Halaman

Isnin, 15 November 2021

[952] Bengkel Renovasi ARPRM

KUALA LUMPUR,  11 - 13 November - Bahagian Pembangunan Rakan Muda (BPRM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah mengadakan Bengkel Renovasi ARPRM (Anugerah Remaja Perrdana Rakan Muda) selama 3 hari bertempat di Hotel Premiera, di sini.


Bengkel tersebut disertai oleh Jawatankuasa Operasi dan Teknikal (JKOT) ARPRM Kebangsaan dan Pegawai - Pegawai Rakan Muda dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri - Negeri.


Ia telah dibuka rasmi oleh Puan Azura Sabrin, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) yang mewakili Ketua Pengarah, Datuk Dr Hajah Wasitah Haji Mohd Yusof.


Menurut BPRM, bengkel diadakan dengan objektif seperti berikut :


1. Mengenal pasti kaedah dan panduan terkini berkaitan pelaksanaan anugerah yang telah ditetapkan oleh pihak antarabangsa.

2. Medium perbincangan penambahbaikan serta idea ke arah memperkemas pelaksanaan ARPRM mengikut situasi semasa.

3. Memperkasa peranan serta tanggungjawab Jawatankuasa Operasi & Teknikal ARPRM yang telah dilantik bagi tujuan merenovasi Anugerah ini.

4. Mewujudkan jaringan hubungan antara pakar rujukARPRM bersama pegawai yang bertanggungjawab ke atas pemantauan dan pengurusan Anugerah di peringkat negeri.

5. Merangka perancangan aktiviti Anugerah, bagi tahun 2022 dengan tumpuan kepada pemerkasaan Badan Operasi, Pemimpin serta Unit Sekolah ARPRM.

6. Mempromosi dan mengembangkan pelaksanaan ARPRM.






















































Antara pengisian slot bengkel adalah Perbincangan Isu Semasa dan Permasalahan ARPRM, Pembangunan Modul Pemimpin ARPRM Tahap 2 dan 3, Pembentangan dan Sesi Forum Isu ARPRM.

#ARPRM #DofE #WorldReady 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)