Halaman

Khamis, 11 Mei 2017

[232] 1 / 20 : Aku Budak #MatrikDiHatiku : Semuanya Bermula Di Sini

Bermula dari hari ini, siri 20 episod Aku Budak #MATRIKDiHatiku tulisan Azhari Imran dipaparkan di dalam Blog G2 sebelum dijilidkan sebagai buku. Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial Facebook, Instagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com

Ikuti Episod Pertama ini.


1 / 20  
Segalanya Bermula Di Sini
Aku Budak #MATRIKDiHatiku
oleh Azhari Imran


Cantik rupa Bandar Maharani,
Pasti sudah ramai ke situ,
Dua tahun waktu dinanti,
Kini hadir saatnya itu.

Rakan - rakan sekelas semasa Tingkatan 5 Azam
di SMK Pemanis 2014
Yessss. Dah 2 tahun dalam ni . Akhirnya hari ini tanggal 9/5/2017 aku dah bebas tau. Dari 24/5/2015 sampai la hari ini bole la dikira 2 tahun. Kenapa aku cakap yess? Haa ade la sebabnya. Yela, aku tak payah nak bangun pagi - pagi lagi, tak payah nak beratur mandi lagi . Tak payah itu, tak payah ini. Opss, lupa nak cakap yang aku ni baru habis matrik.

Matrik tu ape? Taktahu ke matrik tu ape? Matrik tu sebahagian dari nama matrikulasi. Haa! Ade yang mohon matrik tak hari tu? Dapat kat mana? KMJ? KMNS? KMM? Ke KMPh? Ke ada tempat lain? Ape nama tempat tu? Hehehe. KMJ tu Kolej Matrikulasi Johor. KMNS tu nogori. KMM tu Melaka.  KMPh tu Pahang dan banyak lagi la. Hehe. Korang duduk mana? KL? Selangor? Atau Johor? Haa sape dapat ke KMJ tu, tahniah la ye.

Hehe jangan risau la. Tu barang nak prepare tu da ade ke? baju kemeja da ade? Baldi? alatan mandi? Cawan? Mangkuk maggi? Hehe alatan korang yg nak g camping masa sekolah menengah dengan sekolah rendah tu la. Da ade ke? Kalau belum ada, baik siapkan cepat-cepat. Haa borang da lengkapkan ke? Kan dah nak masuk tu. Jangan terhegeh2 la. Semangat sikit.

Hehe jangan risau la, matrik ni best sebenarnya tau. Sesiapa yg dari SBP, MRSM ke atau sekolah - sekolah yang berasrama tu dah biasa da kehidupan berjauhan dari mak ayah, penjaga semua. Hehehe. Tak biasa lagi? Dari darjah 1 sampai tingkatan 5 asyik melekat dengan mak ayah je? Jangan risau. Kita geng ! hehehe. Aku ni anak bongsu tau. Ye. Cakap la anak manja ke ape. Anak emak ke, duk bawah ketiak mak ke. Hehe apa  - apa je la. Yang penting aku happy.

Korang rasa noob ke masa mula - mula tak tahu ape matrik tu? Yess. Yess. Geng lagi. Aku pun taktau matrik pun ape sebenarnya. Hehe haa lupa nak cakap. Aku ni dulu sekolah kampung je tau. Hehehe nama sekolah aku SMK LKTP Pemanis. LKTP tu ape? Felda la. Sekolah aku bukan mcm SBP yg terkenal macam SBPI Rawang, SAMURA, STF, TKC atau sekurang – kurangnya macam SUKSES. Apa benda tetiba aku cakap pasal sekolah SBP pulak ni. Hehe aku nak cerita pasal matrik la. Haa berbalik dari kisah tadi.


Masa isi borang Matrik. Sebab aku ni Ketua Pengawas,
jadi kena duduk depan jadi contoh.
Sebenarnya la kan, aku ni dari Form 1 boleh dikatakan ade kaunselor sendiri. Dia ni jaga semua bidang, tak kisah la akademik ke bukan akademik ke. Sume budak kampung tu dia jaga. Bukan aku sorang je. Sebut je nama Abg Zam, satu kampung kenal. Bukan jaga belai - belai gitu, jaga untuk masa hadapan yang cerah. Dia ni la yang suruh aku dengan kawan - kawan lain daftar matrik. Tau - tau je kene bayar RM 6.00 gitu kalau tak silap. 

Sesi Penerangan Matrikulasi sebelum isi borang
Senior - senior lepasan Matrik yang sudah belajar di Universiti bantu kami semua. Beri penerangan, penjelasan, pastikan borang online lengkap di isi. Jawab soalan - soalan kami. Cerita pengalaman semua. Isi borang Matrik ni kalau tak silap masa Bengkel Matematik Tambahan yang diadakan oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, dalam bulan Ramadhan lagi.

Ha isi la kat PJK masa tu. Sekarang nama dia Pusat Internet 1Malaysia. Isi punya isi. Sampai la hari kene check kita ni dapat Matrik kat mana. Aku punya semangat check, Alhamdulillah dapat kat sini KMJ. Yang kawan lain ade yang KMNS dan KMPh. KMJ tu dekat dengan rumah aku ni woi. Wuhuu . Hehe aku tinggal dekat Segamat. Spesifiknya lagi dekat Felda Pemanis 1. Hehe ni nanti aku nak cerita la sepanjang 2 tahun, ape yang aku buat kat KMJ ni. Kot kot sama dengan matrik lain. Hehehe.

Bahagian kedua akan menyusul.

1 ulasan:

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)