Halaman

Ahad, 28 Mei 2017

[239] : 8 / 20 : Aku Budak #MatrikDiHatiku : Peperiksaan

Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial FacebookInstagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com

Episod yang telah disiarkan :

8. Episod 8 / 20 : Peperiksaan Bukan Menghukum Tapi Menguji


8 / 20  
Peperiksaan Bukan Menghukum Tapi Menguji

Aku Budak #MATRIKDiHatiku
oleh Azhari Imran


Mana-mana institut pengajian akan menjalankan sistem yang sama iaitu ujian/penilaian/peperiksaan. Untuk episod kali ini, aku nak berkongsi kepada kamu semua bagaimana sistem ujian/penilaian/peperiksaan di matrikulasi ini dijalankan. Ada beberapa perkara yang kamu kena ambil tahu tentang ketiga-tiga perkara ini. 

Dalam alam matrikulasi, peperiksaan mengambil 70% dan Penilaian Berterusan hanya mengambil 30%.  PB merupakan peratus untuk menampung peratusan bagi peperiksaan. Apakah yang ada dalam PB? Dalam 30% itu, ia dipecahkan mengikut seperti ini :



Okay mari kita mulakan dengan ujian. Ujian ini lebih popular dikenali sebagai quiz. Quiz ini akan dijalankan untuk setiap subjek setelah sesuatu topik habis dipelajari dan dibincangkan antara pelajar dan pensyarah. Pelajar akan diberi quiz berdasarkan jadual RAMES. Ingat tak aku kata RAMES mengandungi maklumat-maklumat penting? Antaranya ialah tarikh untuk quiz dijalankan. Ape yang ada dalam quiz? Quiz ini adalah soalan untuk melatih tahap pemahaman dan hafalan kamu semua setelah apa yang kamu dan pensyarah bincangkan semasa latihan tutorial. Semasa quiz, pelajar tidak dibenarkan menyelak nota, tiru kawan dan tanya pensyarah tersebut. Hahaha. Ingat bole percaya ke? Pandai2 la cover. Hehehe.

Lab report pula begini cerita dia. Lepas selesai membuat praktikal/amali, pelajar diberi masa untuk menyiapkan lab report dan perlu dihantar untuk diberi markah. Masa yang ditentukan untuk menghantar lab report adalah budi bicara pensyarah masing-masing. Ade yang nak waktu amali jugak perlu hantar, ade juga tiga hari selepas waktu amali, ade juga dalam tempoh seminggu, dan macam-macam lagi. Tiada lab report, tiada markah untuk PB. Markah PB akan berkurang dengan senang sekali. Jadi, kamu semua nak sia-siakan peluang emas untuk mudah dapat markah PB ni? Tentulah tidak kan? Maka rajin-rajinlah untuk menyiapkan lab report ye.


Laporan makmal yang baik mestilah mempunyai data yang bagus

Kerja kursus Biologi semasa
semester 4. Tinggal kenangan ....
Seterusnya adalah assignment (tugasan). Semenjak sesi 2016/2017, assignment telah menggantikan Ujian Pertengahan Semester (UPS) bagi PST untuk dimasukkan ke dalam markah PB. Setiap subjek akan diberikan sekurang-kurangnya satu assignment bagi setiap sem dan ianya berdasarkan silibus yang kamu semua pelajari. Assignment ini mempunyai dua bahagian iaitu individu dan berkumpulan. Bagi individu, ianya dinilai 100% berdasarkan hasil kerja individu tersebut. Bagi kumpulan pula, ia akan dinilai dalam bentuk kerjasama dalam kumpulan, kreativiti, dan idea dari setiap ahli kumpulan. Sedikit sebanyak ini akan mewujudkan pelajar yang berdaya saing serta kreatif dan inovatif. Dengan membuat assignment juga kita dapat mengenali perangai dan sikap rakan kita dengan lebih rapat lagi. Ada yang berperangai “sleeping partner”, ada juga seperti boss. Itu semua masam manis dalam berkawan di alam matrikulasi.



Okay sekarang aku nak ceritakan tentang peperiksaan akhir sem. Ianya dinamakan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM). Peperiksaan ni amat penting untuk skor sebab ia menentukan pointer korang samada layak dengan cemerlang menyambung pengajian atau jatuh tersungkur ke PDT(kalau kamu semua asal PST) atau lagi teruk jatuh tergolek keluar matrik. Peperiksaan ni diadakan seminggu sebelum kamu cuti semester atau habis matrik. Setiap subjek akan ade peperiksaan. Matematik dan Comp. Science hanya ada kertas satu sahaja manakala Biologi, Kimia dan Fizik mempunyai kertas satu dan dua. Pelajar Perakaunan pula, mereka cuma mempunyai satu kertas sahaja bagi setiap subjek.
Mesti persoalan berada kat kepala tu nak tanya kan macam mana nak tau pointer kita dapat lepas habis periksa tu lulus ke tak? Haa macam ni…..

Dipetik dari Buku Panduan Matrikulasi 2016 / 2017

Haihh….cerita pasal PSPM ni teringat kekhilafan diri ini. Dulu aku bangga dengan keputusan SPM aku. Aku fikir aku belajar main-main macam masa SPM pun aku masih bole skor. Tapi aku silap. Kan aku kata kat matrik ni akan mengubah manusia 180°. Aku leka. Main fon, main game, tengok movie, dan waktu petang main bola. Hehehe. Aku abaikan pelajaran.

Aku rasa aku da cukup faham. Aku rasa aku dapat catch up masa nak exam nanti. Itulah orang kata “sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” . Dah memang takde gunanya. Aku dihukum oleh-Nya sebab aku berlagak sangat. Aku lost. Banyak lagi aku nak kena cover. Yang aku kata aku sempat catch up sebelum exam tu entah. Taktau nak catch up macam mana? Dari mana? Aku jadi serabut bila malam terakhir study week tu. Ouhh ye. Study week tu minggu untuk kau study dan recover apa yang kau da belajar masa satu semester. Tiada kelas, tiada tutorial dan tiada amali. Dalam minggu itu, ianya adalah usaha kau sendiri sama ada ingin berjumpa cikgu ataupun tidak untuk bertanya tentang kemusykilan satu semester tu.

Masa peperiksaan berlangsung, aku tawakkal je dengan ape yang berlaku. Aku jwb ape yang terlintas masa kuliah je. Soalan mcm pernah jawab. Rupanya seakan-akan soalan past year yang aku tak pernah buat pun masa pensyarah suruh siapkan. Hehehe. Lepas je abis periksa aku tak bincang dengan kawan sebab aku tak yakin jawapan aku tu betul atau tidak. Hmmm
Slip meja dan slip peperiksaan semasa aku di semester akhir. Huyeeeee ....

So hari keputusan pun tiba. Semua excited untuk amik keputusan periksa. Aku pun sama. Aku ada rasa tak sedap hati, gemuruh dan takut semua bercampur baur. Aku nampak semua wajah gembira lepas ambil slip tu. Tiba-tiba nama aku takde. Ah sudahhh. Kenapa nama aku takde? Aku cepat-cepat call pusat peperiksaan. Rupa-rupanya aku diturunkan ke PDT. Sebab apa? Aku gagal dekat subjek matematik masa tu. So dia akan beri kesan kepada pointer subjek lain.


Aku terus je bagitau keluarga aku dan abg Zam. Mereka beri kata-kata semangat untuk aku teruskan ke Program Dua Tahun tu tau. So aku rasa ini rezeki aku untuk 2 tahun dekat KMJ ni.  Aku menerima tawaran ke PDT dan berpindah dari MS18 ke praktikum baru iaitu L1S3. Aku mulakan pembelajaran di praktikum baru pada minggu berikutnya dan aku berkenalan dengan ramai rakan-rakan PDT yang baru.

Bersambung ke episod sembilan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)