Persatuan Belia G2 Felda Pemanis sungguh bertuah
kerana menjadi sebahagian dari catatan sejarah ini. Tiga orang berjaya
ke Puncak Ledang di tengah malam gelita : Khalid Abu Talib (Ketua), Muhd Salleh Zainal (Koresponden Media dan Unit ICT) dan Norfarihana Kamal. Manakala Ejaty Agel mengalami kecederaan dan berkhemah di pertengahan perjalanan iaitu di Kolam Gajah. Berbagai cabaran yang terpaksa ditempuh, namun semanta dan keyakinan mengatasi segalanya. Syabas dan Tahniah!
Berikut adalah beberapa kenangan yang sempat diabadikan menerusi pendakian itu. Gambar - gambar penuh disiarkan di Facebook Belia Felda Pemanis.
Juga ada berita yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia, Sabtu 30 Ogos 2013.
Ini pula adalah rakaman video yang sempat dibuat menerusi kamera digital biasa dan telefon bimbit.
Terima kasih Kerajaan Negeri Johor dan Jabatan Belia dan Sukan Johor. Terima kasih kepada semua yang bersama. Semua yang bersama dirangkumkan di dalam baju ini.
Tahniah kerana anda patriotik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)