Halaman

Selasa, 16 Julai 2024

[1,160] ARPRM Tahap Emas : Penyerahan Laporan Bilangan 39 - 42

 ARPRM EMAS 39, 40, 41 DAN 42 : SESI PENILAIAN DAN PENYERAHAN LAPORAN KEPADA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN 

SEGAMAT, 16 Julai -  Empat orang peserta Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah menghantar laporan kepada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat Selasa lepas ini.

Mereka adalah Nur Saliha Jasmine Azwan, Abdul Razak Abdul Rahim, Muhd Izham Abd Aziz dan Dayana Syahrizah Zohari.





Laporan telah diterima oleh Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat. Sesi penilaian dan refleksi bersama Pegawai Belia dan Sukan turut diadakan.

Kesemua mereka sempurna semua 5 komponen yang disyaratkan untuk ARPRM Tahap Emas. 

Penyediaan laporan meliputi penyempurnaan buku rekod, buku log dan laporan akhir. Penilaian aktiviti telah dibuat oleh Encik Azizi Abd Rahim, Mentor Kanan yang juga selaku Panel Penilai Dalaman. Manakala pengesahan sempurna semua komponen telah diperakukan oleh Encik Armizam Abd Rahim, Ketua Mentor ARPRM.

Mereka mengambil masa lebih antara 3 hingga 5 tahun bermula dari Tahap Gangsa semasa di bangku sekolah hinggalah sempurna Tahap Emas selepas tamat sekolah. Saliha kini berada di Tingkatan Enam, Dayana pula berada di Kolej INTEC bagi persediaan ke Amerika Syarikat di bawah JPA - MARA manakala Razak dan Izham baharu sahaja menamatkan pengajian Matrikulasi untuk ke Ijazah kemudiannya.

Syabas dan tahniah buat Saliha, Razak, Izham san Dayana. 

#BungaBangsa #TeamG2 #ARPRM #RakanMuda #SouuthernVolunteers #TheSurvivor










































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)