Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial Facebook, Instagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com
Episod yang telah disiarkan :
2. Episod 2 / 20 : 'Background of Kolej Matrikulasi Johor (KMJ)
8. Episod 8 / 20 : Peperiksaan Bukan Menghukum Tapi Menguji
8 / 20
Peperiksaan Bukan Menghukum Tapi Menguji
Aku Budak #MATRIKDiHatiku
oleh Azhari Imran
Mana-mana institut
pengajian akan menjalankan sistem yang sama iaitu ujian/penilaian/peperiksaan.
Untuk episod kali ini, aku nak berkongsi kepada kamu semua bagaimana sistem
ujian/penilaian/peperiksaan di matrikulasi ini dijalankan. Ada beberapa perkara
yang kamu kena ambil tahu tentang ketiga-tiga perkara ini.
Dalam alam
matrikulasi, peperiksaan mengambil 70% dan Penilaian Berterusan hanya mengambil
30%. PB merupakan peratus untuk
menampung peratusan bagi peperiksaan. Apakah yang ada dalam PB? Dalam 30% itu,
ia dipecahkan mengikut seperti ini :
Okay mari kita
mulakan dengan ujian. Ujian ini lebih popular dikenali sebagai quiz. Quiz ini
akan dijalankan untuk setiap subjek setelah sesuatu topik habis dipelajari dan
dibincangkan antara pelajar dan pensyarah. Pelajar akan diberi quiz berdasarkan
jadual RAMES. Ingat tak aku kata RAMES mengandungi maklumat-maklumat penting?
Antaranya ialah tarikh untuk quiz dijalankan. Ape yang ada dalam quiz? Quiz ini
adalah soalan untuk melatih tahap pemahaman dan hafalan kamu semua setelah apa
yang kamu dan pensyarah bincangkan semasa latihan tutorial. Semasa quiz,
pelajar tidak dibenarkan menyelak nota, tiru kawan dan tanya pensyarah
tersebut. Hahaha. Ingat bole percaya ke? Pandai2 la cover. Hehehe.
Lab report pula
begini cerita dia. Lepas selesai membuat praktikal/amali, pelajar diberi masa
untuk menyiapkan lab report dan perlu dihantar untuk diberi markah. Masa yang
ditentukan untuk menghantar lab report adalah budi bicara pensyarah
masing-masing. Ade yang nak waktu amali jugak perlu hantar, ade juga tiga hari
selepas waktu amali, ade juga dalam tempoh seminggu, dan macam-macam lagi.
Tiada lab report, tiada markah untuk PB. Markah PB akan berkurang dengan senang
sekali. Jadi, kamu semua nak sia-siakan peluang emas untuk mudah dapat markah
PB ni? Tentulah tidak kan? Maka rajin-rajinlah untuk menyiapkan lab report ye.
Laporan makmal yang baik mestilah mempunyai data yang bagus
Kerja kursus Biologi semasa semester 4. Tinggal kenangan .... |
Seterusnya adalah
assignment (tugasan). Semenjak sesi 2016/2017, assignment telah menggantikan
Ujian Pertengahan Semester (UPS) bagi PST untuk dimasukkan ke dalam markah PB.
Setiap subjek akan diberikan sekurang-kurangnya satu assignment bagi setiap sem
dan ianya berdasarkan silibus yang kamu semua pelajari. Assignment ini
mempunyai dua bahagian iaitu individu dan berkumpulan. Bagi individu, ianya
dinilai 100% berdasarkan hasil kerja individu tersebut. Bagi kumpulan pula, ia
akan dinilai dalam bentuk kerjasama dalam kumpulan, kreativiti, dan idea dari
setiap ahli kumpulan. Sedikit sebanyak ini akan mewujudkan pelajar yang berdaya
saing serta kreatif dan inovatif. Dengan membuat assignment juga kita dapat
mengenali perangai dan sikap rakan kita dengan lebih rapat lagi. Ada yang
berperangai “sleeping partner”, ada juga seperti boss. Itu semua masam manis
dalam berkawan di alam matrikulasi.
Okay sekarang aku
nak ceritakan tentang peperiksaan akhir sem. Ianya dinamakan Peperiksaan
Semester Program Matrikulasi (PSPM). Peperiksaan ni amat penting untuk skor
sebab ia menentukan pointer korang samada layak dengan cemerlang menyambung
pengajian atau jatuh tersungkur ke PDT(kalau kamu semua asal PST) atau lagi
teruk jatuh tergolek keluar matrik. Peperiksaan ni diadakan seminggu sebelum
kamu cuti semester atau habis matrik. Setiap subjek akan ade peperiksaan.
Matematik dan Comp. Science hanya ada kertas satu sahaja manakala Biologi,
Kimia dan Fizik mempunyai kertas satu dan dua. Pelajar Perakaunan pula, mereka
cuma mempunyai satu kertas sahaja bagi setiap subjek.
Mesti persoalan berada kat kepala tu nak tanya kan macam mana nak tau pointer kita dapat lepas habis periksa tu lulus ke tak? Haa macam ni…..
Mesti persoalan berada kat kepala tu nak tanya kan macam mana nak tau pointer kita dapat lepas habis periksa tu lulus ke tak? Haa macam ni…..
Haihh….cerita pasal
PSPM ni teringat kekhilafan diri ini. Dulu aku bangga dengan keputusan SPM aku.
Aku fikir aku belajar main-main macam masa SPM pun aku masih bole skor. Tapi
aku silap. Kan aku kata kat matrik ni akan mengubah manusia 180°. Aku leka.
Main fon, main game, tengok movie, dan waktu petang main bola. Hehehe. Aku
abaikan pelajaran.
Aku rasa aku da
cukup faham. Aku rasa aku dapat catch up masa nak exam nanti. Itulah orang kata
“sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” . Dah memang takde
gunanya. Aku dihukum oleh-Nya sebab aku berlagak sangat. Aku lost. Banyak lagi
aku nak kena cover. Yang aku kata aku sempat catch up sebelum exam tu entah.
Taktau nak catch up macam mana? Dari mana? Aku jadi serabut bila malam terakhir
study week tu. Ouhh ye. Study week tu minggu untuk kau study dan recover apa
yang kau da belajar masa satu semester. Tiada kelas, tiada tutorial dan tiada
amali. Dalam minggu itu, ianya adalah usaha kau sendiri sama ada ingin berjumpa
cikgu ataupun tidak untuk bertanya tentang kemusykilan satu semester tu.
Masa peperiksaan
berlangsung, aku tawakkal je dengan ape yang berlaku. Aku jwb ape yang
terlintas masa kuliah je. Soalan mcm pernah jawab. Rupanya seakan-akan soalan
past year yang aku tak pernah buat pun masa pensyarah suruh siapkan. Hehehe.
Lepas je abis periksa aku tak bincang dengan kawan sebab aku tak yakin jawapan
aku tu betul atau tidak. Hmmm
Slip meja dan slip peperiksaan semasa aku di semester akhir. Huyeeeee .... |
So hari keputusan
pun tiba. Semua excited untuk amik keputusan periksa. Aku pun sama. Aku ada
rasa tak sedap hati, gemuruh dan takut semua bercampur baur. Aku nampak semua
wajah gembira lepas ambil slip tu. Tiba-tiba nama aku takde. Ah sudahhh. Kenapa
nama aku takde? Aku cepat-cepat call pusat peperiksaan. Rupa-rupanya aku
diturunkan ke PDT. Sebab apa? Aku gagal dekat subjek matematik masa tu. So dia
akan beri kesan kepada pointer subjek lain.
Aku terus je
bagitau keluarga aku dan abg Zam. Mereka beri kata-kata semangat untuk aku
teruskan ke Program Dua Tahun tu tau. So aku rasa ini rezeki aku untuk 2 tahun
dekat KMJ ni. Aku menerima tawaran ke
PDT dan berpindah dari MS18 ke praktikum baru iaitu L1S3. Aku mulakan pembelajaran
di praktikum baru pada minggu berikutnya dan aku berkenalan dengan ramai
rakan-rakan PDT yang baru.
Bersambung ke episod sembilan.