Halaman

Khamis, 22 Disember 2022

[1,163] Taklimat ARPRM di Kolej Komuniti Segamat

 KKS MENGORAK LANGKAH, 40 PELAJAR BAKAL KOHORT PERTAMA ARPRM

BANDAR PUTRA, 30 November - Kolej Komuniti Segamat (KKS) hari ini mengorak langkah apabila memulakan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) untuk para pelajar kolej berkenaan.

Pengarah KKS, Tuan Zahid Daim berkata, buat permulaan seramai 40 orang pelajar akan menjadi kohort pertama program berkenaan.

Program ARPRM di KKS bermula dengan pelajar Semester 1 dan 2 bersama Pengarah, Timbalan - Timbalan Pengarah, Ketua - Ketua Program dan Pensyarah hari ini diberikan taklimat pelaksanaan oleh Encik Armizam Abd Rahim, Ketua Mentor ARPRM Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Beliau dibantu oleh Hafiz Ahmad, salah seorang peserta ARPRM.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal ARPRM Kebangsaan telah menyentuh pelbagai perkara meliputi sejarah, falsafah, prinsip, hukum dan peraturan program berkenaan.

Turut bersama dan menyampaikan ucapan pembukaan adalah Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat.




Sesi taklimat itu disusun oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dan Kolej Komuniti Segamat dengan kerjasama Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.

Program ARPRM adalah adaptasi dari The Duke of Edinburgh’s International Award yang berpangkalan di United Kingdom. Ia dilaksakan lebih 140 buah negara di dunia menerusi Badan Operasi masing - masing.

#WorldReady #ARPRM 

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)