Halaman
- Berita Terkini
- Bicara Pengerusi
- Akta 668
- Perlembagaan
- Daftar Online
- Sijil Pendaftaran dan Pengiktirafan
- AJK dan Biro
- Kelab dan Unit
- TV G2
- Facebook G2
- Instagram G2
- Liputan Akhbar
- Detik Penting
- Kem G2
- Galeri 2009
- Galeri 2010
- Galeri 2011
- Galeri 2012
- Galeri 2013
- Galeri 2014
- Galeri 2015
- Galeri 2016
- Video 2012
- Video 2013
- Video 2014
- Video 2015
- Pencapaian
- Momento Silam Felda Pemanis
- ARPRM
- #TheSurvivor - Emas ARPRM
- Hubungi Kami
Selasa, 22 Mei 2012
Isnin, 21 Mei 2012
Khidmat Masyarakat Walimatul Urus (Kediaman Encik Isa Muharam)
Gambar2 di Facebook Belia Felda Pemanis
Klik Pautan : Khidmat Masyarakat Walimatulurus : Kediaman Encik Isa Muharam
Video di Laman G2 @ Youtube
Klik Pautan : G2 @ Youtube
Terima kasih semua!!!
Klik Pautan : Khidmat Masyarakat Walimatulurus : Kediaman Encik Isa Muharam
Video di Laman G2 @ Youtube
Klik Pautan : G2 @ Youtube
Terima kasih semua!!!
Rabu, 16 Mei 2012
HARI GURU 2012 : Teks Ucapan Ketua Pengawas SMK LKTP Pemanis
Terima
kasih Pengerusi Majlis,
Yang
Berbahagia, Puan Masitah bte Yusuf, Pengetua SMK LKTP Pemanis
Semua
Guru – Guru Penolong Kanan SMK Pemanis
Guru
Cemerlang dan Guru – Guru,
Barisan
Kepimpinan Pengawas, Ketua Tingkatan dan Kepimpinan Kelab – Kelab,
Dan
rakan – rakan pelajar SMK Pemanis yang dikasihi sekelian.
16
Mei hadir lagi. Ia cukup signifikan di Malaysia ini. Suatu hari yang amat
istimewa. Kita diperkenalkan tentang istimewanya hari ini semenjak berada di
bangku Tabika lagi. Sehinggalah berada di puncak menara gading, dan sepanjang
hayat kita, tarikh ini membawa sejuta erti yang mendalam untuk semua orang di
Malaysia.
Tiada
siapapun lahir di Malaysia ini tanpa mengerti bahawa 16 Mei punyai makna yang
tersentuh. Walau apa pun pengakhiran seseorang itu menerusi sistem pendidikan
negara, dia pasti tahu bahawa 16 Mei adalah hari yang patut diingati.
Dan
kita semua hadir ke sini, termasuk pelajar dan sebahagian bekas pelajar, untuk
meraikan tarikh keramat ini.
Selamat
Hari Guru, Cikgu!
Benarlah
apa yang Usman Awang nukilkan menerusi bait puisinya Guru Oh Guru :
Dialah pemberi
paling setia,
Tiap akar ilmu
miliknya,
Pelita dan
lampu segala,
Untuk manusia
sebelum menjadi dewasa.
Seseorang
biasanya menghabiskan purata hidupnya selama 12 tahun dibangku persekolahan.
Dari asal dungu membaca dan bengap mengira, tanpa mengenal bagaimanakah caranya
pena dipegang, hingga akhirnya mampu memenangi bicara di makhkamah, berpuluh
malah mungkin beratus guru telah mencurah bahagian masing – masing di dalam
takungan akal kita.
Lantas
Usman Awang juga menukilkan,
Jika hari ini
seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Dikesempatan
ini, saya juga menyeru agar rakan – rakan sekelian bukan sahaja mengenang
kembali jasa dan pengorbanan guru – guru yang ada di hadapan kita sekarang,
tetapi titipkanlah jua doa kepada guru – guru yang mula – mula kita temui di
alam persekolahan. Yang mengajar kita mula membaca, menulis dan mengira. Yang
mungkin telah pergi, yang mungkin hampir luput dalam kenangan kita.
Titipkanlah
doa untuk mereka. Kirimkanlah salam dengan ucapan Selamat Hari Guru, Cikgu buat
mereka. Layangkanlah SMS, buatlah panggilan telefon, paparkanlah ucapan dengan
status di media sosial Facebook masing – masing, sebagai tanda penghargaan kita
untuk mereka.
Cikgu – cikgu dan rakan
pelajar sekelian,
Dengan
tema “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”, ia tidak akan
bermakna jika keinovatifan itu tidak mampu dicerna oleh kita smeua sebagai
pelajar. Kita juga harus yakin dan mampu untuk menghadam, menterjemah dan
mengasimilasikan pendekatan inovatif itu dalam kehidupan seharian.
Akhir
bicara, sejuta doa untuk cikgu – cikgu semua. Selautan ampun dan maaf atas
kedegilan kami semua. Sebanjaran pengharapan agar kehidupan cikgu – cikgu semua
terus dirahmati Allah, sebagaimana di akhir nukilan puisi Usman Awang jua :-
Di mana-mana
dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
Selamat
Hari Guru, Cikgu! Hidup mati kami tetap mengingatimu dalam titip doa dan sujud.
Sekian,
wabillah ...
Selasa, 15 Mei 2012
Jumaat, 4 Mei 2012
G2 RETREAT 2 @ CH : Jom Undi (LIKE) Potret Pilihan Anda!
G2 Retreat 2 @ CH : Jom undi dengan
LIKE potret pilihan anda. Boleh LIKE seberapa banyak pada mana2 potret
pilihan yang anda suka. Tempoh dari jam 08.00 malam Khamis 3 Mei 2012
hingga jam 08.00 malam Khamis, 10 Mei 2012. Selamat mengeLIKE semua!
Kami sedang mencari pemenang! 70% undi dari LIKE orang awam / rakan2 FB
manakala 30% undi lagi dari juri yang dilantik.
Untuk undi, silalah ke Facebook Belia Felda Pemanis.
Link untuk mengundi potret di sini : G2 RETREAT 2 @ CH : Jom Undi (LIKE) Potret Pilihan Anda!
Selamat mengundi dengan LIKE!
Untuk undi, silalah ke Facebook Belia Felda Pemanis.
Link untuk mengundi potret di sini : G2 RETREAT 2 @ CH : Jom Undi (LIKE) Potret Pilihan Anda!
Selamat mengundi dengan LIKE!
Selasa, 1 Mei 2012
Selamat Hari Pekerja 2012
Malaysia .... Selamat Menyambut Hari Pekerja 2012
Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi
Langgan:
Catatan (Atom)