PADA 7 dan 8
Ogos 2014, telah berlangsung Bengkel Projek Penempatan Peserta Tahap Emas
Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas Negeri Johor 2014.
Program dua hari satu malam ini telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Sukan Air
dan Udara (KRMASAU), Desaru, Kota Tinggi.
Ia dianjurkan oleh Jabatan Belia dan
Sukan Negeri Johor. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis (selaku Badan Operasi ARP
Rakan Muda) untuk kali ini telah menghantar 3 orang peserta iaitu Mohd Firdaus
Zainal, Abd Salihul Halim dan AZuha OutFeil. Segamat menghantar 5 orang, dua
lagi adalah dari Badan Operasi ARP Persatuan Buddhist Segamat. Terima kasih
untuk : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia, Guru - Guru Unit ARP Sekolah - Sekolah Johor dan Pemimpin / Mentor
Badan Operasi ARP (NGO / Persatuan) Johor.
Program telah dikendalikan oleh Puan Anne (Pegawai Rakan Muda, Unit ARP, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia) dan Puan Hajah Supiarti (Pegawai Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor)
Peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan beberapa tugasan telah diberikan. Di akhirnya, sesi pembentangan kertas kerja projek dilakukan. Ulasan telah diberikan oleh rakan - rakan peserta, guru - guru, mentor ARP dan Pegawai - Pegawai KBS.
Gambar program, sila klik di sini : Bengkel ARP RM Emas Johor 2014
Manakala berikut pula adalah 5 video sepanjang bengkel diadakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)