Rabu, 28 Februari 2018

[302] Penyempurnaan Laporan ARPRM Tahap Emas : Mohd Irfan Abdullah



Mohd Irfan Abdullah, 18 tahun, telah sempurna menghantar Laporan ARPRM Tahap Emas beliau kepada Encik Carl Sherman, Penolong Pengarah (Unit ARPRM) Bahagian Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada Isnin, 5 Februari 2018.

Irfan bermula dengan Gangsa pada tahun 2015 ketika di Tingkatan 3 dan sempurna semuanya pada Januari 2018 semasa menunggu keputusan SPM. Beliau adalah orang ke 3 menyempurnakan Emas dalam Bahasa Inggeris di bawah bimbingan Mentor Pertama Armizam Abd Rahim, Mentor Kedua (Bahasa Inggeris) Azizi Abd Rahim dan Panel Penilai Dalaman Mohd Iftitah Ishak.

Tersangkut dua bulan kerana sakit dan perlu menjalani pembedahan, namun itu bukan halangan untuknya. Dia lahir sebagai Emas ke 19 dan ke 4 pelaporan dalam Bahasa Inggeris. Semua ini bergantung pada usaha dan kerajinan, bukan kejayaan atau pencapaian dari elemen yang dilaksana semata - mata. Itulah ukuran DofE. Parameter lengkuk pembelajaran adalah asas yang menjadi barometer. Ia bukan semata - mata siapa sampai garis penamat dahulu atau merangkul podium teratas. 

Tahniah Irfan. Emas ke 19. Pertama tanpa melalui Summer Camp. Pertama dari #BatchTitanium


Mari kita imbas bagaimana Irfan menyempurnakan seluruh laporannya setelah siap aktiviti.


FASA MENYEMPURNAKAN BUKU REKOD, BUKU LOG, LAPORAN AKHIR DAN SALINAN VIDEO










FASA SESI PENILAIAN AKHIR BADAN OPERASI






FASA MENGHANTAR LAPORAN





Tahniah Irfan!







[301] Projek Penempatan Siri 8 ARPRM Tahap Emas 2018


12 - 16 FEBRUARI 2018, ISNIN - KHAMIS : Team #TamparanWanitaAnugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) The Duke of Edinburgh's International Award (DofE) telah melaksanakan Projek Penempatan Siri 8 ARPRM Tahap Emas selama 5 hari bertempat di Melaka Zoo and Night Safari. 
.
Empat orang kesemuanya wanita dalam pasukan ini adalah Anis Asyiqin(Ketua) dan Shila SapeeFarah Izzati dan Amirah Syafiqah. Tiga orang Mentor merangkap Panel Penilai Dalaman Badan Operasi telah bersama iaitu Mizam Rahim (Ketua Mentor), Azizi Abd Rahim dan Mohd Firdaus ZA. Ia turut dibantu dua orang sukarelawan iaitu Irfan Hanz Irvine dan Mustakim. Manakala Encik Ibrahim Bin Bujang mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor sebagai Pegawai Pemantau Projek.
.
Terima kasih kepada semua yang terlibat : Melaka Zoo and Night Safari, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. 
.
Projek Penempatan adalah sebahagian dari 5 komponen wajib untuk peserta ARPRM Tahap Emas sebelum mereka menyempurnakan laporan, dinilai dan layak ditauliahkan. Syabas dan tahniah kepada semua.

Berikut adalah catatan dan gambar hari - hari yang dilalui dari kaca mata Anis Asyiqin.

HARI PERTAMA
12 Februari 2018
13
30
Projek Penempatan : Konservasi Dalam Komuniti
§  8.30 Pagi : Bertolak Ke Terminal Bas Segamat
§  9.15 Pagi : Tiba Di Terminal Bas Segamat
§  9.45 Pagi : Bertolak Ke Melaka Sentral
§  12.00 Tengahari : Tiba Di Melaka Sentral
§  12.30 Tengahari : Bertolak Ke KOMBES
§  1.00 Tengahari : Tiba Di KOMBES
§  1.30 Tengahari : Bertolak ke Zoo Melaka and Night Safari
§  2.00 Petang : Tiba Zoo Melaka and Night Safari
§  2.30 Petang : Membersihkan kandang Fennec Fox
§  4.00 Petang : Bertolak ke KOMBES
§  4.30 Petang : Membuat persiapan diri
§  7.00 Malam : Mengemaskini Buku Rekod










HARI KEDUA
                                               13 Februari 2018
18
30
Projek Penempatan : Konservasi Dalam Komuniti
§  6.00 Pagi : Bangun Dan Solat Subuh
§  7.30 Pagi : Bersarapan dan Bertolak ke Zoo Melaka and Night          Safari
§  8.00 Pagi : Bertolak ke kandang kambing gurun
§  8.30 Pagi : Membersihkan kandang kambing gurun
§  11.00 Pagi : Melihat haiwan yang berada di zoo
§  1.00 Tengahari : Berehat
§  2.00 Petang : Menabur garam dan menyimbah air kapur di kandang kambing gurun
§  3.30 Petang : Memotong buah untuk rusa dan beruang
§  5.00 Petang : Pulang ke KOMBES
§  6.30 Petang : Membuat persiapan diri
§  7.00 Malam : Mengemaskini buku rekod
§  8.00 Malam : Makan malam














HARI KETIGA
14 Februari 2018







  19







 30
Projek Penempatan : Konservasi Dalam Komuniti
§  6.30 Pagi : Bangun,Bersihkan Diri Dan Solat Subuh
§  7.30 Pagi : Sarapan Pagi
§  8.00 Pagi : Bertolak ke Zoo Melaka and Night Safari
§  8.30 Pagi : Sesi membuat hemok
§  11.30 Pagi : Melihat pameran Fennec Fox
§  12.00 Tengahari : Berehat dan makan
§  2.00 Petang : Menyertai APE Volunteer
§  5.00 Petang : Menyiapkan hemok
§  6.00 Petang : Menggantung hemok di sangkar beruang
§  6.30 Petang : Bertolak ke KOMBES
§  7.00 Malam : Mengemaskini buku rekod
§  9.30 Malam : Sesi Postmortem
§  10.30 Malam : Mengemaskini buku rekod














HARI KEEMPAT
15 Februari 2018
18
30
Projek Penempatan : Konservasi Dalam Komuniti
§  6.30 Pagi : Membuat persiapan diri
§  7.30 Pagi : Bersarapan
§  8.00 Pagi : Bertolak ke Zoo Melaka and Night Safari
§  8.30 Pagi : Bertolak ke kandang kuda
§  11.30 Pagi : Sesi Refleksi
§  1.00 Tengahari : Berehat dan makan
§  2.00 Petang : Membersihkan kawasan zirafah
§  4.00 Petang : Membersihkan kawasan penyediaan makanan
§  6.30 Petang : Memberi makan kepada harimau
§  7.30 Malam : Bertolak ke Zoo Melaka and Night Safari
§  8.30 Malam : Menyertai Night Safari
§  10.30 Malam : Sesi Post mortem
§  1.00 Pagi : Mengemaskini buku rekod











HARI KELIMA
16 Februari 2018
4
30
Projek Penempatan : Konservasi Dalam Komuniti
§  6.30 Pagi : Bangun,Bersihkan Diri Dan Solat Subuh
§  7.30 Pagi : Bertolak ke Zoo Melaka and Night Safari
§  8.00 Pagi : Membuat pembersihan di kawasan dapur
§  11.00 Pagi : Majlis Penutup Projek Penempatan


















Video - video Sepanjang Projek








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...