Ahad, 31 Disember 2017

[289] Grand Champion Video Pendek #TidakPastiJanganKongsi SKMM - MCMC

SABTU, 23 DISEMBER 2017 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM / MCMC) hari ini menyampaikan hadiah kemenangan kepada pasukan Video Pendek 'Beras Plastik' yang dipilih sebagai Grand Champion Kebangsaan bagi pertandingan Video Pendek - Tidak Pasti Jangan Kongsi. Pegawai SKMM telah hadir dan menyampaikan hadiah di Pusat Internet 1Malaysia Taman Yayasan. 






Terima kasih kepada semua krew G2 yang terlibat, sama ada secara seni mahupun teknikal : Pengarah Video, Penulis Skrip dan Editor : Mizam Rahim, artis : Nur Ashraff, Azhari Imran, Nabil Akmal dengan penampilan istimewa Tuan Haji Muzaffar Shah Ghazali Shah. Terima kasih Pusat Internet 1Malaysia Taman Yayasan : Pengurus Iftitah Ishak dan Penolong Pengurus Nuraini Dawet. Terima kasih SKMM


Jumaat, 29 Disember 2017

[288] Taklimat Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di UTHM

RABU, 20 DISEMBER 2017 - Terima kasih Sekretariat Rakan Muda, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat yang sudi menjemput untuk sesi taklimat dan perkongsian pengalaman berkenaan Pogram Anugerah remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM - DofE), khususnya Mustakim (Presiden SRM UTHM) dan Najiha (Pengarah Program). 

Taklimat menyentuh mengenai falsafah ARPRM, tatacara pelaksanaannya dan sesi perkongsian pengalaman pemegang Emas. Di samping itu, program juga diselitkan dengan sesi perbincangan dan pertukaran pendapat mengenai halatuju SRM UTHM.















Terima kasih juga kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat, khususnya Puan Sanisah dan Encik Remi. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan selamat melaksanakan ARPRM di UTHM dan selamat menduduki peperiksaan akhir.

Rabu, 27 Disember 2017

[287] Sukarelawan Kemaskini BR1M 2018 - Fasa 1

Pada 16, 17 dan 18 Disember 2017, sukarelawan dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah membantu Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pemanis bagi program Kemaskini BR1M 2018. Mereka terdiri daripada para peserta Tahap Emas di dalam program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).

Selama tiga hari, ia diadakan di tiga lokasi berlainan. Setiap lokasi mengambil masa selama 3 jam. Pada 16 Disember di Bangunan JKKK Pekan Jabi, 17 Disember di Bangunan JKKK Kg Tengah dan 18 Disember di Warung Mak Pah, Kg Jawa.

16 Disember 2017, Bangunan JKKK Pekan Jabi





17 Disember 2017, Bangunan JKKK Kg Tengah







18 Disember 2017, Warung Mak Pah, Kg Jawa








Antara yang dilakukan adalah mengemaskini permohonan BR1M seperti ubah alamat, ubah nombor telefon, ubah nama waris dan sebagainya. Sukarelawan juga membantu memberikan penerangan dan panduan kepada pelanggan.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...