Isnin, 28 Januari 2019

[366] Bengkel Matematik Tambahan Siri 9 / 2019

G2 membuka tirai perlaksanaan Projek Sukarelawan Pendidikan 2019 menerusi Bengkel Matematik Tambahan Siri 9 untuk semua pelajar yang mengambil subjek Matematik Tambahan (5A, 5B dan 4A) pada Jumaat dan Sabtu ini, 25 dan 26 Januari 2019. Program bermula petang Jumaat dan sepenuh hari Sabtu
Sebanyak 3 siri (Siri 9, 10 dan 11) telah dijadualkan sepanjang 2019 hanya untuk Matematik Tambahan, tidak termasuk lain - lain projek pendidikan di dalam jadual. Ia akan dijayakan oleh graduan, mahasiswa dan alumni terdiri daripada anak - anak Felda Pemanis dan juga luar. 

Siri 9 ini melibatkan barisan sukarelawan #TeamTutor G2 sebagaimana berikut :


1. Noradilah Sahari, Matematik UKM - Ketua Tutor
2. Mohd Rashid Admon, graduan Sarjana Matematik UTM - Tutor Pakar
3. Norshahira Isa. Matematik UIAM
4. Ernee Natasya Mohd Suleiman, Ekonomi UiTM
5. Ainaa Nazurah Mohd Suleiman, Matematik UKM
6. Mohd Nur Ashraff Husin, Sains Marin UMT
7. Siti Norkhadijah Sharel, Asasi Hayat UIAM
8. Mustakim Abdul Kahar
9. Nur Diyana Balqis
10. Nurin Syazwina
11. Siti Norezan
12. Shahila Hamira


Secara sejarahnya, Bengkel Matematik Tambahan ini, sebagai sebahagian Projek Sukarelawan Pendidikan G2 dan Program Persediaan SPM telah diadakan sebanyak 8 diri sebelum ini :



Bengkel ini mempunyai matlamat dan objektif seperti berikut :

MATLAMAT


Meningkatkan peratusan pelajar yang lulus dan mendapat gred kepujian atau cemerlang dalam subjek Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 agar dengannya memberikan peluang yang lebih cerah dan banyak untuk mereka menyambung pengajian.

OBJEKTIF
  • Memperkukuh asas Matematik agar pelajar boleh mengikuti Matematik Tambahan.
  • Mengukuhkan pemahaman para pelajar bagi silibus subjek Matematik Tambahan.
  • Meningkatkan daya kreativiti para pelajar untuk menjawab permasalahan Matematik dengan lebih berkesan dan tepat.
  • Melatih para pelajar untuk lebih bersedia menghadapi peperiksaan SPM yang akan datang.
  • Menyediakan ruang bagi para pelajar untuk bertanya secara terus kepada tutor di luar waktu kelas.
  • Melatih alumni dan belia untuk menyumbang kembali sesuatu yang bermakna kepada komuniti termasuk sekolah asal mereka.


Manakala kumpulan sasar dan pendekatan pelaksanaan adalah seperti berikut pula :


Dilampirkan himpunan video dan gambar pelaksaan program mengikut hari :

Hari Pertama, Jumaat 25 Januari 2019
































Hari Kedua, Sabtu, 26 Januari 2019



































Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil,  Sabtu, 26 Januari 2019

























MERAKAMKAN penghargaan dan terima kasih buat semua yang bersama membantu menjayakan Bengkel Matematik Tambahan Siri 9 / 2019 - Program Persediaan SPM 2019 dan 2020 untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 anak - anak Felda Pemanis.
Terima kasih untuk SMK LKTP Pemanis (Pengetua, GPK 1 dan Cikgu Khanafi) dan PIBG SMK LKTP Pemanis (YDP Tuan Haji Sabtu) yang banyak membantu.
Terima kasih kepada Sukarelawan #TeamTutor G2 anak - anak Felda Pemanis.
Terima kasih ibu bapa yang memberikan keizinan untuk anak - anak mereka bersama di dalam program ilmu ini.
Tahniah kepada semua anak - anak pelajar SMK LKTP Pemanis yang mengambil subjek Matematik Tambahan untuk SPM 2019 dan 2020.
Semoga kita berjumpa lagi dalam Siri 10 akan datang. Terima kasih semua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...