Halaman

Ahad, 11 Ogos 2019

[403] Kem Akademik UPSR 2019 SK LKTP Pemanis

Khamis - Sabtu, 1 - 3 Ogos 2019 - SK LKTP Pemanis 1, Segamat
Seramai 35 orang sukarelawan tutor Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah menyumbang bakti dalam pelaksanaan Kem Akademik UPSR 2019 anjuran SK LKTP Pemanis 1 (PEMASA). Kem tiga hari ini berlangsung di sekolah dan telah diadakan menerusi 7 sesi mengikut subjek yang diatur melibatkan 36 orang pelajar.
Sukarelawan yang dikenali sebagai #TeamTutor ini merupakan mereka yang terlibat dalam Projek Sukarelawan Pendidikan. Kesemua mereka secara bergilir telah mengambil peranan sebagai tutor kumpulan belajar mengikut sesi yang diatur. Mereka adalah para pelajar sekolah menengah, universiti dan graduan yang berkhidmat secara sukarela.



















Ini merupakan tahun ke 5 #TeamTutor Projek Sukarelawan Pendidikan G2 menyumbang bakti bagi pelaksanaan secara intensif program - program berasaskan akademik untuk sekolah tersebut. Majoriti dari mereka merupakan peserta Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dan alumni (bekas peserta yang telah tamat sehingga ke tahap Emas) untuk program berkenaan. Elemen kesukarelaan adalah sebahagian perkara yang mendasari program ARPRM.

















































Kem Akademik UPSR ini diadakan oleh pihak sekolah sebagai salah satu pendekatan untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan diadakan bermula 5 September hadapan.
G2 merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar PEMASA Tuan Helmyazizul Abdul Hamid, semua guru Tahun 6, guru - guru sekolah, ibu bapa penjaga dan para pelajar yang memberikan kepercayaan dan sokongan untuk #TeamTutor bersama - sama di dalam program yang amat bermanfaat ini.


































Penghargaan juga tentunya untuk semua sukarelawan yang telah bersama sepanjang 3 hari dan 7 sesi ini. Semoga semangat kesukarelaan dalam pendidikan akan terus hidup subur dan berterusan untuk masa mendatang.













































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)