoal tentang cara pembuatan kereta solar kerana para penemuduga tertarik dengan kenyataan saya dalam resume tentang kejayaan saya merangkul naib juara dalam pertandingan kereta solar festival sains daerah Segamat.

Pada pukul 12.00 tengah hari, saya keluar dari bilik temuduga setelah disoal dengan pelbagai soalan. Seterusnya, saya pergi ke fasa dua iaitu online assessment.Tugasan yang diberikan kepada saya ialah menjawap soalan Matematik Moden. setiap soalan diberi masa selama 59 saat.Tugasan kedua pula ialah menjawap soalan psikologi. Pada pukul 1.05 tengah hari, semua calon berhenti untuk berehat dan solat.Selepas solat dan makan saya masuk ke bilik mesyuarat untuk melakukan assessment yang terakhir iaitu study case assessment pada pukul 2.00 petang. Assessment ini dilakukan untuk calon menonjolkan kemahiran berfikir dengan pantas,kemahiran berkomunikasi,kemahiran kepimpinan dalam kumpulan. Mereka memberikan tugasan untuk menyelesaikan masalah yang diberi dalam jangka masa yang ditetapkan. Kumpulan saya terdiri daripada beberapa orang kaum lain seperti Cina dan India.Saya menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbincangan dan pembentangan.

Terdapat juga tugasan yang memerlukan kita untuk mencipta sesuatu.Tugasan yang diberikan kepada saya ialah menyelamatkan telur daripada retak atau pecah jika dijatuhkan. Jadi saya telah mereka satu jenis bekas di mana ia dapat menyerap hentakan apabila telur itu jatuh. Akhirnya,setelah percubaan dibuat saya dapat melihat bahawa rekaan bekas saya itu dapat menyelamatkan telur dari retak ataupun pecah
Semua tugasan telah siap diselesaikan sebelum pukul 5.30 petang.Saya bertolak pulang dari persada pada pukul 6.00 petang.

Gambar - gambar sekitar Assessment Centre dan rakan - rakan baru yang saya temui :)


 



Tips dan Panduan Untuk Menghadiri Assessment Centre

Dokumen
Pastikan segala dokumen yang hendak diserahkan kepada johor corporation mestilah benar,lengkap dan tepat
Dokumen permohonan perlulah diserahkan kepada johor corporation sebelum tarikh tutup

Esei
Seperti permohonan biasiswa lain.Calon yang memohon perlulah membuat tugasan iaitu menghasilkan sebuah karya essei bahasa inggeris yang panjang minimumnya mestilah 1000 patah perkataan
Apabila menulis essei,calon perlulah menjawap segala soalan yang dikemukakan oleh penaja.
Kekuatan dan kelainan yang ada pada diri anda.
Apakah kegiatan luar yang anda laksanakan, selain dari apa yang ditulis di dalam resume.
Mengapa anda memilih bidang pengajian yang dipilih.
Bagaimanakah nilai-nilai dalam diri anda dapat menyumbang kepada kejayaan Johor Corporation.

Ini merupakan antara soalan yang perlu dijawap oleh saya apabila menghasilkan essei 1000 patah perkataan.

Seterusnya,pastikan anda menulis cerita. Bincangkan tentang sejarah peribadi dan kenapa sejarah atau pengalaman tersebut menjadikan anda seorang pemohom biasiswa ini

JANGAN tulis esei generic (umum) bagi setiap permohonan, anda perlu menyesuaikan kenyataan peribadi anda untuk permohonan biasiswa setiap individu

Untuk menjadikan esei anda lebih matang,anda perlu membuat penyelidikan terhadap Johor Corporation. Pastikan anda memahami misi dan nilai - nilai mereka dan mengabungkan dapatan anda ke dalam esei tersebut

Sentiasa minta bantuan dari orang yang lebih arif tentang karangan biasiswa

Di bawah ini saya akan nyatakan visi dan misi jcorp untuk kemudahan calon yang akan datang

(Terima kasih Encik Azizi atas tips yang diberikan ini)


Cara Pemakaian

Semasa hari  taksiran atau assessment day,cara pemakaian perlulah diberikan penekanan yang mendalam.

Kod pemakaian untuk Johor Corporation ialah pakaian formal atau formal attire.
Blazer berwarna hitam
Seluar slack dimana warnanya juga mestilah sama dengan blazer tadi
Kemeja warna lembut/putih
Memakai tie dan warnanya mestilah lebih gelap berbanding kemeja, coraknya mestilah tidak fancy
Tali pinggang yang sesuai
Kasut hitam
Stoking hitam
Muka mestilah bersih dari misai dan jambang

Semasa Temuduga
Menjawap segala soalan yang dilemparkan oleh penemuduga dangan serius
Menjawap secara matang,tepat dan padat
Semasa duduk badan mestilah tegak dan tidak menyandar pada kerusi
Bahasa yang digunakan oleh penemuduga Johor corporation 100% Bahasa Inggeris
Sentiasa mencari kelainan dalam diri kita berbanding orang lain
Untuk peserta ARPRM sila terangkan kepada JCorp tentang pin-pin anda. Ceritakan kepada mereka aktiviti - aktiviti yang anda lakukan dalam Persatuan Belia G2 Felda Pemanis
Sebelum keluar pastikan anda bersalam dengan penemuduga yang sama jantina dangan anda supaya ia menunjukkan anda seorang yang menghormati orang lain

Semasa Study-Case Assessment

Sentiasa jadi diri sendiri
Hormat idea pemohon lain walaupun anda tidak setuju dengan ideanya
JANGAN serang atau bunuh idea pemohon lain
Sentiasa professional dalam menunjukkan kemahiran anda
Anda perlu sentiasa berfikiran matang
Pastikan suara anda jelas semasa membuat pembentangan atau menjawap soalan
JANGAN menjerit ketika bercakap tetapi bercakap dengan nada jelas

Semasa Online Assessment

Pastikan anda mempunyai kalkulator
Pastikan anda mempunyai asas matematik yang kukuh
Pastikan anda menjawap semua soalan dalam masa yang ditetapkan
*1 soalan = 1 minit

Catatan

Biasiswa JCorp - JESP memberikan anda pilihan untuk mencari sendiri universiti untuk anda belajar (dalam dan laur negara - saya pilih dalam negara sahaja) dan pilihan program / kursus dari 4 bidang yang dibenarkan iaitu Kejuruteraan, Perakaunan, Undang - Undang dan Ekonomi. Tidak dinyatakan dengan jelas berapa kelayakan minima A yang diperlukan, tetapi dengan jelas dinyatakan harus aktif kegiatan kokurikulum (sama ada dalam sekolah atau luar). Rata - rata yang sampai ke Assessment Centre tentulah mereka yang punyai berderet A dan cemerlang ko kurikulum.

Biasiswa ini juga tidak terhad untuk lepasan SPM semata - mata. Ia juga boleh dipohon oleh lepasan Asasi / Foundation / Matrikulasi / STPM mahupun lepasan Diploma yang hendak ke Ijazah.

Saya hanya 8A dan 1B+. Dari 8A itu, hanya satu sahaja A+. Namun syukur Alhamdulillah, saya berjaya. Saya membuat persediaan rapi sebelum itu, termasuk telah memilih kursus dan universiti untuk saya belajar, lantas mendapatkan surat tawarannya untuk dibawa semasa Assessment Centre.

Saya memilih Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Putrajaya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) bermula dari peringkat Asasi (Foundation) hingga Ijazah.


Bagaimana Cerita Ini Berakhir?

Pada pagi Jumaat 8 haribulan Mei 2015, pada pukul 8.30 pagi saya telah mendapat panggilan dari Johor Corporation memberitahu bahawa saya telah berjaya mendapat tajaan Biasiswa Johor Corporation. Syukur kehadrat Illahi atas nikmat dan rezeki yang diberikan kepada saya. Kejayaan yang dikurniakan kepada saya ini adalah hasil usaha saya, Encik Armizam, Encik Azizi dan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang bertungkus-lumus dalam usaha menjadikan sebuah kejayaan itu realiti.

Alhamdulillah, hasrat saya untuk menyambung pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) di Universiti Tenaga Nasional pada peringkat Ijazah bermula dari Asasi menjadi kenyataan dengan Biasiswa JCorp ini.

Terima kasih J


Nantikan selepas ini saya memaparkan esei 1,000 patah perkataan dalam Bahasa Inggerisyang saya hantar semasa permohonan awal Biasiswa Jcorp – JESP ini.




6 ulasan:

  1. Saya ingin bertanya...jesp ini sebenarnya sponsorship / scholarship?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa beza sponsorship dengan scholarship? Yang penting JESP adalah bantuan pembiayaan pengajian tinggi yang tidak perlu bayar balik. Biasiswa sepenuhnya. Full scholarship.

      Padam
  2. Nak tanya. Masa mula² memohon, hanya terus hantar dokumen saja atau perlu dapatkan borang di mana²? Esei tu dibuat masa mula² nak mohon ke ?

    BalasPadam
  3. Nak tanya. Masa mula² memohon, hanya terus hantar dokumen saja atau perlu dapatkan borang di mana²? Esei tu dibuat masa mula² nak mohon ke ?

    BalasPadam

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)