Halaman

Sabtu, 20 Mei 2017

[236] : 5 / 20 : Aku Budak #MatrikDiHatiku : Subjek di Matrikulasi

Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial FacebookInstagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com

Episod yang telah disiarkan :

5. Episod 5 / 20 : Subjek Di Matrikulasi

Episod 2 disiarkan dalam Bahasa Inggeris. Episod - episod lain disiarkan dalam Bahasa Melayu.


5/ 20  
Subjek Di Matrikulasi

Aku Budak #MATRIKDiHatiku
oleh Azhari Imran

Berbekalkan result SPM yang ade, aku masuk ke Modul 1. Hehe nama praktikum aku MS18. Eh praktikum tu apa? Praktikum tu macam kumpulan la. Kalau sekolah menengah dulu kan ada 5 Azam, 5 Bakti, 5 Cekal. Tapi ni kalau kat matrik, ianya bermula dekat MS tu untuk Modul 1. 18 tu kelas kau yang ke berapa. Kalau Modul 2, dia MD. Kalau Modul 3, dia MT. Kalau akaun, dia guna huruf A. kalau PDT pulak, special sikit. Contohnya, L1S3 . L1 tu untuk PDT Semester 1.  S tu untuk Modul 1. 3 tu untuk praktikum ketiga dalam Modul 1. Kalau Modul 2, L1D3. Kalau Modul tiga, L1T3. So ikut la nanti kamu semua dapat apa.

Masa nak cari praktikum tu, kena cari sendiri. Mananya nak panggil sorang - sorang. “haa awak masuk sini, awak masuk situ” . Kamu semua dah 18 tahun da diknon. Fasi akan tampal kat tiang sepanjang susur gajah tu. Nama, nombor kad matrik dengan praktikum apa yang kamu semua terpilih. Takpe masuk je dulu. Kalau tak suka subjek tu, kamu semua bole tukar nanti ye.

Ouhh alamakk, aku lupa la nak cakap pasal subjek. Yee subjek kamu semua mengikut Modul tu. So, cerita dia macam ni.



So da nampak tak ape yang penting kat situ? Bukan kerjasama laaaaa. Yang penting adalah…CHEMISTRY & MATH. Kamu semua tak boleh lari dari 2 subjek sebabnya untuk tiga - tiga Modul ada. So ape kene buat? Yang dah nak masuk tu. Well prepared. Study balik semua subjek. Mathematic selepas SPM adalah Matematik Tambahan yang selalu kamu semua dok gagal tu. Sape yg dapat A+ tu tahniah la ye. Haa so ni subjek untuk sains. Untuk sesiapa yang aliran sains, subjek semua ni tak lari pun dari yang kita semua belajar untuk SPM ni. Cuma Comp Science tu macam ICT yg macam kat sekolah. Perakaunan pulak macam mana? Hishh sabar. Ni nak terangkan la ni.

Untuk Aliran Perakaunan, yang macam aku cakap awal – awal tadi la kan. Sesiapa yg tak credit Chemistry, masuk la ke aliran Perakaunan atau kat sekolah menengah dia dulu memang ambik aliran perakaunan. Ok perakaunan ni subjek dia ni je.

  • Matematik
  • Perakaunan
  • Ekonomi
  • Pengurusan perniagaan
Tinggal kenangan buku - buku di Matrik
yang pernah aku gunakan
Kata mereka yang belajar akaun ni, akaun ni senang nak skor sebab benda – benda  simple je belajar. Hafal sikit – sikit je. Tapi, haa ade tapinya. Kamu semua kene struggle untuk dapat result yang gempak. Sebabnya kamu semua akan bersaing dengan budak Sains yang sesuka hati je boleh ambik course kau kat universiti nanti. 

Kalau kamu semua nak tau, kat Malaysia ni ada beberapa negeri yang ada Kolej Matrikulasi Aliran Teknikal. Kat Johor ada, kat Pahang ada, Kedah pun ada tak silap. Hehe Matrik Teknikal ni pulak dia belajar subjek - subjek lebih kepada engineering je. Antaranya :

  • Matematik
  • Kimia Kejuruteraan
  • Fizik Kejuruteraan
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
                ATAU
    Pengajian kejuruteraan Mekanikal
                ATAU
    Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Ko sendiri nampak tak? Betapa pentingnya Matematik dalam hidup kau. Semua jurusan ada tau. So memang takbole lari. Sorry sangat2. Aku tak boleh cerita lebih lanjut pasal Aliran Teknikal ni sebab aku pun dari matrik biasa je. Hehehe


Bahagian keenam akan menyusul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)