Halaman

Sabtu, 1 Disember 2018

[357] Perjumpaan Bulanan Peserta ARPRM Tahap Emas - Ogos, September dan November 2018

SESI perjumpaan bulanan peserta program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas di bawah Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis diadakan setiap bulan. 

Perjumpaan dikendalikan oleh Ketua Mentor dan dibantu oleh barisan Mentor bersama para pemegang Tahap Emas dari tahun - tahun sebelumnya. Ia diadakan di kediaman Ketua Mentor atau Pusat Internet Felda Pemanis Dua, berdasarkan kesesuaian.

Perjumpaan yang diadakan mempunyai matlamat untuk :

1. Menyemak catatan aktiviti di dalam Buku Rekod peserta menerusi komponen - komponen yang diperlukan. Kesalahan - kesalahan akan diperbetulkan.

2.Mendapatkan maklumbalas perkembangan pelaksanaan aktiviti di kalangan peserta. Mana - mana peserta yang mempunyai masalah, akan terus diberikan cadangan penyelesaian.

3. Memastikan peserta mencatat dengan betul, menjalankan aktiviti dengan sempurna dan tidak lari dari garis panduan antarabangsa yang ditetapkan.

4. Sebagai sesi motivasi untuk peserta terus berjuang menyempurnakan Tahap Emas.

5. Merancang aktiviti - aktiviti yang belum lagi dilaksanakan.

Gambar - gamabr berikut memaparkan sepintas lalu perjumpaan mengikut bulan.

PERJUMPAAN BULAN OGOS












PERJUMPAAN BULAN SEPTEMBER








PERJUMPAAN BULAN NOVEMBER




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)