Khamis, 25 Januari 2018

[293] Eksplorasi Paya Bakau 3



18 - 21 JANUARI 2018 : Selama 4 hari, G2 menerusi Projek ARPRM - DofE Tahap Emas telah melaksanakan Eksplorasi Paya Bakau 3 bertempat di Taman Lokan Melaka, Sungai Rembau - Linggi, Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka. Eksplorasi ini adalah sebagai sebahagian komponen wajib untuk para peserta ARPRM Tahap Emas. YB Lau Chin Hoon, ADUN Pemanis telah bersama pada Jumaat, 19 Januari 2018. Terima kasih Pak Zainal, tuan punya Taman Lokan Melaka, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.





Kredit Gambar dan Video : Mohd Firdaus ZAIrfan Hanz IrvineNormah TaibAffif HaziqMohd AzizanIbrahim Bin Bujang, Muhaimin dan Team Jelajah Lasak Eksplorasi Paya Bakau 3













































 Tahniah diucapkan kepada semua :)

Rabu, 3 Januari 2018

[292] Batch Titanium - Pengurusan Kerja ARPRM Tahap Emas - Siri 1

Batch Titanium untuk Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) - The Duke of Edinburgh's International Award (DofE) Persatuan Belia G2 Felda Pemanis memulakan kerja secara intensif mulai Disember 2017. Kebanyakan dari mereka sudah melebihi separuh sempurna melaksanakan aktiviti dan mula mendokumentasikan semuanya secara tersusun. 

Kerja - kerja pengurusan ini memerlukan komitmen dan fokus yang jitu. Justeru, kumpulan peserta ARPRM - DofE dari Batch Titanium ini disusun agar dapat menyempurnakan sentuhan akhir pada setiap elemen dan dokumentasi mereka.

Ia dimulakan dengan memindahkan semua catatan kasar mereka kepada Buku Rekod yang lebih baik. Semua catatan di dalam setiap komponen itu akan disemak dengan teliti. Kemajuan catatan juga sentiasa dipantau. 

Janjang foto berikut menceritakan apa yang dilalui oleh sebahagian dari peserta ARPRM Tahap Emas Batch Titanium.


Penyampaian Buku Rekod ARPRM - DofE

 





Perancangan Halatuju dan Fokus




Perjumpaan Mingguan Peserta





 


Kerja - Kerja Pendokumentasian Buku Rekod Peserta










Sesi Penilaian Bersama Mentor dan Panel Penilai Dalaman






Sesi Perkongsian Pengalaman Bersama Batch Lepas



Semoga Batch Titanium dapat berakhir dengan kejayaan!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...