Halaman

Isnin, 20 November 2017

[281] 16 / 20 : Aku Budak #MatrikDiHatiku - Pensyarah, Rakan dan Cinta

Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial FacebookInstagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com



16/ 20
Aku Budak #MatrikDiHatiku

Pensyarah, Rakan dan Cinta

oleh Azhari Imran



Pensyarah
§  Suka dan tak suka pensyarah ni perkara biasa la kat mana-mana tempat pun. Okay kebiasaannya yang suka dekat pensyarah ni sebab apa? 


Suka : 
1. Penampilan
2. Cara mengajar 
3. Tugasan yang ringkas dan padat
4. Baik hati dll

Tak Suka :
1. Garang
2. Penerangan tak jelas
3. Comot
4. Tugasan yang banyak dll

§  Okay yang atas tu dah jelas kan? Ok ape lagi nak cakap tentang pensyarah ni adalah memandangkan dunia sekarang ni canggih dan mempunyai perhubungan melalui WhatsApp, Telegram dll. Kamu semua perlu peka dengan waktu dan tempat yang sesuai untuk bertanyakan soalan atau apa-apa jua kemusykilan. Sebagai contoh, kamu semua perlu mengehadkan tempoh pertanyaan pada waktu malam. Pensyarah tu pun penat diknon. Kamu boleh bertanyakan soalan itu pada slot tutorial subjek itu nanti. Haa ok kan?




Rakan satu praktikum
§  Sebagai satu praktikum, kamu semua perlu berganding bahu dan jangan mengharapkan seorang ketua untuk melakukan semua. Kamu semua perlu sematkan prinsip kepimpinan di dalam diri kerana kamu sudah berumur 18 tahun yang boleh dilabelkan sebagai seorang yang matang.
§  Selain rakan sebilik, rakan praktikum juga menjadi ahli keluarga kamu sepanjang dua/empat semester di kolej matrikulasi itu. Susah senang tu perlu dikongsi bersama.
§  Untuk pengetahuan semua, setiap individu dalam satu praktikum memainkan peranan penting untuk kedudukan kelas dalam peperiksaan. Hal ini kerana, jika pointer seseorang di dalam praktikum itu jatuh ataupun meningkat, ia akan memberi kesan kepada rakan praktikum yang lain.






Percintaan dan persahabatan
§  Sebagai remaja yang mempunyai hati ingin mencuba sesuatu, kita tak terlepas dari perasaan ingin berpasangan. Jaga diri, hati, dan pelajaran. Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Nanti aku ceritakan di episode berikutnya. Hehehe.
§  Tak menjadi kesalahan pun ada teman wanita/lelaki ni. Dari sudut positifnya, kita boleh menjadikan ianya motivasi dalam diri. Kenapa motivasi? Ianya kerana kita akan berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk pasangan. Kita belajar bersungguh-sungguh untuk dijadikan contoh kepada pasangan. Dari sudut negatifnya pula, jika kita terlalu asyik dengan pasangan, ianya akan mendatangkan kesan yang buruk seperti pelajaran terabai, pengurusan diri terabai (jika putus cinta) dan lain-lain lagi.
§  Kes cemburu buta dan pergaduhan juga akan menyebabkan keharmonian belajar di kolej matrikulasi terganggu. Ia juga akan mewujudkan perasaan takut dan tidak tenteram pelajar lain untuk mengulangkaji.


      
Bahagian ke 17akan menyusul. 


Selasa, 14 November 2017

[280] 15 / 20 : Aku Budak #MatrikDiHatiku - Kebajikan

Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial FacebookInstagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com



15/ 20
Aku Budak #MatrikDiHatiku

Kebajikan

oleh Azhari Imran

Sepanjang sesi pembelajaran kamu di KMJ ni, semua kebajikan kamu akan dijaga. Antara kebajikan pihak kolej ialah :

  • Klinik
§ Jika kamu mengalami sakit dan memerlukan rawatan, kamu semua perlu melaporkan diri di blok kediaman Al-Biruni atau lebih dikenali Blok E.
§ Waktu melaporkan diri di pejabat Blok E adalah pada jam 9 pagi dan 3 petang. Pada hari Khamis pula hanya pada waktu pagi sahaja
§ Pada waktu malam pula, kamu semua perlu merujuk Pejabat Felo yang terletak di Blok C (rujuk Episod 10)



  • Dobi
§  Dobi ni khas untuk golongan yang sayang tenaga dan malas membasuh baju menggunakan tangan
§  Dengan hanya berharga RM2.00 dan perlu menunggu selama 28 minit. Baju anda dicuci bersih sebersih hati selepas bertaubat.
§  Dugaan yang sering dihadapi adalah apabila mengisi duit tetapi mesin basuh tidak beroperasi. Huhuhu






  • Kafeteria.
§  Ini merupakan tempat aku melampiaskan nafsu lapar.
§  Banyak makanan dengan harga yang berpatutan
§  Waktu genting adalah pada pukul 1.00 petang. Dan ini memerlukan tahap sabar yang tinggi kerana masing-masing lapar. Ada yang memotong barisan, ada yang tertumpahkan kuah, ada yang mengambil nasi sehingga berlebihan dan banyak lagi dugaan.




  • Outing dan balik bermalam
§  Ini merupakan waktu kebebasan pelajar.
§  Mereka berasa bebas kerana dapat membeli barang keperluan dan “food hunting”
§  Antaranya “food hunting” kegilaan ramai adalah Sushi. Antara menu yang lain adalah Kentucky Fried Chicken (KFC), Pizza dan lain-lain. Untuk makluman, di Tangkak tiada cawangan McDonald. Hehehe
§  Tempoh outing adalah dari pukul 10.00 pagi hinga 6.00 petang
§  Untuk balik bermalam pula, jika kolej tidak menganjurkan aktiviti, kamu akan dibenarkan pulang ke rumah sekurang-kurangnya sebulan sekali. Hal ini jika tiada apa-apa perayaan yang disambut seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Perayaan Deepavali dan sebagainya.
§  Ibu bapa boleh menjemput pelajar sekiranya dibenarkan balik. Jika ibu bapa yang tiada kelapangan, pelajar boleh membeli tiket bas di koperasi dan balik menaiki bas.


Bahagian ke 16 akan menyusul.

Rabu, 1 November 2017

[279] Malam Pra Graduasi ARPRM Batch Inspirasi & Bicara TN50

ALBUM 4 : 27 Oktober 2017 - Setelah selesai sesi TN50 Bersama YB ADUN Pemanis dan penyampaian anugerah - anugerah, majis diteruskan dengan jamuan penghargaan untuk semua peserta ARPRM Batch Inspirasi 2017 dan para sukarelawan. YB turut bersama memotong kek untuk Sambutan Ulang Tahun G2. Beliau juga diperkenalkan kepada Nurul Asyikin Basri yang akan berlepas ke Amerika Syarikat bagi Kennedy Lugar Youth Exchange and Study (KL YES) Januari 2018. Terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat, Terima kasih untuk ibu bapa dan semua yang menghadiri. Semoga kita bertemu lagi.