Sabtu, 2 November 2024

[1,634] Persembahan Kompang Walimatulurus : Badrul Halim dan Nurussaadah

 Persembahan Kompang Walimatulurus : Badrul Halim dan Nurussaadah

FELDA PEMANIS 1, 2 November - Studio Seni G2 telah memenuhi undangan berkompang bagi meraikan Majlis Walimatulurus : Badrul Halim dan Nurussaadah di FELDA Pemanis 1, semalam.

Terima kasih tuan rumah dan pasangan pengantin yang sudi menjemput kami. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke syurga.



















































































[1,633] Perbincangan Projek ARPRM GPMS - UIAM

 Perbincangan Projek ARPRM GPMS - UIAM

SEGAMAT, 2 November - Satu sesi perbincangan dan percambahan idea untuk Projek ARPRM Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah diadakan dua hari lepas.

Sesi ini memperhalusi idea, penyusunan dan penambahbaikkan bagi memastikan program yang bakal diadakan oleh GPMS Cawangan Khas UIAM di Gombak nanti berjalan sempurna, mencapai dan menepati semua matlamat juga objektif yang dirangka.

Pengarah Projek ini, Nurathirah Halim Rashidi, peserta Emas ARPRM menerusi Badan Operasi #TeamG2 akan dibantu oleh Muhd Zulhafiz Mohd Zain, juga peserta Emas ARPRM. Seramai 25 orang Jawatankuasa Projek dibentuk.

Sesi percambahan idea telah dihadiri oleh Mentor / Pemimpin ARPRM yang ditauliahkan iaitu Mizam, Azizi, Suria dan Azhari, selain beberapa orang lagi peserta Tahap Emas.

Ia mensasarkan 350 orang peserta dan menjadi antara program asas GPMS UIAM bagi melahirkan peserta ARPRM. Semoga program dapat disempurnakan.

#ARPRM #TeamG2 #BungaBangsa












Jumaat, 1 November 2024

[1,629] Latihan Kompang - 1 November 2024

 LATIHAN KOMPANG - 1 November 2024

Sekitar latihan kompang malam ini yang diadakan di Dewan Terbuka JKKR FELDA Pemanis 2.

Terima kasih kepada semua yang hadir.

Terima kasih juga buat ibu bapa penjaga yang memberikan keizinan.

#BungaBangsa #TeamG2 #RakanMuda #Kompang #SeniBudaya




























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...