Halaman

Selasa, 9 November 2021

[951] Indeks Belia Malaysia 2021 - Daerah Tangkak

KADEM SEMPURNA 60 RESPONDEN, TAMBAHAN DI TANGKAK JUGA SELESAI

TANGKAK, 7 November - Indeks Belia Malaysia 2021 (IBM 21) untuk daerah Tangkak sempurna hari ini apabila sistem ditutup jam 5 petang tadi untuk kemasukan data responden dari lapangan.

Selama 3 hari di lapangan, seramai 30 orang responden telah ditemui oleh enemurator Kadem Kahar di daerah tersebut. Sebelum ini, Kadem telah menyempurnakan kerja lapangan menemui 30 orang responden di daerah Segamat. Ini menjadikan Kadem selesai untuk 60 orang responden di dua daerah dalam negeri Johor.

Kerja - kerja lapangan di Tangkak merupakan tambahan kepada kerja - kerja yang serupa di daerah Segamat.

Indeks Belia Malaysia 2021 adalah sebuah projek di bawah IBM21 mempunyai 179 soalan meliputi 41 indikator dan 6 domain utama. Ia merupakan projek di bawah Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Responden terdiri dari pelbagai kaum, jantina dan umur sebagaimana pecahan yang dikehendaki.

Untuk daerah Tangkak, Blok Perhitungan (BP) dan ‘Local Community Expert (LCE)’ adalah seperti berikut :

Hari 1 : Taman Lagenda dan Taman Payamas

LCE : Encik Iqbal, aktivis komuniti

Laporan di sini : https://www.facebook.com/100000364686944/posts/4747661821922594/?d=n

Hari 2 dan 3 : Bukit Kangkar, Kg Parit Pelampung, Teluk Rimba dan Kg Sialang

LCE : Tuan Haji Jamaidi (Ketua UMNO Cawangan Kg Parit Pelampung) dan Encik Afiq (aktivis komuniti).

LCE adalah orang yang dipilih oleh enemurator di sesuatu BP untuk menjejak responden dan menjadi penghubung. Mereka biasanya merupakan orang yang berpengaruh, mengenali dan faham komuniti setempat. 


















































Dengan berakhirnya kerja lapangan di Tangkak ini, maka selesailah IBM21 untuk semua enemurator #TeamG2 yang dilantik oleh IYRES.

#IYRES #IBM21 #IndeksBeliaMalaysia #ResearchMatters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)