Selasa, 18 Disember 2012

[61] Persembahan Awam Kuda Kepang Pemanis


SEMPENA cuti sekolah ini, Kelab Kuda Kepang di bawah Biro Pembangunan Sosial dan Warisan Budaya telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Persembahan Awam Kuda Kepang Pemanis. Persembahan telah diadakan pada Ahad, 16 Disember 2012 bermula jam 09.00 malam di Padang Awam Felda Pemanis Dua.

Promosi telah dilakukan menerusi Facebook, siaraya awam dan pengumuman bergerak. Untuk siaraya awam dan pengumuman bergerak keliling Felda Pemanis telah diketuai oleh Rahimi Baharuddin dengan dibantu oleh Ashraff Husin dan Zul Azli Muji. Terima kasih kepada usaha promosi oleh kumpulan mereka ini ... :)

Ternyata gabungan promosi ini telah membuahkan hasil yang memuaskan apabila lebih 700 orang hadir pada malam persembahan. Pengiraan bilangan yang hadir telah dilakukan oleh Rahimi dan Zul Azli. Penuh padang pada waktu malam dengan pelbagai lapisan masyarakat. Tua, muda, dewasa, remaja, kanak - kanak malahan bayi sekalipun!

Persembahan pada malam itu dilakukan oleh seramai 10 orang penari. Manakala lebih kurang 7 orang pemain alat muzik, bersilih ganti, mengambil tempat untuk sebanyak dua pusingan persembahan. 

Yang pasti,penonton pada malam itu terhibur dengan persembahan yang diadakan. Inilah julung - julung kali inisiatif persembahan awam kuda kepang Pemanis diadakan oleh Kelab. Turut menyaksikan adalah sekumpulan bekas - bekas pelajar Akademi Bola Sepak Felda, Sri Semai Bakti Kuantan yang hadir selama beberapa hari, menginap di kediaman Syawal dan Ikmal Baharudin. Mereka amat teruja menyaksikan persembahan yang buat pertama kali dalam hidup mereka.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan persembahan. 
Terima kasih Pemanis!


# Ini pula adalah dua videonya, Pusingan Pertama dan Pusingan Kedua




# Berminat? Hubungi Hanafie Hasim di talian 017 - 7807384

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...