Halaman

Selasa, 9 November 2021

[950] Misi Bukit Beirut, Serakek, Kg Kuala Paya

KG KUALA PAYA, 5 November - Lapan orang #TeamG2 hari ini menyempurnakan pendakian santai dalam Misi Bukit Beirut, setelah program rekreasi dibenarkan di bawah Fasa 4.

Mereka merupakan peserta dan alumni Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang mengambil peluang ini sebagai pemanas badan untuk lebih banyak aktiviti rekreasi dan jelajah lasak yang akan dilaksanakan kemudian. 

Ia juga menjadi aktiviti penyuai fizikal untuk lebih bersemangat menjelang sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi.

Bukit Beirut, spot rekreasi terkini daerah Segamat terletak di Serakek, Kg Kuala Paya. Ia mula menarik perhatian ramai sejak kebelakangan ini dan amat sesuai untuk mereka yang mula berjinak dalam pendakian.


Turut bersama dalam pendakian adalah Encik Ahmad Sukaimi Othman, Ahli Majlis Perbandaran Segamat dan Encik Mizam Rahim, Ketua Mentor Program ARPRM. 

Encik Ahmad Sukaimi juga telah menyampaikan sijil penyertaan peserta di tapak berakhir pendakian. Terima kasih diucapkan. 




































































Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mendaki dan turun dengan selamat.

#Hiking #BukitBeirut #BukitSerakek #Nature

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)