Isnin, 10 Disember 2018

[358] ARPRM @ Future Leaders Camp Kohort 4


JUMAAT, 7 DISEMBER 2018 : Team ARPRM G2 telah mengendalikan slot taklimat dan perkongsian berkenaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM - DofE) bersama - sama 30 orang peserta Future Leaders Camp (FLC) pada hari ke 7 dari 10 hari program mereka. Ia diadakan di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRAMSAU), Desaru, Kota Tinggi.


Kem ini adalah untuk remaja berusia 15 - 17 tahun. Perkongsian ARPRM adalah bersesuaian kerana program ARPRM dilaksanakan untuk semua remaja seluruh dunia dalam julat umur 14 - 24 tahun.









Sabtu, 1 Disember 2018

[357] Perjumpaan Bulanan Peserta ARPRM Tahap Emas - Ogos, September dan November 2018

SESI perjumpaan bulanan peserta program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas di bawah Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis diadakan setiap bulan. 

Perjumpaan dikendalikan oleh Ketua Mentor dan dibantu oleh barisan Mentor bersama para pemegang Tahap Emas dari tahun - tahun sebelumnya. Ia diadakan di kediaman Ketua Mentor atau Pusat Internet Felda Pemanis Dua, berdasarkan kesesuaian.

Perjumpaan yang diadakan mempunyai matlamat untuk :

1. Menyemak catatan aktiviti di dalam Buku Rekod peserta menerusi komponen - komponen yang diperlukan. Kesalahan - kesalahan akan diperbetulkan.

2.Mendapatkan maklumbalas perkembangan pelaksanaan aktiviti di kalangan peserta. Mana - mana peserta yang mempunyai masalah, akan terus diberikan cadangan penyelesaian.

3. Memastikan peserta mencatat dengan betul, menjalankan aktiviti dengan sempurna dan tidak lari dari garis panduan antarabangsa yang ditetapkan.

4. Sebagai sesi motivasi untuk peserta terus berjuang menyempurnakan Tahap Emas.

5. Merancang aktiviti - aktiviti yang belum lagi dilaksanakan.

Gambar - gamabr berikut memaparkan sepintas lalu perjumpaan mengikut bulan.

PERJUMPAAN BULAN OGOS












PERJUMPAAN BULAN SEPTEMBER








PERJUMPAAN BULAN NOVEMBER




















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...