Halaman

Isnin, 15 Julai 2024

[1,159] Kursus Pemimpin ARPRM Zon Selatan

 KURSUS PEMIMPIN ARPRM ZON SELATAN 2024

AYER KEROH, 13 - 15 Julai - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah menganjurkan Kursus Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Zon Selatan pada 13 - 15 Julai 2024 di Amverton Heritage Resort, Melaka.

Program ini kendalikan oleh Mentor ARPRM Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Encik Armizam Abd Rahim yang juga selaku Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal (JKOT) ARPRM Kebangsaan. Ia turut dikendalikan bersama dengan Encik Zaharuddin Majid, Mentor ARPRM Persatuan Belia Dinamik Barat, Seremban.


Abd Razak Abd Rahim dan Muhd Izham Abd Aziz yang baharu sahaja menyempurnakan ARPRM Tahap Emas telah diberikan peluang untuk berkongsi pengalaman perjalanan ARPRM mereka untuk semua peserta. Razak dan Izham juga membantu mengendalikan kursus.

Para peserta terdiri dari Pegawai - Pegawai Belia dan Sukan, guru - guru, Pegawai Agensi / Jabatan Kerajaan dan aktivis Pertubuhan Bukan Kerajaan. Mereka datangnya dari Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berjumlah 45 orang.

Kursus bertujuan untuk melahirkan Pemimpin Anugerah program ARPRM yang faham pelaksanaan program dan mampu melahirkan penerima - penerima anugerah. Di akhir kursus, semua peserta menduduki peperiksaan bertujuan untuk menilai kefahaman mereka di samping melayakkan mereka menjadi Pemimpin Anugerah (Mentor, Jurulatih dan Penilai).

Razak dan Izham turut sama menduduki peperiksaan bersama Cikgu Nurul Aniza Paiman (Kohor 1, 2002, penerima pertama ARPRM dari G2). Mereka bertiga lulus dan layak menjadi Pemimpin Anugerah.

Tahniah kepada semua peserta dan Pemimpin Anugerah baharu yang dilahirkan. Terima kasih JBS Negeri Sembilan di atas pengajuran program.

#BungaBangsa #TeamG2 #ARPRM


















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)