Halaman

Isnin, 2 Januari 2023

[1,183] Misi Pasca Banjir - Universiti Malaysia Terengganu

‘Kehilangan harta benda, kerugian, kepenatan dan kelelahan menjadi antara cabaran dalam menghadapi musibah ini’

GONG BADAK DAN BESUT, 28 dan 30 Disember - “Melihat kesusahan yang dialami oleh mangsa banjir, saya serba sedikit memahaminya kerana saya juga merupakan antara mangsa banjir yang pernah mengalami nasib yang sama. 

Kehilangan harta benda, kerugian, kepenatan dan kelelahan menjadi antara cabaran dalam menghadapi musibah ini. “ ujar Mustakim Abdul Kahar, sukarelawan Misi Pasca Banjir UMT Prihatin yang berada di lapangan selama dua melaksanakan misi pasca bencana itu.

“Saya sangat gembira kerana masih lagi berpeluang menjadi sukarelawan walaupun sedang menjalani latihan industri. Ini setidak - tidaknya dapat menghidupkan jiwa kesukarelawanan saya walau di mana pun saya berada,” tambah beliau lagi.

Mustakim, mahasiswa semester akhir Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan aktivis dan sukarelawan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan pemegang ARPRM Emas 2019.

Beliau mengikuti Misi Pasca Banjir itu pada 28 Disember 2022 di Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak dan 30 Disember 2022 pula di Kampung Batu 13, Besut, Terengganu. 

Di Gong Badak, ia melibatkan seramai hampir 60 orang sukarelawan terdiri daripada pelajar dan staf UMT. Manakala di Besut pula, misi yang sama melibatkan seramai 40 orang. Ia termasuk penyertaan dari Angkatan Pertahanan Awam yang bertindak sebagai unit sokongan membantu menjayakan perjalanan program.

UMT dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat Uni Clo dan pelbagai agensi bertindak menghulurkan bantuan berupa barangan pakaian, makanan, dan tenaga dalam membantu mangsa banjir di daerah Besut yang terjejas. Banjir telah menenggelamkan keseluruhan rumah dalam kawasan kampung berkenaan.

#PascaBencana #Kesukarelaan #TheSurvivior #GoldStandard






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)