Sekitar Program Syurga Kasih Ramadhan 1433H - Tadarus, Khatam al
- Quran, Penyampaian Sumbangan, Tazkirah dan Berbuka Puasa yang dianjurkan
sepenuhnya oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Terima kasih diucapkan kepada
semua khususnya YB Datuk Haji Baharum Mohamed, Ahli Parlimen Sekijang.
Bukan satu kerja mudah untuk
mengajak mengaji. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis sebagai sebuah NGO.
Pertubuhan Sukarela. Bukan sekolah, bukan institusi, bukan Kerajaan menerusi Jabatan atau Agensinya yang boleh
meminta atau menggunakan kuasa untuk memaksa orang melakukan sesuatu. Sebagai
sebuah NGO, kami benar - benar berkhidmat atas landasan sukarela. Menggunakan
budi bicara, pujuk dan sebagainya untuk mengajak melakukan sesuatu, termasuk
mengaji.
# Dalam dunia yg penuh dengan dugaan sekarang,
dapat sebilangan yang sudi melakukan secara sukarela pun sudah memadai, sebagai
penyelamat dunia. Moga Allah berikan rahmat Nya utk semua ini.
Gambar - gambar ada di sini : Syurga Kasih Ramadhan
Manakala berikut pula adalah dua videonya :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)