Halaman

Jumaat, 4 Disember 2020

[617] #TAG4Future Virtual - Penulisan Resume dan Persediaan Temuduga

G2 Cipta Rekod Peribadi Organisasi, Program Tahap Kebangsaan Paling Ramai Peserta Mewakili Seluruh Negeri

FELDA PEMANIS, 2 Disember - #TeamG2 menerusi Pasukan Sukarelawan Pendidikan hari ini mencipta rekod peribadi sebagai sebuah organisasi dengan penganjuran program yang disertai paling ramai dari seluruh negeri di Malaysia, termasuk peserta undangan dari negara Indonesia.























































Program terakhir dalam siri #TAG4Future - Teach and Guide for Future itu memfokus kepada elemen 'Guide' dengan pelaksanaan Sesi Penulisan Resume dan Persediaan Temuduga. Ia diadakan secara virtual menerusi platform Cisco Webex yang disediakan oleh PERKESO, Kementerian Sumber Manusia.

"Seramai 681 orang telah menyertai program ini dari seramai 900 lebih yang menunjuk minat pada peringkat awal. Ia dibiayai oleh Dana Impact Youth dari Impact Malaysia, sebuah agensi Kementerian Belia dan Sukan. Projek dilaksanakan oleh #TeamG2 dengan kerjasama Impact Malaysia dan Sistem Insurans Pekerjaan, PERKESO, Kementerian Sumber Manusia, " jelas Faiz Ahmad, Pengurus Projek.

Faiz turut menjelaskan, "Menerusi sesi virtual yang dibuka ke seluruh negara, kami menyasarkan 4 golongan untuk program ini iaitu pelajar sekolah menengah tingkatan atas, pelajar institusi, kolej dan universiti, graduan, mereka yang diberhentikan kerja atau hendak bertukar kerjaya dan mereka yang hendak meningkatkan kemahiran insaniah."

Para peserta diajar bagaimana menyediakan resume dengan baik, apakah elemen - elemen yang perlu ada dalam resume di samping bagaima untuk berdepan dengan sesi temuduga sama ada keperluan pengajian, pekerjaan, program atau biasiswa.






























Program telah dikendalikan dua orang profesional dalam bidang berkenaan. Pertama, Encik Mohd Firdaus Zainal Abidin, Pengurus Kes merangkap Ketua Zon Johor, Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, PERKESO Negeri Johor. Beliau juga merupakan Tokoh Belia Johor (Anugerah Perdana Belia Negeri Johor) 2020 dan penerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas - The Duke of Edinburgh's International Award dari #TeamG2.

Seorang lagi adalah Encik Mohd Akmal, Pegawai Kebolehpekerjaan dari agensi yang sama. 
Iman Nurhaqim Norrizam, mahasiswa Kimia dari UiTM Kuala Pilah telah bertindak sebagai moderator.


















Keputusan melaksanakan program secara virtual dibuat apabila #TeamG2 berdepan kekangan untuk melaksanakannya secara fizikal berikutan arahan Kerajaan berhubung PKPB, PKPP, SOP Majlis Keselamatan Negara dan penutupan sekolah mahupun institusi pengajian. Ia kemudiannya diperluaskan untuk dibuka ke seluruh negara dan menambah kumpulan sasar program.

#HidupUntukMemberi kerana #KitaHamba
#SecuringYouthEducation
#BungaBangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)