Rabu, 1 Januari 2025

[1,668] Jom Daftar ARPRM - Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

 ARPRM Alpha 23 : Pengurusan dan Serahan Borang Manual dan Kebenaran Ibu Bapa Penjaga

FELDA PEMANIS, 1 Januari 2025 - Sekitar kerja - kerja pengurusan dan serahan Borang Pendaftaran dan Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga untuk kelahiran 2011 ke atas bagi menyertai Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).

Terima kasih kepada semua ibu bapa penjaga yang memberikan sokongan dan kebenaran kepada anak - anak mereka untuk menyertai ARPRM. Ia dibuka apabila seseorang remaja itu berusia 14 tahun dan ke atas, tamat pada hari lahir ke 25. 

Kohort Alpha 23 ini akan melaksanakan ARPRM sepenuhnya secara digital menerusi Sistem Prolog yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Namun begitu, perakuan kebenaran ibu bapa penjaga adalah dokumen wajib yang akan dimuatnaik ke dalam sistem.

Satu sesi taklimat, bengkel dan pelancaran ARPRM Kohort Alpha 23 akan diadakan Jumaat ini.

#TeamG2 #BungaBangsa #ARPRM #Alpha23




















































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...