Memaparkan catatan dengan label Akademik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akademik. Papar semua catatan

Jumaat, 9 November 2018

[351] Bengkel Matematik SPM 2018 - SMK Palong Timur

RABU, 7 NOVEMBER 2018 : Sukarelawan #TeamTutor seramai 13 orang dari G2 dan 3 orang Alumni SMK Palong Timur hari ini mengendalikan Bengkel Khas Matematik untuk pelajar Kelas 5C SMK Palong Timur. Ia diadakan khusus untuk kumpulan mereka, 6 hari sebelum SPM 2018 bermula. Selain pecutan akhir Matematik, beberapa pengisian lain bersifat inspirasi juga diadakan.
Program telah berjalan dengan lancar, mencapai objektif dan diharapkan dapat memberikan serba sedikit manfaat buat bekalan mereka.
Ini merupakan Projek Sukarelawan Pendidikan ke 27 untuk tahun 2018 dan ia adalah projek terakhir. Jumpa lagi dalam siri - siri projek tahun hadapan pula.
























Terima kasih kepada Pengetua, Tuan Haji Muzaffar Shah Ghazali Shah, guru - guru, adik - adik pelajar 5C SMK Palong Timur dan semua sukarelawan pendidikan yang telah bersama. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian.

Ahad, 14 Oktober 2018

[347] Slot Matematik - Perkampungan Ilmu SPM 2018 SMK Pemanis


JUMAAT, 12 OKTOBER 2018 - Sukarelawan #TeamTutor G2 hari ini membantu dalam menjayakan slot subjek Matematik SPM untuk Perkampungan Ilmu SMK LKTP Pemanis. Ia melibatkan seramai 6 orang tutor dan 44 orang calon SPM 2018 di bawah pengawasan Puan Hajah Radziah.

Pendekatan menerusi kumpulan telah digunakan dengan calon - calon SPM diberikan latihan soalan - soalan untuk dijawab.

Sambutan dan sikap yang menggalakkan dipamerkan oleh semua calon SPM kali ini. Ia sesuatu yang membanggakan dalam usaha mereka semua untuk berjaya di dalam peperiksaan.






































Terima kasih SMK Pemanis di atas kepercayaan dan tentunya sukarelawan #TeamTutor G2 yang telah berkhidmat bakti hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...