80 DITAULIAH ARPRM EMAS, 9 EMAS DARI G2, 9 PEMIMPIN ARPRM JUGA HARGAI
DAMANSARA, 10 November - Seramai 80 orang remaja hari ini ditauliahkan Tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) - The Duke of Edinburgh’s International Award 2023 bertempat di Mutiara Ballroom, Hotel Royal Chulan, Damansara.
Majlis Pentauliahan Emas (MPE) itu disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.
Sembilan penerima Tahap Emas tahun ini adalah Alya Nabilah Mohd Faizal (pelajar Diploma), Ruhidatul Aleysa Hamizon (pelajar Diploma), Fatin Firzana Esa (pelajar Kolej Matrikulasi Johor), Nur Saliha Jasmine Azwan (pelajar STPM SMK Tinggi Segamat), Abdul Razak Abdul Rahim (pelajar Sarjana Muda UKM), Muhd Izham Abdul Aziz (pelajar Sarjana Muda UiTM Jasin), Dayana Syahrizah Zohari (pelajar persediaan ke Amerika Syarikat), Ahmad Daneil Wari (pelajar Sarjana Muda UiTM Kuala Terengganu) dan Mohd Hafiz Ahmad.
Izham telah diberikan penghormatan membacakan doa manakala Razak pula adalah yang dipilih untuk duduk bersebelahan YB Menteri dan KSU dalam MPE kali ini.
Majlis gilang-gemilang ini merupakan platform penghargaan dan pengiktirafan buat peserta serta Badan Operasi ARPRM yang berjaya melahirkan peserta Tahap Emas yang layak dianugerahkan mengikut standard dan piawaian antarabangsa.
Mereka semua di bawah bimbingan dan permentoran Encik Zam dan Encik Azizi sebagai Ketua Mentor dan Ketua Panel Penilai Dalaman bersama tujuh orang Pemimpin Anugerah lain.
Sebagai makluman, ARPRM merupakan sebuah program ikonik yang diiktraf di peringkat antarabangsa dan setaraf dengan The Duke of Edinburgh's International Award dari United Kingdom.
Turut hadir, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah JBSN.
ARPRM #TeamG2 secara keseluruhan telah melahirkan 44 orang penerima Emas, 253 penerima Perak dan 391 penerima Gangsa secara Badan Operasi tunggal tidak termasuk ratus secara gabungan dan kerjasama sejak tahun 2004.
#RakanMuda #YakinBoleh #TeamG2 #BungaBangsa