Halaman

Rabu, 24 Mei 2017

[238] : 7 / 20 : Aku Budak #MatrikDiHatiku : Jom Ke Kelas

Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial FacebookInstagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com

Episod yang telah disiarkan :

7. Episod 7 / 20 : Jom ke Kelas

7 / 20  
Jom ke Kelas

Aku Budak #MATRIKDiHatiku
oleh Azhari Imran



Ok jom tengok ape yang aku nak tunjuk kat sini.





Ni adalah jadual yang kamu semua akan dapat masa MPPB nanti. So okay aku nak terangkan pasal kod2 dalam jadual tu.

Sebagai contoh,

QS015K
- QS ni utk kod subjek matematik
- 015 tu “1” tu untuk semester 1 dan “5” tu untuk bilangan jam subjek tu dipelajari dalam seminggu.

- so belakang no 5 tu kadang2 ade huruf “K” atau “T” . so kalau “K” tu untuk kuliah dan “T” pulak tutoran.

- kalau kuliah, kamu semua tengok la tempat tu kat mana. Dewan kuliah kecil atau besar. Dewan kuliah kecil (DKK) dan dewan kuliah besar (DKB). 

- kalau atas tu ade macam nama K2MS18. Maksudnya praktikum kamu semua tu kumpulan kuliah yang kedua dalam modul satu
Ok contoh subjek lain pulak. Kita ambil fizik.
SF016P 

- Ok “P” ni untuk ape pulak ? “P” ni maksud dia praktikal. Maknanya kamu semua kene pegi makmal fizik. Tengok betul2 makmal ke berapa.

- masa lab jangan main2 sebab kamu semua kene buat lab report dan hantar ikut budi bicara pensyarah praktikum masing2
Wajib pakai labcoat dalam makmal

- lab pertama nanti kamu semua dapat labcoat. So da dapat tu, pakai jangan tak pakai. Selalu bawak kalau ade masa subjek pakai labcoat. Dah belii tu, jaga elok2. Jangan letak merata – rata.

Ok sekarang, nampak senarai nama bawah tu? Tu la pensyarah yang akan ajar kamu semua sepanjang 1 semester kecuali kuliah biologi. Pada pertengahan semester, pensyarah kuliah biologi akan berganti dengan pensyarah biologi yang lain. Haa kalau best, best la kamu semua belajar sepanjang satu semester. Kalau tak, nak taknak kamu semua kene jugak rasa best sebab ilmu tu nak diguna untuk peperiksaan akhir sem nanti.

Ape lagi yang aku nak cerita ek? Haa pakaian masa kelas. Okay. Untuk lelaki, hari2 biasa kecuali KO K, kamu semua akan pakai kemeja, tali leher dan seluar slack warna gelap. Pastikan berkasut tau. Takkan kamu semua nak pakai selipar je pegi kelas. Pasal tie pulak. Kalau nak nampak hensem tu, tie tu belilah yang padan dengan baju. Baju pulak. Hehe kamu semua kan muda lagi. Belilah baju kemeja yang jenis cotton. Tu memang trend tu. Bole je kalau selesa pakai kemeja yang jenis lembut licin ni. Kalau ikut negeri Johor, hari Ahad merupakan hari untuk memakai baju batik. Hari khamis pulak, pelajar lelaki digalakkan memakai baju melayu. Ok cukup untuk lelaki.

Ni antara contoh lecture note yang perlu diprint sendiri
Jom cerita untuk pakaian perempuan pulak. So perempuan. Untuk tampak lebih ayu, kamu semua bawak la baju kurung hari raya kamu semua tu. Haa kan lawa kalau pakai baju kurung tu. Kene pulak pakai tudung bawal. Wuuu jadi perhatian jejaka-jejaka kolej. Tudung tu haa beli la yang match dengan baju tu. Okay selain baju kurung, ape lagi bole pakai? Ade blouse? Ade kurti? Bole diknon bole. Pakai la kalau rasa tu lagi selesa. Perempuan juga digalakkan memakai baju batik hari Ahad. Tambahan lagi, haa perempuan kene berkasut jugak. Haa beli kasut kulit yang murah2 je dah. Asalkan berkualiti dan tahan lama.

Haa ingat tak aku cakap pasal kad matrik. Gambar matrik lawa2 nak pegi mana? Pakai pegi kelas la. Ha wajib pakai. Kad matrik tu tak sampai sekilogram pun. Sangkut la kat leher tu. Kene tangkap tak pakai kad matrik ni kene denda tau. Kompaun RM10. Mak aii mahal bebenor. Haa sanggup ke bayar semata-mata untuk barang ringan macam tu.  Mesti kamu semua lagi rela pakai kan? Yela RM10 tu bole beli data internet kamu semua kan?. Bole buat like/fav twitter dan insta orang. Hehe.

Berkenaan masa pulak, waktu pembelajaran dalam matrikulasi ni padat. Kamu semua akan ke kelas dari pukul 8.00  pagi sampai la ke 4.00 petang diselangi satu jam waktu rehat iaitu 1.00 – 2.00 petang. Susah sangat nak jumpa rehat. Ni aku bercakap secara keseluruhan waktu pembelajaran dekat matrik ni. Ade jugak praktikum yang kelas mula pukul 9 pagi. Ade jugak kelas yang habis pukul 2.00 petang. Kalau modul perakaunan. Lagi best. Diorang akan ade masa free 2 jam setiap hari. Sebab apa? Sebab modul akaun takde masuk makmal dan mereka takde la dapat labcoat tu semua. So diorang free.dan bole balik ke bilik asrama awal dari budak sains.

Okayyy. Mesti kamu semua tertanya-tanya kan. Matrik ni ade tusyen, kelas tambahan, prep dan sebagainya. Haa ade. Dalam matrikulasi ni, semua yang disebutkan tu dipanggil konsultasi. Ye konsultasi tu ni macam kelas tambahan. Selalu yang rajin naik admin/office pensyarah ni, dia nak memantapkan lagi ilmu yang diorang terima dalam kelas. Okay contohnya, dalam kelas kuliah/tutorial cikgu terangkan pasal fungsi ATP. Tapi lepas habis kelas, cikgu bagi latihan untuk memantapkan lagi pemahaman kamu semua tu menjawab soalan, ape yang menghasilkan ATP tu? Mitokondria. Senang kan? Memang la. Tu kan hanya contoh. So itu la fungsinya konsultasi. Untuk menambahbaik ilmu yang ade didalam kelas. Dan siapa yang pergi konsultasi ni, da dapat ilmu, jangan lupa berkongsi ke kawan2 lain.

Okay. Jom bercakap ape fungsi ketiga-tiga bahagian (sains) dan kedua-dua bahagian (perakaunan). Dia sebenarnya ada tiga bahagian iaitu kuliah, tutoran dan praktikal. Bagi akaun, mereka tiada praktikal. Okay jom mulakan.

Untuk kuliah, kamu semua memerlukan nota kuliah. Haaa mana nak dapat nota kuliah tu? Kamu semua kene print sendiri. Ayokkk. So maknanya? Kamu semua kene berdikari dan jangan harapkan pensyarah untuk printkan untuk kamu semua semua. Nota kuliah tu nak dapat dari mana kalau disuruh berdikari? Kamu semua kene muat turun sendiri dekat portal. Bentuk nota yang dah di cetak tu, ikut keselesaan masing2. Ade yg 9 slide dalam satu page, ade yang 6 slide satu page. Horizontal vertical pun ikut keselesaan kamu semua. Ape yang dimaksudkan dari tadi? Selesa tu untuk kamu semua lebih mudah dibawa, lebih senang faham dibaca dan senang untuk dirujuk semasa membuat tutorial. Haa tutorial? Tutorial tudung ke? Ishh bukan. Tutorial tu haa macam ni.
Ni adalah keadaan semasa slot tutor matematik

Macam kat sekolah menengah dulu, lepas cikgu ajar, mesti cikgu bagi latihan kan? 

Okay. Dekat matrik pun sama. Ia dinamakan tutorial. Tutorial ni sebenarnya slot di mana kamu semua bertanya kepada pensyarah tentang apa yang diajar semasa kuliah. Habis tu, masa kuliah kenapa tak tanye? Malu lah. Dalam kuliah ada 40-50 orang. Kalau tanye soalan yang patutnya mudah dijawab, tak ke berasa malu nanti? Jadi, kalau rasa malu nak tanye dalam kuliah, bole tanye dekat tutorial. Pendekatan macam ini sangat sesuai untuk kamu semua lebih faham tentang subjek tersebut. Slot tutorial ni dijalankan di bangunan tutorial. Ouhh tidak terlupa. Semasa slot tutorial yang pertama setiap semester, kamu semua akan diberi RAMES iaitu Rancangan Mengajar Semester oleh pensyarah. Kamu semua perlu peka dengan helaian RAMES ini kerana ia mengandungi maklumat-maklumat penting yang pelajar perlu tahu tentang perancangan pengajaran pensyarah subjek masing-masing. Kalau nak senang, tampal RAMES ni pada notice board di bilik. 

Ni adalah gambar waktu tutor bersama Ust Hisham
Ni adalah contoh jotter book
yang perlu dibuat sebelum masuk ke makmal

Okay, jangan keliru antara tutorial dengan praktikal. Praktikal tu ape? Kerja dekat luar ke? Tidak sama sekali ye. 
Praktikal/amali ini adalah slot untuk kamu semua masuk ke makmal. Haa ni keistimewaan budak sains. Untuk budak sains, mereka mempunyai 2 jam masa untuk masuk makmal dalam seminggu bagi setiap subjek sains kecuali matematik. Mereka akan membuat eksperimen untuk mengetahui teori pembelajaran di kuliah. Haa jangan sembarangan di dalam makmal. Antara peraturan yang perlu dipatuhi semasa dalam makmal ni, sama je macam dekat sekolah dulu. Jangan masuk ke dalam makmal selagi pensyarah belum datang dan suruh kamu semua masuk. Selain itu, ini merupakan perkara yang dititikberatkan oleh semua pensyarah. Jotter book. Ok. Jotter book ini merupakan gambaran persediaan untuk kamu semua melakukan eksperimen. Seelok-eloknya, jotter book ini perlu dibuat sehari sebelum kelas amali tersebut. Kebiasaannya, pelajar akan membuat jotter book ni pada waktu malam Okay seterusnya, labcoat yang dah dapat masa makmal pertama kamu semua tu, haa wajib dibawa setiap kali waktu makmal.. Tak kisah la pergi makmal subjek apa. Biologi, Fizik dan Kimia semua kena pakai labcoat. Jaga labcoat tu elok-elok. Kalau boleh, setiap minggu basuh labcoat tu. Baru la kebersihan diri terjaga. Seterusnya, ini menjadi persoalan semua pelajar matrik, setiap masa lab akan ada eksperimen ke? Tidak. Ia bergantung pada RAMES. Apabila tidak menjalankan eksperimen, pensyarah akan mengarahkan pelajar-pelajar untuk membawa soalan-soalan pastyear yang perlu didownload di portal kolej. 





Okay? Cukup untuk penerangan tentang slot praktikal?



Bahagian kelapan akan menyusul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)