Oleh
:
Mohammad Faiz bin Ahmad, Penerima Kumpulan Pertama, Biasiswa JCorp (JESP –
Johor Education Sponsorship Programme) 2015. Beliau boleh dihubungi menerusi
email muhammdfaiz97@gmail.com, klik nama beliau untuk terus ke akaun
Facebook atau di Instagram beliau.
Bagaimana Cerita Ini Bermula?
Cerita ini bermula setelah keputusan Sijil
Pelajaran Malaysia diumumkan dan Alhamdulilah saya telah mendapat keputusan
yang boleh dibanggakan.Kejayaan ini adalah hasil usaha
ibubapa,guru-guru,rakan-rakan dan saya sendiri.Dengan niat untuk mendapat
tajaan,saya telah dibantu oleh Encik Armizam dan Encik Azizi untuk memohon
biasiswa. Permohonan biasiswa yang pertama saya mohon adalah Perbadanan
Nasional Berhad. Malang sekali,permohonan saya tidak mendapat sebarang balasan.
Jauh di sudut hati saya sudah berasa putus asa.
Beberapa hari kemudian,melalui aplikasi whatsapp Encik Armizam telah menghantar
kepada saya maklumat tentang tajaan biasiswa Johor Corporation atau lebih
dikenali sebagai JESP - Johor Education Sponsorship Programme. Maklumat ini juga
dihantar ke grup whatsapp semau
peserta ARPRM di mana saya salah seorang darinya. Dengan itu,harapan saya yang kian malap
kembali cerah. Saya dikehendaki untuk menghantar dokumen sokongan berserta
salinan transkrip keputusan peperiksaan melalui email.Terima kasih kepada Encik
Azizi kerana membantu saya menyiapkan dokumen-dokumen tersebut. Selang beberapa
hari,saya telah mendapat email balasan dari Johor Corporation yang menyatakan bahawa
nama saya layak untuk ke peringkat seterusnya iaitu menghantar borang permohonan
yang disediakan oleh Johor Corporation berserta karangan yang panjang minimanya
ialah 1,000 patah perkataan. Untuk melaksanakan tugasan ini saya telah
menghubungi guru Bahasa Inggeris saya iaitu Cikgu Amirul. Beliau telah menolong
saya mencari idea yang sesuai untuk diterapkan di dalam esei saya.
Sejurus siapnya esei, saya telah menghantar esei
tersebut kepada Encik Azizi untuk melakukan kerja-kerja penstrukturan idea, pengubahsuaian
dan pembetulan tanda baca. Kemudian, saya menghantar esei tersebut berserta
borang permohonan kepada Johor Corporation melalui pos. Beliau juga membantu
dalam menyediakan resume, mengesahkan semua dokumen saya (atas kapasitinya
sebagai Penjawat Awam Kumpulan Pengurusan dan Prorfesional). Manakala, Encik
Armizam pula membantu dalam memberikan pandangan, menyemak semua kerja
berkaitan dan menyemak berkali – kali semua dokumen teknikal yang diperlukan.
Mereka berdua juga menyediakan saya asas yang cukup lengkap untuk bersaing
dalam Assessment Centre di samping idea – idea untuk menjadi outstanding berbanding calon lain. Saya tahu saya dari sebuah sekolah kampung atau Felda, perlu kekuatan yang super untuk bersaing dengan mereka yang memperolehi penuh A+ datangnya dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Abang berdua di atas menyedarkan saya persaingan hebat ini :)
Selepas beberapa minggu menunggu, Johor Corporation
akhir memberikan kata putus di mana nama saya disenarai pendekkan sekali lagi. Ini
bermakna saya perlu menjalani ujian penilaian (Assessment Centre) yang akan diadakan di Persada Johor. Pada
perenggan seterusnya saya akan menceritakan pengalaman saya pergi dan menjalani
ujian penilaian Johor Education Sponsorship Programme (JESP).
JESP Assessment Centre – Proses Penilaian Calon
Pada pagi 21/4/2015,saya bertolak dari Kulaijaya ke
Persada Johor pada pukul 6.pagi. Sepatutnya,saya tiba di Persada pada pukul
8.00 pagi akan tetapi atas kesesakan lalu lintas akibat kemalangan lori kontena
saya terpaksa tiba di sana pada pukul 10.00 pagi .Untuk pengetahuan semua saya
merupakan kumpulan JESP 6.Tetapi saya
dipindahkan ke kumpulan JESP 7 atas sebab kelewatan saya tiba di sana.
Berikut adalah beberapa info berkenaan Assessment Centre yang saya lalui :
Setibanya saya disana,saya dibantu oleh seorang
lagi calon biasiswa JCorp untuk mendaftar. Beliau membantu saya dalam mengenalpasti meja
pendaftaran. Seterusnya,selepas mendaftar saya diarahkan untuk menunggu giliran
untuk ditemuduga oleh pihak Johor Corporation. Seperti biasa saya dapat
berkenalan dengan beberapa rakan dari sekolah-sekolah di seluruh
Malaysia.Terdapat di antara mereka adalah lepasan STPM, Foundation, SPM dan
Diploma. Ada diantara mereka memohon tajaan ini dengan keputusan SPM dan STPM
yang menakjubkan.
Pada pukul 11.05 pagi saya dipanggil untuk masuk ke
bilik temuduga. Untuk pengetahuan semua, bahasa yang saya gunakan untuk berkomunikasi
pada hari itu ialah Bahasa Inggeris. Para penemuduga juga menggunakan Bahasa Inggeris
sepenuhnya untuk berkomunikasi dengan saya. Kebanyakkan soalan dari mereka adalah
bersifat peribadi. Selain itu,saya juga disoal tentang pengetahuan saya dalam
bidang Kejuruteraan Elektrik. Sebagai peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan
Muda (ARPRM), saya turut bercerita tentang kegiatan Persatuan Belia G2 Felda
Pemanis sepanjang penglibatan saya atau yang dilaksanakan oleh Persatuan. Sebagai
contoh, aktiviti kemasyakatan, aktiviti zapin, aktiviti perkhemahan (Summer Camp) serta aktiviti untuk
lepasan SPM iaitu program memohon pengajian tinggi melalui aplikasi UPU. Kemudian,
saya juga disoal tentang cara pembuatan kereta solar kerana para penemuduga
tertarik dengan kenyataan saya dalam resume tentang kejayaan saya merangkul
naib juara dalam pertandingan kereta solar festival sains daerah Segamat.
Pada pukul 12.00 tengah hari, saya keluar dari bilik
temuduga setelah disoal dengan pelbagai soalan. Seterusnya, saya pergi ke fasa
dua iaitu online assessment.Tugasan yang diberikan kepada saya ialah menjawap
soalan Matematik Moden. setiap soalan diberi masa selama 59 saat.Tugasan kedua
pula ialah menjawap soalan psikologi. Pada pukul 1.05 tengah hari, semua calon
berhenti untuk berehat dan solat.Selepas solat dan makan saya masuk ke bilik
mesyuarat untuk melakukan assessment
yang terakhir iaitu study case assessment
pada pukul 2.00 petang. Assessment
ini dilakukan untuk calon menonjolkan kemahiran berfikir dengan
pantas,kemahiran berkomunikasi,kemahiran kepimpinan dalam kumpulan. Mereka
memberikan tugasan untuk menyelesaikan masalah yang diberi dalam jangka masa
yang ditetapkan. Kumpulan saya terdiri daripada beberapa orang kaum lain
seperti Cina dan India.Saya menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbincangan dan
pembentangan.
Terdapat juga tugasan yang memerlukan kita untuk
mencipta sesuatu.Tugasan yang diberikan kepada saya ialah menyelamatkan telur
daripada retak atau pecah jika dijatuhkan. Jadi saya telah mereka satu jenis
bekas di mana ia dapat menyerap hentakan apabila telur itu jatuh. Akhirnya,setelah
percubaan dibuat saya dapat melihat bahawa rekaan bekas saya itu dapat
menyelamatkan telur dari retak ataupun pecah
Semua tugasan telah siap diselesaikan sebelum pukul
5.30 petang.Saya bertolak pulang dari persada pada pukul 6.00 petang.
Gambar - gambar sekitar Assessment Centre dan rakan - rakan baru yang saya temui :)
Tips dan Panduan Untuk Menghadiri Assessment
Centre
Dokumen
Pastikan
segala dokumen yang hendak diserahkan kepada johor corporation mestilah
benar,lengkap dan tepat
Dokumen
permohonan perlulah diserahkan kepada johor corporation sebelum tarikh tutup
Esei
Seperti
permohonan biasiswa lain.Calon yang memohon perlulah membuat tugasan iaitu
menghasilkan sebuah karya essei bahasa
inggeris yang panjang minimumnya mestilah 1000 patah perkataan
Apabila
menulis essei,calon perlulah menjawap segala soalan yang dikemukakan oleh
penaja.
Kekuatan dan kelainan yang ada pada diri anda.
Apakah kegiatan luar yang anda laksanakan, selain
dari apa yang ditulis di dalam resume.
Bagaimanakah nilai-nilai dalam diri anda dapat menyumbang
kepada kejayaan Johor Corporation.
Ini merupakan antara soalan yang perlu dijawap oleh
saya apabila menghasilkan essei 1000 patah perkataan.
Seterusnya,pastikan
anda menulis cerita. Bincangkan tentang sejarah peribadi dan kenapa sejarah atau
pengalaman tersebut menjadikan anda seorang pemohom biasiswa ini
JANGAN tulis esei generic (umum) bagi setiap
permohonan, anda perlu menyesuaikan kenyataan peribadi anda untuk permohonan
biasiswa setiap individu
Untuk
menjadikan esei anda lebih matang,anda perlu membuat penyelidikan terhadap
Johor Corporation. Pastikan anda memahami misi dan nilai - nilai mereka dan
mengabungkan dapatan anda ke dalam esei tersebut
Sentiasa
minta bantuan dari orang yang lebih arif tentang karangan biasiswa
Di bawah
ini saya akan nyatakan visi dan misi jcorp untuk kemudahan calon yang akan
datang
(Terima kasih Encik Azizi atas tips yang diberikan ini)
Cara Pemakaian
Semasa
hari taksiran atau assessment day,cara
pemakaian perlulah diberikan penekanan yang mendalam.
Kod
pemakaian untuk Johor Corporation ialah pakaian formal atau formal attire.
Blazer
berwarna hitam
Seluar
slack dimana warnanya juga mestilah sama dengan blazer tadi
Kemeja
warna lembut/putih
Memakai
tie dan warnanya mestilah lebih gelap berbanding kemeja, coraknya mestilah tidak
fancy
Tali
pinggang yang sesuai
Kasut
hitam
Stoking
hitam
Muka
mestilah bersih dari misai dan jambang
Semasa Temuduga
Menjawap
segala soalan yang dilemparkan oleh penemuduga dangan serius
Menjawap
secara matang,tepat dan padat
Semasa
duduk badan mestilah tegak dan tidak menyandar pada kerusi
Bahasa
yang digunakan oleh penemuduga Johor corporation 100% Bahasa Inggeris
Sentiasa
mencari kelainan dalam diri kita berbanding orang lain
Untuk
peserta ARPRM sila terangkan kepada JCorp
tentang pin-pin anda. Ceritakan kepada mereka aktiviti - aktiviti yang anda
lakukan dalam Persatuan Belia G2 Felda Pemanis
Sebelum
keluar pastikan anda bersalam dengan penemuduga yang sama jantina dangan anda
supaya ia menunjukkan anda seorang yang menghormati orang lain
Semasa Study-Case Assessment
Sentiasa
jadi diri sendiri
Hormat
idea pemohon lain walaupun anda tidak setuju dengan ideanya
JANGAN serang atau bunuh idea pemohon
lain
Sentiasa
professional dalam menunjukkan kemahiran anda
Anda
perlu sentiasa berfikiran matang
Pastikan
suara anda jelas semasa membuat pembentangan atau menjawap soalan
JANGAN menjerit ketika bercakap
tetapi bercakap dengan nada jelas
Semasa Online Assessment
Pastikan
anda mempunyai kalkulator
Pastikan
anda mempunyai asas matematik yang kukuh
Pastikan
anda menjawap semua soalan dalam masa yang ditetapkan
*1
soalan = 1 minit
Catatan
Biasiswa JCorp - JESP memberikan anda pilihan untuk mencari sendiri universiti untuk anda belajar (dalam dan laur negara - saya pilih dalam negara sahaja) dan pilihan program / kursus dari 4 bidang yang dibenarkan iaitu Kejuruteraan, Perakaunan, Undang - Undang dan Ekonomi. Tidak dinyatakan dengan jelas berapa kelayakan minima A yang diperlukan, tetapi dengan jelas dinyatakan harus aktif kegiatan kokurikulum (sama ada dalam sekolah atau luar). Rata - rata yang sampai ke Assessment Centre tentulah mereka yang punyai berderet A dan cemerlang ko kurikulum.
Biasiswa ini juga tidak terhad untuk lepasan SPM semata - mata. Ia juga boleh dipohon oleh lepasan Asasi / Foundation / Matrikulasi / STPM mahupun lepasan Diploma yang hendak ke Ijazah.
Saya hanya 8A dan 1B+. Dari 8A itu, hanya satu sahaja A+. Namun syukur Alhamdulillah, saya berjaya. Saya membuat persediaan rapi sebelum itu, termasuk telah memilih kursus dan universiti untuk saya belajar, lantas mendapatkan surat tawarannya untuk dibawa semasa Assessment Centre.
Saya memilih Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Putrajaya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) bermula dari peringkat Asasi (Foundation) hingga Ijazah.
Bagaimana Cerita Ini Berakhir?
Pada
pagi Jumaat 8 haribulan Mei 2015, pada pukul 8.30 pagi saya telah mendapat
panggilan dari Johor Corporation memberitahu bahawa saya telah berjaya mendapat
tajaan Biasiswa Johor Corporation. Syukur kehadrat Illahi atas nikmat dan
rezeki yang diberikan kepada saya. Kejayaan yang dikurniakan kepada saya ini
adalah hasil usaha saya, Encik Armizam, Encik Azizi dan Persatuan Belia G2
Felda Pemanis yang bertungkus-lumus dalam usaha menjadikan sebuah kejayaan itu
realiti.
Alhamdulillah,
hasrat saya untuk menyambung pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektrik
(Kuasa) di Universiti Tenaga Nasional pada peringkat Ijazah bermula dari Asasi
menjadi kenyataan dengan Biasiswa JCorp ini.
Terima
kasih J
Nantikan
selepas ini saya memaparkan esei 1,000 patah perkataan dalam Bahasa Inggerisyang saya hantar semasa permohonan awal Biasiswa Jcorp – JESP ini.
help me a lot thanks you
BalasPadamSaya ingin bertanya...jesp ini sebenarnya sponsorship / scholarship?
BalasPadamApa beza sponsorship dengan scholarship? Yang penting JESP adalah bantuan pembiayaan pengajian tinggi yang tidak perlu bayar balik. Biasiswa sepenuhnya. Full scholarship.
PadamFarah Najiha : Terima kasih :)
BalasPadamNak tanya. Masa mula² memohon, hanya terus hantar dokumen saja atau perlu dapatkan borang di mana²? Esei tu dibuat masa mula² nak mohon ke ?
BalasPadamNak tanya. Masa mula² memohon, hanya terus hantar dokumen saja atau perlu dapatkan borang di mana²? Esei tu dibuat masa mula² nak mohon ke ?
BalasPadam