Halaman

Khamis, 22 Disember 2022

[1,162] Majlis Pentauliahan Emas ARPRM 2022

TIGA ORANG DITAULIAHKAN EMAS, G2 TURUT TERIMA ANUGERAH KHAS

IPOH, 11 November 2022 - Kementerian Belia dan Sukan Malaysia petang tadi selesai mentauliahkan 95 orang peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas (The Duke of Edinburgh’s International Award Gold Standard) bertempat di Hotel Casuarina @ Meru.

Majlis Pentauliahan Emas ARPRM itu juga menyaksikan 8 orang dari Johor menerima anugerah termasuk 3 darinya adalah dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.

Mereka adalah Mohd Khairul Izuan Abd Aziz (Emas ke 31 dari G2), Mohd Zulfahmi Mohd Zain (Emas ke 32) dan Mohd Fakhrul Aiman Rezal (Emas ke 33). Kesemua mereka adalah cucu peneroka Felda Pemanis Dua. Misi 4 tahun menyempurnakan keperluan ARPRM telah diiktiraf hari ini.





YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah menyempurnakan majlis. Turut bersama adalah Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Malaysia.

Dalam majlis yang sama, YB Menteri turut menyampaikan Anugerah Khas Badan Operasi kepada beberapa Badan Operasi, termasuk Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.

Tahniah kepada semua penerima ARPRM Emas seluruh Malaysia. Semoga pengiktirafan antarabangsa ini menjadi sumber kekuatan untuk terus berbakti dan menggerak - suburkan pembinaan generasi.

#MPEARPRM

#ARPRM #DofE

#GoldStandard

#TheSurvivor
















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)