Kali ini pertandingan yang
kami sertai telah mempertandingkan produk – produk yang cukup hebat hasil daya
usaha antara pelajar dan guru-guru. Kumpulan yang menyertai pertandingan ini sedikit
sebanyak membuka mata pihak syarikat – syarikat yang ingin mencari produk baru.
Kumpulan kami pula telah berubah di mana Anisya Natasya telah diserapkan ke dalam
kumpulan kami, di samping saya, Adilah Sahari dan Suria Sipon.
Perjalanan kali ini bermula pada hari Isnin. Kami semua akan berkampung di kota bandaraya terkemuka itu selama lima hari. Alhamdulillah, perjalanan yang lancar, tetapi telah mencacatkan sedikit perjalanan kami apabila kami hampir tiba di situ.
Kami terpaksa berulang kali
menelefon urusetia yang bertugas untuk peserta kategori sekolah ini kerana kami
tidak tahu tentang selok belok ke tempat kediaman kami iaitu Arena Luxury Star
Hotel . Setelah satu jam mengharungi kesesakan lalu lintas. Akhirnya, kami tiba
di hotel jam 1.30 petang. Kami merupakan peserta terakhir yang sampai di situ.
Selepas mengemas barang di
bilik, kami dibawa menaiki bas ke Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di mana
tempat acara itu berlangsung. Setelah siap mengemas booth,diberi tag peserta,
kami semua diberi minum petang di Killiney Kopitiam. Aktiviti pada hari pertama
tamat jam 7 p.m. Pada malam itu, Encik Armizam telah tiba di situ juga. Dia
membuatkan kami berasa lebih bersemangat untuk bertanding.
Keesokannya, selepas sarapan,
kami berkumpul di lobby. Pada hari
kedua belum lagi penjurian kerana para
peserta diberi peluang untuk mempamerkan dahulu produk mereka kepada pengunjung
– pengunjung yang hadir. Walaubagaimanapun, kami agak kekok kerana ahli
kumpulan kami iaitu Suria telah ditimpa demam.
Pada hari ketiga, seawal jam
6 pagi debaran untuk bertanding semakin terasa. Kami bersiap dengan pakaian
uniform sekolah. Suria telah semakin sihat. Setelah sarapan, kami bertolak ke
tempat KLCC jam 8 pagi . Kami memanaskan badan dahulu dengan latihan – latihan
pembentangan. Kami mempraktiskan input-input yang telah diberikan oleh guru
kami iaitu Tuan Haji Muzaffar.
.
Debaran semakin bertambah
apabila kelima – lima juri telah mengunjungi booth pameran yang pertama. Setelah hampir setengah jam kami
menunggu juri, akhirnya mereka sampai. Salah seorang daripada juri itu telah
pun kami kenal dimana beliau telah mengadili kumpulan kami juga semasa kami
pergi bertanding di Pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan Kebangsaan (Intel ISEF Malaysia), Gambang Resort, Kuantan sebelum itu.
Pada hari itu juga, pada jam 4 petang, kami telah dibawa ke SkyBridge dan ke tingkat 86 untuk menikmati permandangan di sekeliling Kuala Lumpur.
Setelah hampir 25 minit kami
terangkan tentang produk kami, kesemua juri seakan-akan terkedu dan tidak
mempunyai sebarang soalan yang ingin ditanya. Mereka memuji produk kami dan
mereka mengatakan produk kami berasaskan sumber yang tulen dan selaras dengan
tema WIF iaitu “The Future We Desire”
.
Pada hari Khamis, kami
teruskan pameran itu dan telah bertukar-tukar pandangan dengan pengunjung yang
hadir. Kami juga telah berkenalan dengan kawan – kawan yang baru dan telah
bertukar – tukar alamat laman sosial. Aktiviti lain yang terdapat di situ telah
disertai oleh ramai pengunjung dan juga peserta. Antara akitiviti yang menarik
perhatian Tuan Haji Muzaffar ialah yang dianjurkan oleh Genovasi.
Di situ kami diarahkan
mencipta alat untuk insan bernama Ali yang mengalami kemalangan dan terputus
tangan. Peserta pertama yang berjaya mencipta alat itu ialah Tuan Haji
Muzaffar. Kami menyertai pertandingan itu dan telah dihadiahkan sehelai baju
yang tertulis “I Ate The Cheese”
.
Pada malam tersebut, kami
telah pergi ke malam gala di mana semua peserta yang menyertai WIF berkumpul di
situ. Kami dihiburkan oleh beberapa muzik yang dimainkan oleh Dr Joanna Chong
yang mempunyai PhD dalam bidang muzik. Seterusnya adalah persembahan artis.
Artis yang hadir pada malam itu ialah Ning Baizura. Beliau kelihatan berseri
dengan pakaian beliau dan ditambah dengan senyuman yang menawan. Beliau
mendengdangkan tiga buah lagu pada malam itu.
Selepas makan malam dan hiburan
artis, acara dinantikan telahpun tiba. Pasukan Inovasi SMK LKTP Pemanis telah
dinobatkan sebagai pemenang untuk kategori peringkat sekolah. “Yeah !” . Suria
menjerit kegembiraan, Adilah dengan lingangan air matanya, Anisya pula terus
menampakkan riak wajah yang gembira.
Pada hari terakhir disitu,
kami menikmati sarapan pada pagi itu dan kami berangkat pulang dengan wang
tunai RM 10,000 . Kami mulakan perjalanan balik jam 9.30 pagi. Kami berasa
berpuas hati dengan pencapaian kali ini.
Di kesempatan ini, izinkan
saya untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengetua SMK LKTP Pemanis, Puan
Hajah Masitah Yusuf, mantan YDP PIBG Allahyarham En Musa bin Sadin (yang banyak
memberi sokongan pada permulaan), YDP PIBG SMK Pemanis Tuan Haji Sabtu Ibrahim,
Guru Pembimbing yang juga merupakan GPK HEM Tuan Haji Muzaffar, Penyelia
Bersama Projek En Armizam bin Abd Rahim, ibu bapa, guru-guru, , En Azizi bin Abd Rahim, senior-senior kumpulan inovasi, abang - abang dan kakak – kakak Persatuan
Belia G2 Felda Pemanis yang memberikan sokongan dan dorongan, rakan sepasukan dan pihak-pihak yang sedikit
sebanyak menjadikan projek ini telah berjaya terhasil. Terima kasih semua!
Laporan disediakan oleh,
Muhammad Azhari Bin Imran
Ketua Kumpulan Inovasi Sains
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)