Halaman

Ahad, 21 Mei 2017

[237] : 6 / 20 : Aku Budak #MatrikDiHatiku : Subjek Tambahan

Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial FacebookInstagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com

Episod yang telah disiarkan :

6. Episod 6 / 20 : Subjek Tambahan

6/ 20  
Subjek Di Matrikulasi

Aku Budak #MATRIKDiHatiku
oleh Azhari Imran

Ok da tau semua modul dan aliran kan? Subjek wajib pun da tau kan? Apa subjek wajib tu? Ada yg sunat, harus dan makruh ke? Hehehe. Subjek wajib tu yang kat atas - atas tu la. Subjek yang akan menentukan pointer kamu semua. So, kalau atas subjek wajib, subjek lain ada ke? Apa dia? Haa ni yang best nak cerita ni. Kamu semua wajib ambil subjek ni. Tapi tak masuk pointer pun.
  • Pendidikan Agama Islam dan Moral
  • Kemahiran Dinamika
  • Kokurikulum
  • English
Bersama kawan - kawan sebelum
menduduki peperiksaan MUET

Ok la kita start dengan subjek English dulu la ye. Ok English ni subjek tambahan diambil semua student. So maknanya nak tak nak kena belajar jugak English. Masalahnya sekarang, tadi kata tak masuk pointer tapi kenapa kena ambil jugak. Adik – adik saudara saudari kakak abang, kat matrikulasi ni kamu semua akan hadapi MUET tau. MUET ni akronim untuk Malaysian University English Test. So kamu semua kena belajar la macam mana nak jawab soalan MUET nanti. Masa kelas English ni la nanti diajar. Memula memang bosan belajar English. Dah lama – lama  nanti kamu semua akan rasa. Ermm okay je. Layan la. Hehehe. So masa belajar English ni, terus aim untuk dapatkan Band 4 dan lebih tu lagi bagus. Band tu apa? Band tu tahap kau la kau ni jenis English yg mcm mana. Bagi aku, sapa yg dapat Band 4 ni dah macam bagus da sebab dekat universiti nanti dia tengok Band MUET tinggi berapa. Haa sebab tu penting kelas English ni. Kod untuk subjek ni (WB023).


Hensem tak abam? 
Lagi apa? KO K ke? KO K tu apa ek? Laa KO K tu kokurikulum la. Haa ni yang semangat nak cerita ni. Untuk KO K, kamu semua da tak macam sekolah dulu – dulu lagi. Kenapa? Yela dulu kan sekolah setiap orang akan dapat masuk 3 atau 4 kelab yang berbeza. Tapi, dekat matrik pulak. Satu praktikum tu sekali harung dapat satu je kelab KO K. So satu praktikum tu dapat satu je kelab KO K. Haa nasib la kamu semua dapat apa kan nanti? Ada kelab beruniform, ada kelab sukan dan rekreasi. Tak lupa jugak ada kelab kebudayaan. Haa? Kelab beruniform? Ada kawad ke? Yee ada. Jangan risau la. Hehehe. Nasib la sapa yang dapat kawad tu. So, praktikum mana yang dapat kelab beruniform ni. Nasib la berpanas dekat situ. Pakai baju tebal – tebal. Beret, jambul mafla apa semua tu. MashaAllah. Lupa betul la nak bagitau. Nama kelab beruniform ni dipanggil Kadat Remaja Matrikulasi.


Haa KRM la kalau nak senang panggil. Ok kelab beruniform da habis terang dah tu. Cerah sangat. Kelab sukan pulak macam mana? Sukan ni ada banyak dekat Matrikulasi ni diknon oi. Untuk kelab sukan ni, dari sukan yang paling femes sampai la yang ke tak femes langsung. Paling femes kalau laki ye mesti bola kan? Perempuan pulak? Bola jaring? Hehe apa yang kamu semua tak pernah main kat luar sana dapat main dalam ni tau. Ada softball, basketball, bola tampar dan banyak lagi la yang kamu semua main nanti. Hehe cuma cara penerimaan kamu semua tu yang membuatkan ianya best ke tak. Ok kelab kebudayaan pulak ada apa? Kelab kebudayaan ni ada banyak la. Tapi sejak tahun lepas, teater ni ditukar ke filem pendek atas sebab2 tertentu. Hehehe. Seterusnya ada karoot komedia. Haa macam dekat Astro Warna tu. Apa maknanya? Haa dikir barat la. Apa lagi. Dan terakhir sekali, kelab boria. Boria ni best apa. Kelakar kalau yang buat persembahan tu tau cara untuk memikat penonton. Haa lupa nak cakap. Kamu semua ni nanti akan dipertandingkan dekat penghujung semester. So takkan suka2 je kan tubuhkan kelab tu. Haa nanti akan dibuat pertandingan dan kamu semua sebagai satu kumpulan, perlu bagi komitmen untuk sertai pertandingan tu.


Ok habis cerita pasal English dengan KO K. Kemahiran Dinamika dengan Pendidikan Agama Islam dan Moral tu macam mana pulak? Ok macam ni. Kita cerita pasal dinamika dulu. Kemahiran Dinamika tu sebenarnya kalau kat sekolah menengah, dia macam matapalajaran Sivik la. Kenapa? Ye la dia akan belajar perpaduan la, undang-undang la. Susur galur pangkat-pangkat tu semua. Ada lagi. Kemahiran Dinamika ni jugak akan ajar tatacara dalam majlis, kod pakaian nak tengok sesuai ke tak. Dalam subjek ni jugak akan ada penilaian untuk menentukan confident level kamu semua tu. Ada dua sesi, satu manifesto dan satu lagi pengacaraan. Kadang – kadang isi kandungan yang kamu semua nak sampaikan tu pelik – pelik je. Tapi disebabkan confident level, kamu semua akan lulus la penilaian tu. Kod untuk subjek ni adalah (WD021).

Semasa menyempurnakan kerja kursus
Pengetahuan Agama Islam
Ok cukup untuk Kemahiran Dinamika. Kita berpindah ke subjek Pendidikan Agama Islam dan Moral pulak. Untuk subjek ni pulak, kamu semua akan belajar lebih kurang masa SPM dulu. Kamu semua akan belajar konsep aqidah, ibadat, akhlak dan banyak lagi. Ouhh tak lupa juga nak ingatkan yang muslim ni, akan ada tasmik ye. Yee tasmik. Tasmik tu kamu semua hafal surah atau doa yang ustaz dah bagi, kamu semua hafal depan – depan ustaz. Kalau lulus, lepas la. Takyah buat banyak kali. Kalau lupa? Hehe tasmik la sampai lepas. Pendidikan Agama Islam dan Moral ni ada getir dan gawatnya jugak. Apa lagi kalau bukan kerja kursus. Antara Muslim dengan Non – Muslim, sama je. Dua - dua akan kena jugak buat kerja kursus ni. Nanti kamu semua kene buat kertas kerja pasal nak buat aktiviti kerja kursus kamu semua tu. Cuba la bincang antara classmate dan pensyarah untuk minta pkamu semuangan dan nasihat. Jangan risau. Penilaian kamu semua tu A ke B ke takkan jejaskan pointer subjek wajib kamu semua tu.  Kod untuk subjek ni pulak (WM021/WU021).

Bahagian ketujuh akan menyusul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)