Isnin, 28 Ogos 2023

[1,308] Sembang Masa Depan - Pelajar Tingkatan 6 Rendah

 SEMBANG MASA DEPAN - PELAJAR TINGKATAN 6 RENDAH

FELDA PEMANIS, 28 Ogos - Satu sesi bersama para pelajar Tingkatan 6 Rendah (STPM Semester 1) telah diadakan semalam selama sejam setengah.

Seramai 8 dari 10 orang pelajar anak - anak Felda Pemanis yang berada pada STPM Semester 1 telah menghadirinya.

Sesi bertujuan mendapatkan maklumbalas pembelajaran dari mereka di samping membentuk haluan pada trek STPM. Sesi juga berkongsi pengalaman dari senior yang mengambil STPM yang kini berada di peringkat Ijazah Sarjana Muda. 

Terima kasih Puan Hajah Siti Aishah (Mak Siti) yang menyumbang untuk makan minum dan Encik Azri yang menyediakan tempat. Terima kasih Encik Zam, Encik Azizi, Kadem dan Izuan yang memudahcarakan sesi. Juga terima kasih kepada semua pelajar Tingkatan 6 Rendah yang dapat bersama.

Semoga perjuangan STPM semua diberkati Allah dan memperolehi kejayaan. 

#Batch05 #STPM #BungaBangsa















Ahad, 27 Ogos 2023

[1,307] ARPRM #Emas35 : Kadem Abdul Kahar

 KADEM KAHAR SEMPURNA PELAPORAN EMAS KE - 35 DARI #TeamG2

SEGAMAT, 27 Ogos - Kadem Abdul Kahar hari ini menyerahkan laporan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas beliau kepada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus.

Kadem merupakan Emas kedua yang dihasilkan oleh #TeamG2 tahun ini dan ke 35 secara keseluruhannya.

Beliau mengambil masa 2 tahun 10 bulan untuk sempurna semua peringkat ARPRM bermula dari Gangsa hingga ke Emas. Manakala untuk Tahap Emas sahaja, Kadem mengambil masa 15 bulan.

Beliau sempurna kesemua lima komponen iaitu : Khidmat Masyarakat (112 jam), Kemahiran (62 jam), Rekreasi Fizikal (74 jam), Jelajah Lasak (4 hari 3 malam) dan Projek Penempatan (5 hari 4 malam).

Semua program dan projek ini diselia oleh Encik Armizam dan Encik Azizi sebagai Mentor beliau dengan bantuan dan sokongan rangkaian lain. ARPRM merupakan adaptasi dari program The Duke of Edinburgh’s Award yang diasaskan dan berpangkalan di United Kingdom (UK).

Seluruh warga ARPRM #TeamG2 mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kadem.

#ARPRM #20TahunSukarelawanPendidikan  #BungaBangsa







































[1,306] Majlis Mengenang Jasa dan Kecemerlangan Pelajar DUN Pemanis

 MAJLIS MENGENANG JASA DAN KECEMERLANGAN PELAJAR DUN PEMANIS 

PEKAN JABI, 27 Ogos - YB Tuan Haji Anuar Abd Manap, ADUN Pemanis telah menganjurkan Majlis Mengenang Jasa dan Kecemerlangan Pelajar DUN Pemanis bertempat di Dewan Pekan Jabi, Segamat.

Majlis bertujuan memberikan penghargaan kepada tokoh - tokoh yang berjasa dalam DUN Pemanis. Ia juga mengiktiraf mereka yang mempamerkan kecemerlangan dalam perkhidmatan komuniti, pendidikan, belia dan sebagainya. Kecemerlangan ini dipamerkan pada pelbagai aras : Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Tiga orang yang dicalonkan dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerima anugerah.

Dayana Shahrizah Zohari menerima anugerah untuk kecemerlangan akademik dengan pencapaian 8A+ 1A SPM 2022 dan 1A lagi untuk Bahasa Antarabangsa. Beliau kini sedang dalam program persediaan ke Amerika Syarikat di Kolej INTEC, Shah Alam menerusi Program Khas JPA - MARA. Dayana adalah peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas. 

Anugerah untuk Dayana diwakilkan kepada Mentor ARPRM beliau, Encik Armizam. Ia disampaikan oleh Tuan Pegawai Daerah Segamat, Encik Mohd Masni bin Wakiman.

Dua orang lagi, iaitu Irdina Shafiqah Hairolzamri dan Kadem Abdul Kahar menerima anugerah untuk sempurna pencapaian ARPRM Tahap Emas 2023. Mereka berdua adalah Emas ke 34 dan 35 yang dihasilkan oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Pencapaian Tahap Emas merupakan pengiktiran tertinggi ARPRM dengan nama pada peringkat antarabangsa adalah The Duke of Edinburgh’s Award (DofE) diasaskan di United Kingdom (UK). 

Anugerah untuk Irdina dan Kadem disampaikan oleh Datuk Dr Haji Baharum Mohamed, Ketua UMNO Bahagian Sekijang. 

Selain itu, terdapat beberapa lagi penerima anugerah dan penghargaan pelbagai bidang dan kategori.

Terima kasih YB Anuar di atas penghargaan ini. Tahniah kepada semua yang menerima anugerah dan penghargaan.

#BungaBangsa #20TahunSukarelawanPendidikan
































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...