Halaman

Sabtu, 10 Ogos 2019

[402] 'Kak, Setialah Dengan Saya'

Catatan Norshahira Isa, salah seorang sukarelawan pendidikan #TeamTutor G2 yang mengendalikan sesi tutorial Sukarelawan Dalam Kelas - Matematik di SK LKTP Pemanis 1 (PEMASA) untuk UPSR 2019

Kalau dua tahun lepas, Razak paling clingy dengan aku. Siap merajuk kalau aku tak ajar group dia. Kalau tahun ni, Faiz ni paling clingy.
"Kak, setia lah dengan saya. Takyah lah pergi group lain" HAHAHAHA
Bila aku focus kat orang lain, dia akan jadi malas malas. Salin balik nombor dari soalan pun salah. Kena tunggu dia tulis. Baru boleh pergi tempat lain.
Aku taknak biasakan jadi garang kat budak2 macam diorang ni. Sebab aku taknak diorang jadi takut bila belajar. Dan aku sendiri suka cikgu2 yang baik, lembut, tak garang. Hahaha. Aku faham perasaan takut bila belajar dengan cikgu yang garang. Aku fikir nak cepat habis class je HAHAHA.
Diorang ni sebenarnya kurang latihan je. Diorang bijak. Cuma kekadang terlupa formula, etc. Dan benda tu lah yang kita kena ingatkan berulang kali. Setakat ni aku masih okay untuk ingatkan benda sama berulang kali. Dengan harapan, suatu hari nanti bila aku terlupa sesuatu, ada yang tolong ingatkan aku berjuta kali. 😊
May Allah ease everything for you adik-adik 💖
P/s: sebenarnya aku dah warning, kalau malas study aku bertukar jadi singa 🦁🦁🦁

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)