# Rencana Khas sempena Ulang Tahun ke - 30 SK LKTP Pemanis Satu (dahulunya dikenali sebagai SK LKTP Pemanis). Rencana ini dipetik dari portal Pejabat Pelajaran Daerah Segamat. Manakala gambar klasik adalah dengan ehsan rakan - rakan. Terima kasih!

Sekolah ini ditadbirkan oleh Sekolah Rendah Kebangsaan Dato’ Wan
Idris, Segamat, Johor. Guru Besarnya ialah Encik
Zainal Bin Ali. Encik Ahmad bin Hj Ali telah dilantik sebagai Guru Penyelia
Sekolah ini. Kakitangan sekolah terdiri daripada 20 orang guru, seorang
kerani, seorang jaga dan dua orang buruh am. Pada akhir tahun, bilangan
muridnya bertambah menjadi 455 orang manakala bilangan gurunya bertambah
menjadi 21 orang guru terlatih dan seorang guru sementara.

Encik Ahmad bin Haji Ali telah dilantik sebagai Pemangku
Guru Besar untuk mentadbirkan sekolah ini, manakala Encik Ibrahim bin
Daimin pula telah dilantik sebagai Guru Penyelia. Pada awal tahun bilangan
murid bertambah menjadi 843 orang dan gurunya bertambah menjadi 35 orang.
Sekolah ini dijalankan dalam dua sesi pagi dan petang. Encik Mohamad
Basir bin Tulus menjadi
Guru Penyelia petang. Darjah yang terlibat dalam sesi petang ialah Tahun
satu yang terdiri daripada 7 buah kelas.


Pada bulan April, Encik Mohd.Ali bin Abdullah telah ditukarkan ke
Sekolah Menengah Jementah sebagai Penyelia Petang. Kekosongan tempat beliau
telah digantikan oleh Encik
Khalid bin Mohd.Rashid sebagai
Guru Penolong Kanan Satu. Menjelang Mei, Encik
Wan Mat bin Mahmod dari
Sekolah Rendah Kebangsaan Datok Wan Idris talah Dilantik sebagai Guru Besar SK
LKTP Pemanis Satu. Di akhir bulan September, SK LKTP Pemanis Satu telah
bernasib baik kerana terpilih untuk menerima kunjungan sekumpulan 30 orang guru
dari Jepun yang mengadakan lawatan sambil belajar di samping meninjau sistem
pengajaran dan pembelajaran di Malaysia.
Sesi persekolahan bagi tahun 1989/1990 telah bermula pada 3hb
Disember 1990. Sistem semester dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara. Mulai
tahun ini juga,sessi pagi bermula pada pukul 1.00 tengahari. Manakala sesi
petang pula bermula pada pukul 1.10 petang hingga 6.10 petang. Bilangan murid
bagi tahun ini seramai 1051 orang dengan 47 orang guru serta lima orang
kakitangan bukan guru. Pada 2 Julai, Guru Penolong Kanan 1, Encik Khalid bin
Rashid telah kembali ke rahmatullah sewaktu menunaikan fardhu Haji di Mekah.

Menjelang tahun 1987, Encik Zakaria bin Hj. Ibrahim terus
menerajui kepimpinan SK LKTP Pemanis dengan dibantu oleh Encik Mohd. Ali bin
Abdullah selaku Guru Penolong Kanan serta 37 orang guru tetap. Manakala guru
sementara pula seramai 15 orang.
Bertepatan dengan bilangan murid-murid yang ramai iaitu 1372
orang, maka sekolah ini telah digredkan kepada A. Pertengahan tahun 1987,
seorang kerani iaitu Encik Eusop bin Indran telah ditempatkan di sini
menjadikan bilangan kakitangan bukan guru seramai lima orang. ersesuaian dengan
bilangan murid-murid yang ramai, maka pada 16 Disember 1987 beberapa
perlantikan baru telah dibuat. Encik Suboh bin Md. Aris telah dilantik
sebagai Guru Ko-kurikulum, Encik Mohamad bin Jamal telah dilantik sebagai Guru
Penolong Kanan Dua dan Encik Md. Ali bin Abdullah sebagai Penolong Kanan 1.
Pelantikan ke jawatan-jawatan baru ini adalah sebagai usaha Kementerian
Pendidikan untuk melicinkan pengurusan sekolah dengan lebih sistematik.
Dalam usaha untuk menampung bilangan murid-murid yang semakin
bertambah, satu Projek Gotong Royong yang bernilai RM50,000.00 telah diluluskan
agar murid-murid dapat belajar dengan lebih selesa. Bilangan murid-murid telah
meningkat seramai 1508 orang dengan 61 orang tenaga pengajar termasuik 10 orang guru sementara.
Manakala bilangan kakitangan bukan guru masih tetap seramai lima orang.

Di awal persekolahan, bilangan murid-murid SK LKTP Pemanis bagi
tahap satu telah dibahagikan dua mengikut pertempatan masing-masing. Ini adalah
berikutan dengan pembukaan SK LKTP Pemanis dua. Memandangkan sebahagian sekolah
masih belum siap,maka seisi keluraga SK LKTP Pemanis Dua masih menumpang
sebumbung dengan SK LKTP Pemanis Satu. Pada awal Februari, SK LKTP Pemanis Dua
dengan rasminya digunakan.
# Dirgahayu SK LKTP Pemanis. 30 tahun yang cemerlang dan penuh warna - warni. Terima kasih kerana menjadikan kami warga yang berhemah!
Kenangan terindah semasa bersekolah di rumah peneroka...Masih teringat masa perpindahan ke bangunan sekolah baru..murid2 termasuk diriku mengangkat kerusi menuju ke bangunan baru....Kenangan yg sgt2 terindah dan manis..
BalasPadamKenangan terindah semasa bersekolah di dalam rumah2 peneroka yg kosong. Masih teringat ada murid2 tahun 6 ketika itu kena histeria, panik juga dibuatnya. Lepas tu masa perpindahan ke bangunan sekolah baru, murid2 termasuk diriku diarahkan membantu mengangkat kerusi sahaja menuju ke bangunan sekolah baru, kebetulan kelas (rumah peneroka) berdekatan dgn bangunan baru tu. Seronok juga masa tu.....kenangan manis yg tak dapat dilupakan.
BalasPadamKenangan ....teringat masa tu murid tahun 6 erap kena histeria....panik juga dibuat. Dan yg paling seronok yang takkan dilupakan semasa bangunan sekolah baru siap dan boleh diduduki..murid2 termasuk diriku diarah membantu cikgu mengangkat kerusi sahaja menuju ke bangunan baru. Masa tu meja dah ada dalam kelas baru tinggal kerusi belum ada...so berangkut laaaa kitaorg. Kira Generasi pertama menduduki bangunan sekolah baru masa tu....
BalasPadamKenangan terindah suatu waktu dahulu....
BalasPadamMizam, Anuar, Isa, Indah,Rafizan, Cikgu Wahida, Cikgu Zohar dll.....
Miss u all......
Mizam, tak de plan Ker nak wat reunion?
BalasPadamSalam semua, kami di SK LKTP Pemanis 1 akan menubuhkan Alumni SK LKTP Pemanis yang akan dirasmikan oleh YB Anuar Bin Abd. Manap, Ahli Parlimen Sekijang sempena mesyuarat PIBG yang akan dilangsungkan pada bulan Mac ini nanti. Mohon dapat disebarluaskan kepada semua bekas-bekas pelajar untuk sama-sama mendaftar nanti. Maklumat lanjut akan dipost kemudian.
BalasPadamDah tubuh ke Alumni?
Padammohon sebaran meluas kepada bekas murid bg mencapai objektif penubuhan... jika tidak mmapu, cukuplah dinamakan sebagai AJK penaja.. ramai rakan-rakan berada diluar, merantau.. jika diberitahu awal rasenya ramai yg akan turut serta
BalasPadam