Halaman

Selasa, 3 Januari 2023

[1,184] 'Hebat Kuasa Tuhan' - Misi Pasca Banjir UPSI ke Kelantan

‘Hebat Kuasa Tuhan’

KOTA BAHRU, 30 Disember – “Hebat kuasa Tuhan. Kadang ia baik untuk kita, kadang sebagai pengajaran kepada manusia. Bersyukur dan berdamai baiklah dengan alam,” ulas Nora Asyikin Musa, mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berada di lapangan pasca banjir baru – baru ini.

“Saya berasa sangat teruja kerana diberi peluang untuk menabur bakti ke tempat bencana dengan tujuan meringankan beban mangsa banjir walaupun berada dalam minggu akademik yang amat sibuk,” tambah beliau lagi.

Nora, peserta ARPRM Tahap Emas #TeamG2 merupakan salah seorang sukarelawan yang mengikuti Program Misi Bantuan Sukarelawan dan Bantuan Bencana Banjir Pantai Timur anjuran Gabungan Mahasiswa Anak Johor (GAJ) Kebangsaan, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Yayasan Ikhlas Malaysia (Cawangan Johor).  Beliau mewakili Gabungan Majlis Anak Johor  (M@JOR), Majlis Perwakilan Pelajar dan ResQ Universiti Pendidikan Sultan Idris sidang 2022/2023.

Misi mengambil tempat di sekitar negeri Kelantan dan Terengganu, berpusat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Kota.

“Walaupun bantuan dan sumbangan yang disalurkan tidak mampu menandingi kerugian harta benda yang musnah oleh bah, namun mereka tetap bersyukur kerana disantuni oleh GAJ daripada beberapa IPTA yang hadir di daerah yang terjejas teruk,” ujarnya lagi.

“Kami berada di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai alamat rumah tepat menyebabkan pihak kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sukar menyalurkan bantuan. Jalan masuk ke sini pun hanya muat untuk satu buah kereta sahaja,” tambah beliau mengakhiri ulasan misi tersebut.

#PascaBanjir #PascaBencana













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)