Halaman

Isnin, 26 November 2018

[356] Sesi Pasca Nilai dan Penyelarasan Peserta ARPRM 2018 / 2019

JUMAAT, 23 NOVEMBER 2018 : Pusat Internet Felda Pemanis Dua.
Satu pertemuan telah diadakan dengan semua peserta Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM - DofE) di bawah G2 telah diadakan. Sesi ini bertujuan untuk membuat pasca nilai (post mortem), ulangkaji pemahaman, menyelaras dokumen - dokumen teknikal dan penyelarasan beberapa program yang perlu dilaksanakan oleh mereka.
Sesi dibahagikan kepada dua : Sebelah pagi untuk semua peserta yang telah sempurna Tahap Gangsa (bakal ke peringkat Perak) dan sempurna Tahap Perak (bakal ke peringkat Emas.) Manakala sesi petang pula adalah untuk sebahagian peserta Tahap Perak ke Emas yang tidak berkesempatan hadir sebelah pagi dan fokus kepada peserta yang sedang melaksanakan Tahap Emas. Setiap sesi berlangsung hampir 3 jam.
Perjumpaan dikendalikan oleh Ketua Mentor dibantu oleh alumni ARPRM yang terdiri dari bekas peserta ARPRM dan penerima Tahap Emas.

















Menerusi kedua - dua perjumpaan, semua peserta telah membuat ulangkaji mengenai pemahaman mereka terhadap pelaksanaan ARPRM berdasarkan piawaian antarabangsa yang ditetapkan. Peserta juga membangkitkan beberapa masalah yang dihadapi dan kemudian jalan penyelesaian telah diambil. Untuk peserta yang bakal dan sedang mengharungi cabaran Tahap Emas, mereka juga menyusun beberapa projek yang wajib dilaksanakan mengambil sempena cuti panjang persekolahan ini.


Badan Operasi ARPRM - DofE Persatuan Belia G2 Felda Pemanismerakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pusat Internet Felda Pemanis Dua di atas kerjasama dan kemudahan yang diberikan. Tahniah juga kepada semua peserta Program ARPRM sesi 2018 / 2019 / 2020 yang memberikan komitmed jitu untuk menggapai sasaran yang ditetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)