Halaman

Sabtu, 3 Jun 2017

[240] : 9 / 20 : Aku Budak #MatrikDiHatiku : Segalanya Tentang Duit

Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial FacebookInstagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com

Episod yang telah disiarkan :

8. Episod 8 / 20 : Peperiksaan Bukan Menghukum Tapi Menguji
9. Episod 9 / 20 : Segalanya Tentang Duit


Bercerita tentang duit ni kan. Salah satu sebab lepasan SPM masuk ke matrik adalah sebab duit. Pelajar matrik akan mendapat elaun RM250 sebulan. Maka, mereka tidak perlu meminjam PTPTN. Ia tidak sama seperti pelajar diploma yang perlu menanggung hutang selepas tamat diploma. Hehehe. Tu la kebaikan masuk matrik.

Soal harga makanan, ianya masih terkawal. Nasi campur yang dekat restoran luar tu boleh menjangkau RM5.00 – RM7.00. Tapi dalam matrik ni masih lagi sekitar RM3.00-RM4.00 je tau. Haa murah kan? Mak aku kata, “soal makan jangan pernah berkira, rugi!” . hehe nak makan ape, makan je la. Tapi yang penting dekat KMJ ni famous dengan ikan keli. Ikan keli masak tiga rasa, ikan keli masak lemak cili api, ikan keli masak sambal hijau. Semua menu ada.

Panjangya beratur
kat mesin ATM setiap
kali elaun keluar
RM250.00 diharap dapat digunakan sebaiknya. Sebab apa? Kalau korang membazir dan boros, korang akan menyesal di penghujung bulan. Oh ye. Tarikh untuk dapat elaun RM250.00 adalah pada 10 haribulan setiap bulan. Haa sebab tu aku kata jangan boros. Nanti korang akan menyesal untuk menunggu 10 haribulan berikutnya. Ingat ye. 10 haribulan kalau tidak mempunyai masalah teknikal. Haa kalau ada masalah, kadangkala lewat sehari, dua hari dan hampir seminggu pun ade. Kalau tak bernasib baik, elaun bulan itu dianjak ke bulan berikutnya. Jadi, bulan berikutnya menjadi RM500. Hehehe

Abang promote Dominos,
tapi makan Pizza Hut ... kah kah
Okay. Ape yang korang bole buat dengan duit elaun ni? Selain makan? Ape lagi? Haa orang tua-tua kata “cukup la buat-buat duit jajan”. Dengan duit elaun tu, kamu semua bole gunakan untuk membeli makanan tambahan. Contohnya adalah maggi, mamee, super ring, kitkat dan roti. Ini adalah makanan-makanan yang perlu ada dalam almari korang nanti. Ni merupakan makanan kecemasan waktu malam-malam selepas cafeteria tutup. Selain itu, bila waktu elaun masuk ni, pelajar-pelajar akan berasa kaya dan mewah. Nombor keramat yang pelajar matrikulasi akan hubungi bila elaun masuk adalah 1-300-888-333. Tu adalah nombor Dominos yang korang akan hubungi ataupun korang boleh order melalui Whatsapp. Hanya di KMJ sahaja mempunyai group Whatsapp untuk memesan Dominos Pizza.


Nasi campur RM 4.50 dan sebelahnya adalah menu istimewa bila hujung bulan.

Nasihat aku, korang kene pandai dan mahir uruskan kewangan sendiri. Dah umur 18 tahun takkan masih nak harapkan duit dari mak ayah lagi kan? Korang kene pandai bezakan mana yang perlu dan mana yang mahu. Itu adalah kemahiran yang susah dicari dalam zaman sekarang ni. Kisah yang aku ingin kongsikan adalah benar-benar terjadi di kolej matrikulasi. Ada dua golongan yang wujud di kolej matrikulasi apabila berbicara soal duit. Golongan pertama adalah mereka tidak menggunakan duit elaun walaupun satu sen kerana ibu bapa mereka memberi duit poket lebih daripada nilai elaun. Haa beruntung la dia kan? Golongan kedua pula, mereka tidak menggunakan duit elaun kerana kesemuanya duit itu diberi kepada ibu bapa mereka yang lebih memerlukan untuk membeli ubat sakit dan keperluan rumah mereka. Haa kesian kan? So kamu bersyukur la dengan apa yang kita ada sekarang kerana ada lagi yang lebih susah dari yang kita jangkakan.

Bahagian ke sepuluh akan menyusul


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)