# Yang lebih penting dan membanggakan, program dijayakan oleh anak - anak Pemanis. Mereka yang mewakili Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan Kelab Alumni SMP - G2. Mereka juga merupakan anak jati Pemanis, mendapat pendidikan awal di Pemanis atau di SMK Pemanis. Boleh diumpamakan, sirih pulang ke gagang.
Berikut merupakan sinopsis program, pautan gambar dan video bagi setiap program yang telah dijalankan.
Bengkel Matematik Tambahan Siri 3 Bersama G2 - Hari Pertama
Bengkel Matematik Tambahan Siri 3 Bersama G2 - Hari Kedua
Program ini mempunyai matlamat untuk memastikan adik - adik yang bakal menghadapi PMR menguasai Matematik dan dapat menjawab soalan - soalan yang diberikan. Bengkel secara teknik tutorial ini menggunapakai pendekatan latihan dan bimbingan secara terus kepada pelajar.
Bengkel Matematik (Untuk Tingkatan Tiga) Bersama G2
Antara yang disentuh oleh Aniza adalah apakah laluan - laluan yang boleh dipilih oleh adik - adik Tingkatan 5 selepas menerima keputusan SPM untuk menyambung pengajian mereka, sama ada menerusi laluan akademik ataupun latihan kemahiran. Juga dibincangkan adalah apakah bidang atau jurusan yang boleh mereka ambil, sejajar dengan pencapaian, bakat, kebolehan dan minat mereka.
Lebih kurang 100 orang terlibat dalam Majlis Berbuka Puasa ini.
Gambar Program Motivasi dan Berbuka Puasa
Program Motivasi Halatuju Pendidikan dan Kerjaya | Majlis Berbuka Puasa
Program Motivasi Halatuju Pendidikan dan Kerjaya | Majlis Berbuka Puasa
5. Program Bicara Perkongsian Pengalaman. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Kelab Alumni
SMP - G2 dan SMK Pemanis telah mengadakan Program Bicara Perkongsian
Pengalaman sebagai motivasi dan galakan kepada adik - adik Tingkatan
Tiga yang bakal menghadapi Percubaan PMR minggu ini dan PMR akan datang. Program ini dijayakan oleh Mohd Firdaus Zainal, Rashid Admon dan Muhamad Shukri.
Ia diisi dengan sesi bicara pengalaman, teknik ulangkaji, sikap,
dorongan, halatuju, tayangan 4 video dan kepentingan pengisian rohani.
Program diakhiri dengan Solat Zuhur berjemah semua pelajar lelaki SMP
dengan diimamkan oleh Rashid Admon.
Gambar Program Bicara Perkongsian Pengalaman
Bicara Perkongsian Pengalaman - Mohd Firdaus Haji Zainal Abidin
Bicara Perkongsian Pengalaman - Mohd Shukri Hasan
# Terima kasih kepada semua. Terima kasih SMK Pemanis. Terima kasih Kelab Alumni SMP - G2. Terima kasih adik - adik 4 Azam, 5 Azam dan semua Tingkatan Tiga tahun 2013.
# Tentunya paling bernilai, terima kasih kepada semua fasilitator yang terlibat. Semoga apa yang kita usahakan, baik pada pihak fasilitator mahupun adik - adik pelajar dalam bulan Ramadhan penuh berkat ini mendapat ganjaran Allah. Doakan agar kita bertemu lagi :)
Bicara Perkongsian Pengalaman - Mohd Rashid Admon