Halaman

Rabu, 4 Januari 2023

[1,185] Tahniah Anis dan Amirah - Tauliah SUKSIS

TAHNIAH - #TeamG2 dan ARPRM merakamkan setinggi - tinggi syabas dan tahniah kepada Nurul Anis Asyiqin Mustafa yang ditauliahkan Inspektor KS Kor Simpanan Polis Siswa Siswi (SUKSIS), Universiti Teknologi Malaysia.

Anis, lepasan UiTM Segamat dalam Sarjana Muda Kewangan merupakan Pemegang Emas ARPRM 2019.

Beliau telah ditauliahkan Inspektor KS SUKSIS pada 5 September lepas pada majlis yang diadakan di UiTM Cawangan Kedah Kampus Merbok.

Sebagai catatan, pada tahun 2022, seramai 4 orang mahasiswa #TeamG2 yang juga pemegang emas ARPRM telah ditauliahkan menerusi SUKSIS iaitu Mustakim, Hairul Asraf, Anis Asyiqin dan Amirah Syafiqah.

Syabas buat Anis!

#BungaBangsa #GoldStandard #TheSurvivor

 


TAHNIAH - #TeamG2 dan ARPRM merakamkan setinggi - tinggi syabas dan tahniah kepada Amirah Syafiqah Mohd Faizal yang ditauliahkan Inspektor KS Kor Simpanan Polis Siswa Siswi (SUKSIS), Universiti Teknologi Malaysia.

Amirah, bakal ke semester akhir dalam Ijazah Kejuruteraan Kimia ini merupakan pemegang ARPRM Tahap Emas 2019 dan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beliau merupakan salah seorang dari 50 pelajar SUKSIS UTM yang ditauliahkan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor pada 29 Disember lepas. Pentauliahan telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Kamarul Zaman Mamat, Ketua Polis Johor.

Sebagai catatan, pada tahun 2022, seramai 4 orang mahasiswa #TeamG2 yang juga pemegang emas ARPRM telah ditauliahkan menerusi SUKSIS iaitu Mustakim, Hairul Asraf, Anis Asyiqin dan Amirah Syafiqah.

Syabas buat Mirae!

#BungaBangsa #GoldStandard #TheSurvivor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)