Segalanya bermula pada malam sebelumnya. Apabila sumber memberitahu bahawa esoknya, Akademi Bola Sepak Felda akan melaksanakan sesi pemilihan pemain remaja (bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun) bagi diterbangkan ke Cardiff City, UK untuk menjalani latihan bersama kelab bola sepak itu.
Maka bermulalah pengaturan. Malam itu juga membuat keputusan untuk pergi ke sesi pemilihan. Terus menelefon pihak Akademi, mujurlah diberikan jawapan yang positif. Meminta keizinan dari ibu bapa dan keluarga remaja yang hendak dibawa, iaitu Badrul Halim Katimin, dari Felda Pemanis Satu. Seorang lagi, Muhd Hilmi Abd Rahman (dari Felda Pemanis Dua) sudah pun berada di Akademi, kerana beliau salah seorang pelajar Akademik.
Jadi, dua peserta dari Felda Pemanis. Seorang yang dibawa dari sini dan seorang lagi menunggu di Akademi.
Mulalah juga memikirkan catuan mengenai kos. Dua hari satu malam.
Sampai di Sri Semai Bakti. Disambut oleh Datuk Azmi, Encik Mokhtar selaku Pengurus Asrama dan Coach Nasir. Isi borang. Berbual - bual seketika dengan semua. (#Transkrip perbualan tak boleh dimasukan di sini. Kena jumpa Sdra Hanafie Hasim sendiri kalau nak tahu).
Keluar dari Sri Semai Bakti jam 7.30 malam. Badrul Halim tinggal di situ malam ini. Kami mencari tempat untuk solat, kemudian untuk makan. Tiga stesyen minyak yang disinggahi, semuanya tidak ada surau. Akhirnya, ada juga di Petronas. Pakej sekali dengan berdekatan warung makan.
Semasa makan, masing - masing sibuk dengan urusan. Dengan pelbagai perkara dan check and balance yang hendak dilakukan. Masuk semula Sri Semai Bakti jam 10.00 malam, membawa bekal makanan untuk Ikmal, Emi, Syafiq dan Badrul.
Kemudian, tidur di kediaman emak saudara Hanafie, di Sungai Isap, Kuantan. Sampai di situ lebih kurang jam 11.30 malam. Selepas solat, tidur ... kepenatan.
Jam 8.30 pagi Sabtu, 6 Oktober 2012, sudah berada di SMK Pelindung, Beserah. Terima kasih kepada peta yang datang sekali dengan perisian iOS Apple kerana memberikan panduan dan suara arahan sama macam menggunakan GPS.
Tak banyak bercakap dan mengulas ketika sesi pemilihan. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada beberapa perkara yang mereka kena lakukan. Akhir sekali, tentulah kena bermain bola menentang kumpulan - kumpulan yang telah diciptakan tadi.
Tamat dan terus balik ke Segamat. Bertolak dari SMK Pelindung lebih kurang jam 11.30 pagi. Bergegas kerana mahu memberikan sokongan kepada skuad adik - adik SMK Pemanis (yang juga sebahagian besarnya adalah dari G2) yang akan berjuang untuk Hoki U16 pula. (# Mereka dapat tempat ke - 3, tahniah semua!)
# Tahniah kepada adik - adik yang terpilih. Selamat terbang ke UK. Manfaatkan segala kos, perbelanjaan, pengorbanan, pengalaman dan peluang yang datang ini. Dengan hanya main bola dan buat dengan bersungguh, fokus, tekun, disiplin dan tanpa emosi terasa sini sana pun, dapat terbang jauh juga, kan?
# Kalau nak tengok lagi banyak gambar, ada di sini. Klik Cerita Pemilihan ke Cardiff City, UK.
# Dan di bawah ini pula adalah videonya. Kami siarkan di Saluran TV G2 Pemanis YouTube.
# Dan di bawah ini pula adalah videonya. Kami siarkan di Saluran TV G2 Pemanis YouTube.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)