Halaman

Sabtu, 5 Disember 2020

[618] Catatan Azhari Imran - Setiausaha Projek #TAG4Future - Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia

Pengalaman memundak taklifan amanah sebagai Setiausaha Projek memberi saya tasawwur baharu dalam pengurusan projek. Ya, jujur mulanya saya hanya fikir ia sekadar biasa sahaja. Tetapi apabila idea mula dibongkar di meja makan pada Jun 2020, saya mula membayangkan apa yang akan terjadi.

Separuh tahun didedikasikan untuk Projek Sukarelawan Pendidikan - #TAG4Future - Teach and Guide for Future. 3, 4 bulan darinya untuk kelas bimbingan percuma. Sebulan untuk elemen Guide. Bakinya kerja - kerja pengurusan belakang tabir.







Belajar hakikat kerja - kerja kesukarelaan perlu diangkat pada tahap profesional, sistem pengurusan yang mantap, data yang komprehensif dan paling penting jiwa yang kita bawa.

Terima kasih untuk sokongan semua pada dua kali sesi online kita, minggu lepas dan semalam. Terima kasih Encik Saifuddin Mohd Isa, Encik Mohd Firdaus Zainal Abidin dan Encik Akmal Shahrudin. Mereka senior idola dari #TeamG2, organisasi yang banyak mengajar saya hakikat hidup.

En Armizam Mizam Rahim yang saya sanjungi, seorang yang tegas dan sangat komited dalam apa jua projek berbentuk sukarelawan. Beliau setia mendengar pelbagai luahan perasaan dan sentiasa memberi solusi mengenai tindakan seterusnya. 

Saya punya ketua yang amat hebat. Faiz Ahmad Mohammad Faiz, Pengurus Projek yang akalnya sentiasa hidup. Orang yang sentiasa ada bersama semua orang sepanjang projek.

Pasukan Sukarelawan #TeamG2 yang mendedikasikan masa senggang mereka untuk ini. Pasukan Pengurusan yang amat saya sayangi, sanggup terima tugas dari saya yang kadang kala culas dan malas. Terima kasih Akim Mustakim Akim Mus Irfan Irfan Irvine, Ashraff Husin Nur Ashraff, Asraf Abas Hairul Asraf, Syikin Basri Syikin Basri dan Anis Anis Asyiqin. Juga untuk yang telah meninggalkan kami dalam projek ini: Shahira dan Suria. Terima kasih.

Sesungguhnya, ada banyak benda di dunia yang boleh kita lakukan untuk kebersamaan kehidupan, kerana kita tidak berseorangan. Terima kasih semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)