Halaman

Khamis, 18 Julai 2024

[1,161] Bengkel Pemimpin ARPRM Negeri Johor 2024

 BENGKEL PEMIMPIN ARPRM PERINGKAT NEGERI JOHOR 2024

JOHOR BAHRU, 17 - 18 Julai - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor  telah menganjurkan Bengkel Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Johor pada 17 - 18 Julai 2024 di New York Hotel, Johor Bahru.

Program ini kendalikan oleh Mentor ARPRM Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Encik Armizam Abd Rahim yang juga selaku Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal (JKOT) ARPRM Kebangsaan.

Mohd Faiz Ahmad, penerima Tahap Emas tahun 2020 turut sama berkongsi pengalaman perjalanan ARPRM beliau. Turut berkongsi perkara yang sama adalah Abd Razak Abd Rahim dan Muhd Izham Abd Aziz yang baharu sahaja menyempurnakan ARPRM Tahap Emas.





Para peserta terdiri dari Pegawai - Pegawai Belia dan Sukan, guru - guru, Pegawai Agensi / Jabatan Kerajaan dan aktivis Pertubuhan Bukan Kerajaan. Mereka datangnya dari semua daerah dalam negeri Johor berjumlah 40 orang.

Bengkel bertujuan untuk melahirkan Pemimpin Anugerah program ARPRM yang faham pelaksanaan program dan mampu melahirkan penerima - penerima anugerah. Di akhir kursus, semua peserta menduduki peperiksaan bertujuan untuk menilai kefahaman mereka di samping melayakkan mereka menjadi Pemimpin Anugerah (Mentor, Jurulatih dan Penilai).

Tahniah kepada semua peserta dan Pemimpin Anugerah baharu yang dilahirkan. Terima kasih JBS Negeri Johor di atas pengajuran program.

#BungaBangsa #TeamG2 #ARPRM



















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)