Sabtu, 12 Februari 2022

[988] Ujian Psikologi JPA Untuk Program Pertukaran Belia Antarabangsa

#TeamG2 telah selesai mengambil Ujian Psikologi yang menjadi syarat tapisan untuk permohonan ke Program Pertukaran Belia Antarabangsa.

Faiz menduduki ujian itu pada hari Rabu lepas manakala Akim, Asraf dan Hajjar pada malam ini.

Semoga berjaya dan doa kami semua mengiringi.























[987] Sukarelawan Sumbangan Kuarantin COVID - 19 : Felda Pemanis

FELDA PEMANIS, 10 Februari - Sukarelawan #TeamG2 hari ini telah menyampaikan amanah sumbangan dari Datuk Dr Haji Baharum Mohamed untuk lima buah keluarga di Felda Pemanis Satu dan Felda Pemanis Dua.

Mereka merupakan keluarga yang sedang menjalani perintah kuarantin kendiri kerana COVID - 19.

Marilah kita bersama mendoakan agar semua dilindungi Allah. Jaga diri dan keluarga masing - masing semua.
















#StaySafe #COVID19 #KitaJagaKita #KitaBelumMenang

[986] Ziarah Kasih Tahun Baru Cina - Pekan Jabi

PEKAN JABI, 6 Februari - Sukarelawan #TeamG2 telah bersama di dalam Ziarah Kasih Tahun Baru Cina bertempat di Pekan Jabi. Mereka telah mengunjungi lebih 50 buah rumah terdiri dari warga emas, orang kurang upaya, orang sakit dan golongan memerlukan.

Program adalah anjuran Yayasan Makmur Segamat dan diketuai oleh Timbalan Pengerusi Yayasan berkenaan, Tuan Haji Anuar Abdul Manap.

Sedikit ang pow sebagai buah tangan telah disumbangkan menerusi Yayasan berkenaan.

Sukarelawan juga mengagihkan limau yang menjadi simbol Tahun Baru Cina. Jamuan kepada komuniti juga diadakan.



















































Tahniah kepada semua sukarelawan yang dapat bersama dalam integrasi kaum menerusi sambutan Tahun Baru Cina ini.

#CNY

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...