Ahad, 9 Jun 2013

[76] Dari Bertatih Hingga Berlari - Cerita Menjadi Badan Operasi ARP RM

Salam semua. Lama sudah tidak menulis apa - apa coretan di dalam Blog G2 ini. Semenjak PRU 13 dan dihambat oleh pelbagai kesibukan, blog ini tidak sempat dijengah. Namun begitu, semua aktiviti dan program G2 tetap berjalan seperi biasa. Kebanyakan laporan dan perkembangan dipaparkan menerusi Facebook Belia Felda Pemanis, sebagai medium utama penyampaian maklumat.

Baiklah, mari kita sambung cerita di blog ini. Cerita mengenai ARP RM. 

Satu sejarah tercipta. Setelah hampir 9 tahun melaksanakan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP RM) dengan menggunakan Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat, hari ini (23 Mei 2013 sebagaimana dinyatakan di dalam Sijil Tauliah) Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerima pengiktirafan tauliah sebagai Badan Operasi sendiri. Satu - satunya Persatuan Belia akar umbi (tunggal tanpa gabungan) keahlian sepenuhnya kaum Melayu dalam Daerah Segamat yang menerimanya. Dengan pentauliahan ini, G2 akan terus memperkasa dan komited terhadap pembangunan generasi muda bawah 25 tahun. Ini menambah lagi 'milestone' perjalanan G2 dalam merentas kepelbagaian. Terima kasih semua terutamanya kepada semua yang memulakan projek ARP RM ini pada tahun 2004 dahulu. 



Ianya bermula dari surat dan dokumen - dokumen berkaitan. Memohon menjadi sebuah Badan Operasi yang diberikan kuasa oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi mengurus dan menjalankan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Program ARP RM ini adalah satu program pengiktirafan untuk segala aktiviti remaja (14 - 15 tahun) yang mereka lakukan (sama ada di sekolah, Persatuan, Kelab, IPT atau mana sahaja) untuk diri mereka sendiri, menerusi Empat komponen yang digariskan iaitu Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak.Terdapat tiga tahap (Gangsa, Perak dan Emas) dengan kriteria jumlah jam aktiviti dan jumlah bulan yang harus mereka berikan komitmen.




Membangunkan Badan Operasi ARP RM memerlukan satu komitmen yang tinggi dan besar. Semua aspek pengurusan dan penyelarasan program bagi semua tahap peserta perlu diambil perhatian. Pengalaman menerusi pengendalian ARP RM yang lepas bersama - sama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat akan menjadi ilmu berguna kepada Pemimpin Badan Operasi, Mentor, Jurulatih dan Penilai.





Pada siri blog akan datang, cerita lanjut mengenai ARP RM akan kami paparkan. Ini termasuklah cerita pencapaian lepas kami, penerangan lebih lanjut mengenai ARP RM, Siri Jelajah dan Bengkel yang kami adakan, Kem Interaktif Emas dan cerita mengenai perjalanan dari Gangsa ke Emas. Ada banyak cerita suka duka kami semua :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...